7 hari selepas bermulanya 2009,
- aku hilang suara.. tekak teramat sakit
- telah bermula semester baru, bermakna bermula la satu lagi kitaran hidup aku sebagai tenaga pengajar
- diberikan amanah yang aku sendiri dapat melaksanakannya tapi alhamdulillah. dah selesai pun amanah itu
- aku berbelah bahagi... aku sayangkan keluarga besar aku tapi aku tak mampu lagi menyumbang seperti dahulu.. akhirnya aku menjauhkan diri
- aku lebih gembira kerana aku telah melalui 2008 dengan penuh ketabahan walaupun bertimpa2 dugaan yang aku telah tempuhi
- aku seperti mendapat semangat baru, aku seperti mahu melupakan kisah2 dulu dan memulakan kehidupan yang baru.
resolusi 2009...
- aku mahu menabung setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. maknanya aku ader tabung yang aku masukkan duit setiap hari, main kutu2 setiap minggu dan masukkan duit dalam akaun bank setiap bulan.
- aku mahu mengamalkan diet yang sihat. aku mahu mendapatkan nutrient yang cukup untuk sebatang tubuhku yang akan kubawa bersama seumur hidupku.
- aku mahu merapatkan lagi silaturrahin di antara saudara2 mama dan saudara2 abah.
- aku telah pasti dengan kerjayaku. aku tetap mahu menjadi seorang pendidik sehingga ke akhir hayatku. maka aku mahu menaiktaraf diriku dari segi akademik supaya aku menjadi pendidik yang berpengetahuan luas untuk dikongsi bersama anak didik ku.
- aku mahu menjadi insan yang lebIh taat kepada MAHA BERKUASA.
- aku juga mahu menjadi lebih transparent, terutamanya terhadap orang2 yang aku sayang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment