tempoh 7 tahun bukan satu tempoh yang pendek. kalau baby yang lahir 7 tahun dulu pun mesti dah besar sekarang ni. dah darjah satu. lama kan 5833? tapi itulah tempoh masa kau membina kareer kau. selama tempoh itu juga aku memandang kau dari jauh. sangat jauh. aku nampak di mana diri kau tapi kau tak pernah tahu yang aku sedang melihat kau. tiap detik dan waktu aku memohon pada DIA, andai kau adalah jodohku, aku mahu DIA kembalikan kau pada aku. pada waktu yang sama aku telusuri hidupku mencari cahaya setelah kau tinggalkan aku dalam kegelapan. Alhamdulillah. aku bertemu dengan apa yang aku cari. aku terjumpa dia yang sudi mengubat hati ku. sudi menerima aku seadanya aku. sudi menerima aku dan kisah2 lama aku. besar sungguh pengorbanan dia di saat aku teringat akan dirimu. besar sungguh pengorbanan dia yang sentiasa disisiku di saat2 aku terlihat dirimu, tak pernah walau sekali dia memperlihatkan perasaan di saat aku melihat dirimu melalui hasil senimu. segunung emas, setimbun ringgit pun tak mungkin bisa membalas jasanya dan kesabarannya terhadap aku.
7 tahun juga aku aku membina hidupku sendiri. memanfaatkan ilmu yang aku tuntut, membalas jasa abah dan mama menjadikan aku diriku. bertapak membina kerjaya pilihan. duniaku dipenuhi wajah2 yang membutuh ilmu pengetahuan. demi mereka aku lupakan sakitnya ditinggalkan dirimu. aku bangkit semula. Syukur. aku menjadi aku walau tanpa dirimu di sisiku.
7 tahun bukan sekejap. namamu jua bukan lagi calang2. berturut2 tercalon dalam pelbagai penghargaan saban tahun. ada tikanya aku bangga kerana siapa kau hari ini, aku turut sebahagian dari sejarahnya. namun aku sedar siapa aku. hanya tahniah mampu kuucapkan di sudut hati aku.
7 tahun sudah kau mati dalam hidup aku. aku matikan watakmu dalam hidupku. aku berjaya meyakinkan insan2 di sekeliling ku bahawa 5833 tidak lagi wujud. namun dalam hati aku yang sekeping ini...kenangan suka, perit dan jerih, pahit, seronok mana mungkin mati. aku tahu kau juga tak boleh lupakan segala2nya. pasti kau sorok kan dari insan2 yang berada di sekelilingmu tentang pernah wujudnya seorang wanita yang bernama AKU dalam hidupmu. mungkin kau malu dengan kewujudan AKU. tak apalah. hak dirimu untuk berkata apa2pun jua. dan hak diriku jua untuk meluahkan apa yang terbuku.
untuk 7 hari akan datang, 7 bulan akan datang, 7 tahun akan datang, 70 tahun akan datang malah 700 atau 7000 tahun akan datang... baik aku atau engkau tak mampu mengubah perasaan yang DIA berikan pada aku dan engkau dulu, hari ini dan esok. seperti yang pernah aku nyatakan dulu.. aku tetap ada di sini untuk dirimu selagi DIA belum menjodohkan aku dengan insan yang sepadan denganku.
untuk dia yang mengubat lukaku,
andai kau masih mahu bersama diriku, aku jua takkan menolak ketentuan DIA andai sememangnya aku untukmu. akan kuhambakan seluruh kehidupanku padamu andai telah tersurat aku adalah isterimu dunia dan akhirat.
ya allah, aku telah telusuri 7 tahun tanpa dia...kuatkan hati, minda, fizikal dan mental untuk menelusuri esok yang aku sendiri tak pasti. aku mengharapkan yang terbaik dari mu ya allah.
No comments:
Post a Comment