SABTU (29 NOV 2008)
6.30-7.30 bangun tido, hemat diri, menunaikan tanggungjawab pada pencipta.
7.30-8.30 g pekan beli nasi kerabu untuk abah, nasi lemak paru untuk mama, laksam untuk abg aridz, kuey teow goreng untuk diri sendiri. susah kalau serumah tapi taste macam2.
8.30-9.00 basuh baju kerja sebab baju yang lain2 mama dah tolong basuh hari2. tapi baju keje aku basuh sendiri sebab baju2 kurung kan biasa ader manik la, sulam la, sutera la.. so extra care.
9.30- hanta mama g kenduri kawen. aku g workshop dulu sebab nak buat macam2 dengan kereta aku yang dah semakin tua dan semakin banyak masalah.
9.45- bertolak g workshop kat kajang.
10.10-1.00 bertapa kat workshop. boring giler gaban!tahap tak ingat punya boring.
1330-berada di kenduri kawen semula. jumpa normadinah. makin comel minah ni, mengandung... hehhehe... kiut. anak sulung dia pun kiut. lupa nak tanya nama.
14.30-kembali ke workshop. tunggu lagi.
15.30-boring tunggu kete siap. tinggal jap la. pusing2...terjumpa selipar best.comel. beli je la lagi pun my companion dah bising awat selipar yang nak putus tu di bawak usung ke hulu-ke hilir.
18.00-kereta siap!! yahooo..... bayar. blah singgah metro plaza kajang beli barang2 keperluan peribadi kat giant. ya ampun aku hangen dengan cashier yang tak der adab!!! malas aku nak gaduh tapi dia memang mencabar kesabaran aku. dia boleh cakp aku menyusahkan dia! hampeh betul mamat tu!!!
19.00-balik rumah. kemas bilik sikit sebab malamnya kak syila akan tumpang tido umah aku.
19.15-hemat diri dan mandi
20.15-bertolak ke kajang untuk mesyuarat AGM @Lambaian
20.30-sampai komuter fetch kak syila.
21.00-sampai metro point kajang untuk meeting
21.00-1.30-meeting bersama kak syila, sport dan adam yang datang dari Johor. besar sungguh pengorbanan mereka ini untuk merealisasikan @Lambaian.
AHAD, 30 NOV 2008
0000-1.30- MEETING
1.45- balik umah semenyih
2.30-sampai umah, siap nak tido tapi cuba siapkan minutes dulu.
3.45-tak leh tahan.. bumm!!! tido
6.50-bangun,
7.20-tolong mama basuh baju
8.00- lepak, sembang ngan mama dan abah, mandi
9.00- hanta kak syila g keje kat puchong, singgah bekpes. tiba2 ternampak masjid puchong perdana. teringat sahabat yang jauh di perantauan sebab penah tunggu dia kat situ last year.
10.30- TOSHEN
14.30- lunch dengan my companion
15.00-bertolak ke sunway pyramid. sunglass patah. nak kena g outlet untuk repair balik sunglass tu.
16.00- sambil menyelam minum air. beli jeans, t shirt dan alat solek.. hahhaha!!! perlu ke alat solek ??? blasah je
18.30-balik ke semenyih
19.30-sampai rumah dan sangat letih!!!!
21.30-ader kereta masuk dalam kawasan umah. sekali tengok ader kereta waja. tiba2 nampak orang usung perempuan masuk umah belakang. umah kak tati. rupa2nya kak tati dan abg ajis jatuh moto. giler kesian!!! dah la jatuh moto kena gigit anjing lagik. yang tambah aku sakit hati boleh ader org g urut kaki kak tati. aku bukan ape.. aku takut kaki tu patah tapi diurut. kan susah kalau jadi apa2... patutnya bersihkan la badan dia. ini tidak diurut kaki orang yang dah sedia sakit. bongek betul la.
22.30-semua pelawat kak tati blah.. aku tolong dia lap kan badan, tukar baju.. pas tu aku baru blah.
23.oo- sangat2 letih. aku tak mampu buat apa2... aku tidur je... huh!! letihnya...
terasa bagai terlalu pendek weekend aku kali ni...
next weekend pun dah ader program. mardiana nak balik, so sabtu tu kuar makan dgn dia kot tapi pagi kena g keje. hari ahad nak bertolak balik kg. pastu nak singgah jumpa ayu kat air tawar. next day..isnin hari raya haji. selasa dah mula keje semula....
No comments:
Post a Comment