SAHABAT,
cinta tak boleh dipaksa. aku tahu mende tuh. so, kalau ko dah tak suka kat dia dan ko telah pun bagitau dia yang ko tak suka kat dia. that's the end. untuk apa yang akan terjadi pada masa2 akan datang, dia tak perlu lagi membayangi kau walau kau tetap di hati dia sampai bila2.
cinta beb... bila kita dah cintakan seseorang kita tetap berharap suatu hari dia akan kembali. dia juga begitu. mengharap agar ko kembali. tapi ko tak perlu bimbang semua itu sebab itu hanyalah harapan yang dia sendiri tau takkan tergapai kerana ko telah menjelaskan dengan sejelas2nya bahawa ko tak akan kembali pada dia.
tapi... aku sangat tidak suka apabila tindakan2 dan keputusan2 ko dipengaruhi oleh dia. siapa dia dalam hidup ko sampai ko mahu mengkaburkan diri sendiri. apa lagi yang perlu ko fikirkan. tindakan ko akan memburukkan keadaan. aku bukan berkata kerana sebab2 lain tapi kerana aku kawan korang. aku dah macam kehilangan kawan bila benda2 macam ni terjadi. ketiadaan ko akan mengiya kan tanggapan2 orang lain yang kununnya ko juga punya hati terhadap dia. entah la.. ko decide la sendiri.. ko tak perlu menghilangkan diri apatah lagi melarikan diri sebab jika ko melarikan diri.. ia jelas menunjukkan ketidak-bijakan ko mEng'handle' diri ko di depan orang yang ko tak cintai.
kehadiran ko atau ketidak-hadiran ko takkan mengubah hati dan perasaaan dia. namun ia boleh mengiyakan atau menidakkan tanggapan orang lain terhadap engkau dan dia. tapi, baik engkau atau pun dia, kedua2nya punya tempat yang istimewa dalam hati aku, hati setiap ahli keluarga besar kita yang lain. aku tau yang ko paham betapa aku sayangkan keluarga besar kita.
minggu depan pertemuan semula kita dan keluarga kita yang lain.. ko fikirlah sendiri jika ko ingin melepaskan peluang berjumpa ahli keluarga kita yang sangat besar HANYA KERANA DIA YANG TAK KAU CINTAI.
No comments:
Post a Comment