Friday, January 30, 2009

~~karya... wan

Jangan aku yang dipersalahkan. Semua memori adalah milikku. Setiap detik yang berlalu adalah milikku. Aku punya hak sepenuhnya untuk menzahirkan kenangan-kenangan itu dalam apa jua bentuk. Kau tak mungkin boleh menghalang benih fikiranku.


Akulah seorang karya..wan
Sentiasa berkarya
Walaupun tak dihargai
Namun,
Karyawan ini kudus
Masih jua seperti dulu
Amat ringan jemarinya
Melakar puisi
Andai ia tidak seindah
Sudah memadai
Buat insan bergelar karya...wan
Tak ubah aku..jua seperti mu
Jarang sekali
Walau sebuku sastera
Belum kudalami khutub puisi sajak nan abadi
Aku terus jua
Melakar impian
Mewarna sang mimpi
Sekadar menghias bebucu hati
Telinga ini sudah lali
setiap bait patah cercaan
Aku terima diri ini seadanya
Walau tak siapa tahu hati kecilku
Kerna aku seorang karya...wan
Layakkah aku?
Katalah apa saja..
Walau tak dihargai
Aku puas dengan corak ku sendiri
Kerna aku tetap jua SEORANG KARYA...WAN

Thursday, January 22, 2009

~~ aku tau..

aku tau apa yang sedang terjadi. hmmm... perlukah aku memberi penjelasan..?

Tuesday, January 13, 2009

~~walau seketika, memori tercipta (august 2008-jan 2009)

Bergetar jiwa dipersada
bercahaya
Pertemuan harapan pertama
kalinya
Bergetar jiwa menghadapi
mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya
terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih
kita
Mungkin disini kita kan
terpisah
Kenangan bersama tiada
kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan
berseni
Bergetar jiwa menghadapi
mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya
terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih
kita
Mungkin di sini kita kan
terpisah
Kenangan bersama tiada ku
lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku
terindah
Kuingati buat
selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih
kita
Mungkin disini kita kan
terpisah
Kenangan bersama tiada
kulupa
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan
terpisah
Kenangan bersama tiada
kulupa
Untuk setiap detik yang telah kita lalui bersama, terima kasih. Untuk setiap budi yang kautaburkan, terima kasih.
Untuk setiap ilmu yang kau berikan, terima kasih.
Untuk setiap kegembiraan yang kita nikmati, terima kasih.
Walaupun tak berpanjangan, tapi ia antara detik terindah.
didedikasikan buat: Suhaila Suliaman, semoga susur galur kehidupan mu lebih indah dari sebelumnya.

Friday, January 9, 2009

~~MARI BOIKOT PRODUK ISRAEL/AMERIKA

Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika..
  • Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

  • Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut -KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

  • Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
  • Syarikat : Disney

Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

  • Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.

Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut

Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

  • Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

  • Syarikat : Danone

Produk : Makanan, minuman dan biskut

Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Saint Galbani, Danao, Danette

Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

  • Syarikat : Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan.

Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

  • Syarikat : Revlon

Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

  • Syarikat : AOL Time Warner

Produk : Media Elektronik dan Cetak

Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

  • Syarikat : IBM

Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

  • Syarikat : L'Oreal

Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Loreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

  • Syarikat : Intel

Produk : Perkakasan komputer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

  • Syarikat : Estee Lauder

Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

  • Syarikat : News Corporation

Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

  • Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX

Produk: Freedom, Scottex

Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel. LAIN-LAIN SYARIKAT

  • Syarikat : Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, sabun, syampu

Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL Kelloggs, Canderel Levis Raid Heinz

wahhh.. banyak giler. tapi ini yang termampu kita buat. nak pergi berperang join derang kat sana aku rasa 1 dalam 1000 pun belum tentu nak ke sana.

tak pe la kita susah sikit nak cari barang2 keperluan seharian tapi yang pentin kita berada si pihak orang2 islam yang sedang berjuang di sana. sedikit sebanyak kita boleh memberi mereka sedikit harapan.

Wednesday, January 7, 2009

~~2009

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7 hari selepas bermulanya 2009,

  1. aku hilang suara.. tekak teramat sakit
  2. telah bermula semester baru, bermakna bermula la satu lagi kitaran hidup aku sebagai tenaga pengajar
  3. diberikan amanah yang aku sendiri dapat melaksanakannya tapi alhamdulillah. dah selesai pun amanah itu
  4. aku berbelah bahagi... aku sayangkan keluarga besar aku tapi aku tak mampu lagi menyumbang seperti dahulu.. akhirnya aku menjauhkan diri
  5. aku lebih gembira kerana aku telah melalui 2008 dengan penuh ketabahan walaupun bertimpa2 dugaan yang aku telah tempuhi
  6. aku seperti mendapat semangat baru, aku seperti mahu melupakan kisah2 dulu dan memulakan kehidupan yang baru.

resolusi 2009...

  1. aku mahu menabung setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. maknanya aku ader tabung yang aku masukkan duit setiap hari, main kutu2 setiap minggu dan masukkan duit dalam akaun bank setiap bulan.
  2. aku mahu mengamalkan diet yang sihat. aku mahu mendapatkan nutrient yang cukup untuk sebatang tubuhku yang akan kubawa bersama seumur hidupku.
  3. aku mahu merapatkan lagi silaturrahin di antara saudara2 mama dan saudara2 abah.
  4. aku telah pasti dengan kerjayaku. aku tetap mahu menjadi seorang pendidik sehingga ke akhir hayatku. maka aku mahu menaiktaraf diriku dari segi akademik supaya aku menjadi pendidik yang berpengetahuan luas untuk dikongsi bersama anak didik ku.
  5. aku mahu menjadi insan yang lebIh taat kepada MAHA BERKUASA.
  6. aku juga mahu menjadi lebih transparent, terutamanya terhadap orang2 yang aku sayang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia