Saya mula menggunakan 'Laman Muka Buku' pada 11 November 2008. Satu tempoh yang agak lama. Hampir 4 tahun lalu. Terlalu banyak suka dan duka yang saya kongsikan bersama dunia maya itu. Di sana juga saya berjumpa semula dengan masa lalu saya. Sungguh indah bila boleh bersama mengenang kisah-kisah sewaktu kita mula meniti hari-hari remaja seterusnya menginjak alam dewasa.
Sahabat-sahabat SMKEH: Mereka ini sangat dekat di hati aku. Sungguh banyak memori yang kami lalui bersama. Teman-teman rapatku seperti Dila, Lili, Siti Fatimah dan Khuzaida; kita menempuhi SPM dengan usaha yang amat giat. Kita semua umpama tersedar dari lena yang panjang saat itu. Maka aku amat berterima kasih dengan kalian kerana kalian turut menyumbang siapa aku hari ini. Mungkin aku hari ini tidak kaya tapi syukur aku mampu menyumbang pada pembangunan negara, agama dan bangsa melalui kerjaya yang aku sendiri tak pernah terlintas.
Teman-teman TESLians: Ini lagi satu kumpulan manusia yang mendewasakan aku. Aku yang bodoh berbahasa penjajah ini akhirnya belajar melalui kesilapan-kesilapan yang aku lakukan sepanjang 4 tahun kita bersama. Farah, Mimi, Lina, Dot dan Cecah.. antara nama yang melonjakkan kemampuan yang aku tak sedar ada di dalam diri aku. Walaupun aku banyak menghabiskan masa bersendirian tapi kalian tetap antara nama yang memberi impak kepada kehidupan aku hari ini.
Anak-anak didik IUCTT: Di sini aku mula mengenal alam pekerjaan. Cikgu Ali; orang yang bertanggungjawab memberi peluang kepada aku mengenali alam yang sangat mencabar ini. Menjadi pendidik muda di sebuat institusi pengajian tinggi dengan tubuh ku yang kecil amat sukar pada mulanya. Tapi di penghujungnya aku merasa sungguh terkilan kerana terpaksa aku meninggalkan tempat ini. Antara nama yang sentiasa ada di benakku bila bercerita tentang IUCTT adalah Yusrizal, Nik erma, Mariam, Mariati Dan Zairul.
Sanak-saudara, ahli keluarga: Yang paling penting ABANG EZ saya! Hmmm.. sayu hati aku mengenangkan dia. Dia lah abang yang amat saya sayangi yang telah pergi meninggalkan ku. Namun tak lupa juga anak2 buah aku yang jauh di utara tanah air, fathin, dila, hana.. muka buku ini lah yang mendekatkan kita. Perginya insan yang amat aku sayang juga aku maklumkan kepada dunia melalui laman muka buku.
Hari ini, setelah terlalu banyak dikongsi di laman muka buku, saya membuat keputusan untuk tidak lagi berada di sana. saya tak mahu dan serik dengan apa yang berlaku. Terlalu banyak yang tidak betul daripada yang betul. Biarlah saya menjadi kuno, zaman batu tahun gajah daripada terus menerus di sana. Banyak lagi medium komunikasi yang boleh saya gunakan. Selamat Tinggal!!!! Tata!!! sayonara!!!
No comments:
Post a Comment