1. Staff Baru
Wanita ini mempunyai bau badan.
Wanita ini juga susah mendengar pendapat orang walaupun dia yang minta pendapat orang.
Wanita ini refuse untuk menukar tempat walaupun aku dah cakap aku reserve tempat tu untuk staff baru lain (x student aku kat twintech) yang akan join pada 23 March 2008.
Wanita ini juga tak mahu bertanya dan refuse untuk menerima bantuan walaupun dia dalam keadaan memerlukan bantuan
2. Lecturer yang IT illiterate
Lelaki itu sentiasa meminta bantuan orang lain.
Lelaki itu terlalu suka bertanya sehingga bertanya tentang perkara yang sama beberapa kali dalam jangkawaktu yang singkat.
Lelaki itu sering menyebabkan internet connection kawan aku selalu terputus.
Lelaki itu degil apabila kita membantunya.
Lelaki itu tak mahu belajar tentang IT walaupun dia tahu dia tidak tahu.
3. IT Man
Lelaki itu apabila datang ke sini akan menggunakan suara yang sangat kuat sehingga mengganggu kosentrasi aku melakukan kerja aku.
Setelah beberapa bulan berada di sini, baru sekarang aku merasa seperti ini. Tak baikkan??? Aku sepatutnya tak membenci rakan2 sekerja aku.
Maafkan aku. Aku akan cuba membuang perasaan ini.
Friday, February 27, 2009
Saturday, February 21, 2009
!!IKLAN M*LO
Dah banyak kali dah aku dengar iklan ni kat radio. Meh aku recall balik cemana iklan tuh
Pastu adalah suara menerangkan apa itu protomolt.
Pada aku protomolt tu lagi susah nak dibaca berbanding dengan M*LO. Malah M*LO adalah satu jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pelik sungguh rasanya bila anak dia sebut tin hijau sedangkan protomolt boleh plak dia sebut dan baca. huhuuhu. Derang ni tak terpikir ke mende2 macam ni. Atau aku yang salah mentafsir???
Anak : Ibu, apa itu protomolt? (betul ke eja macam ni. belasah je la)
Ibu : Protomolt? Ada dalam buku Sains ye?
Anak : Ada dekat tin hijau tu.
Ibu : Tin hijau? Protomolt? (bermonolog)
Pastu adalah suara menerangkan apa itu protomolt.
Pada aku protomolt tu lagi susah nak dibaca berbanding dengan M*LO. Malah M*LO adalah satu jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pelik sungguh rasanya bila anak dia sebut tin hijau sedangkan protomolt boleh plak dia sebut dan baca. huhuuhu. Derang ni tak terpikir ke mende2 macam ni. Atau aku yang salah mentafsir???
Friday, February 13, 2009
~~PELAYARANKU
aku pernah pergi ke tepi laut
memandang ombak
dan ingin berlayara
ku pernah pergi
untuk melihat lihat
kapal yang ada di dermaga
menyentuh kayuhnya
dan ingin untuk memilikinya
aku pernah memiliki kapal
menaikinya di tepi pantai,
tapi tak pernah melepas sauhnya
aku pernah membawa kapalku berlayar
melepas jangkarnya,
namun akhirnya kembali pulang
sebelum sampai tujuan
memandang ombak
dan ingin berlayara
ku pernah pergi
untuk melihat lihat
kapal yang ada di dermaga
menyentuh kayuhnya
dan ingin untuk memilikinya
aku pernah memiliki kapal
menaikinya di tepi pantai,
tapi tak pernah melepas sauhnya
aku pernah membawa kapalku berlayar
melepas jangkarnya,
namun akhirnya kembali pulang
sebelum sampai tujuan
Thursday, February 12, 2009
~~SIAPA SOFFIA
Siapa dirimu...?
Menelusuri tepian hidupku,
Siapa dirimu...?
Melarik segaris cerita,
Siapa dirimu...?
Melohong hatiku tertikam,
Siapa dirimu...?
Menggali kisah telah tertimbus,
Siapa dirimu...?
Perlukah aku pamit,
Diseru seorang Soffia
Yang semalam kukenali
Di alam maya...
Wednesday, February 11, 2009
~~Kenangan Bersama
Pada mekar sekuntum mawar
dan batangkali yang mengalir
si tepian itu kutatap
wajah mulus mu
dan tertulis....
kesah kaseh aku dan dirimu.
Segaris memori lalu
tidak mudah luput ingatan
dan maseh kukunci rapat
di dalam sebuah potret
wajah kita bersama.
Tuesday, February 10, 2009
~~persoalan
gerimis tak merindui danau
hanya membuat camar termangu
tak mungkin terbang
tak mahu menangis
hanya sekadar membasahi baju
berapakali aku ucapkan….???
berapa kali aku harus bermenung…???
berapa lama aku harus terdiam
beribu bahasa pada mu…???
Friday, February 6, 2009
~~itu rupanya bidadarimu
Wahai kamu
yang sering dalam pikiranku
Aku senang melihatmu di sana
Memerhati kudratmu menari
Membuat sesuatu
Mengatur senimu
Di atas layar itu
Aku senang melihatmu di sana
Memerhati kudratmu menari
Membuat sesuatu
Mengatur senimu
Di atas layar itu
Ah…
silapkah tatapan mataku
diam-diam kau mengukir bidadari
Cantik sekali, sayang
Cantik sekali, sayang
Thursday, February 5, 2009
~~Tidak seperti kuharapkan
Aku punya banyak kata
tapi tak bisa bicara
Aku punya banyak nada
tapi lagu bahkan tak tercipta!
Aku menghias jalan oleh kembang
tapi jua tak jadi taman
Aku menyiram benih dan baja
tapi merekah dan kerontang akhirnya
Kemanakah syair mesti ditujukan
dan jemari gitar didendangkan
sendu senja menggamit malam–
benarkah warnamu merah
dimana akhirnya kapalku singgah
Oh..!
dengan bantuan Roslinda Abdullah, sekalung budi kubawa ke akhir hayat

~~Blog baru & "GOOD LUCK"!
Aku bukak blog KAMI. Tiba-tiba aku terperasan komen dari seseorang. Aku tak membenci orang itu tapi aku ras annoyed bila aku baca komennya. Kalau orang lain baca mungkin tak rasa apa2 kot tapi aku ni yang punya masalah dengan hati dan perasaan ni rasa annoyed sangat. Mana taknya, dari dalam group sampai bawak ke blog asyik la cakap 'good luck.' Apa hal??? Aku tau la good luck tu perkataan yang bagus tapi kalau semua pun good luck MAU TAK pelik. Bayangkan, kita dok bincang-bincang.. tetiba dia masuk bukan nak bagi pendapat ke komen ke.. alih-alih 'good luck.'
Huh. Maaf lah atas kelancangan jemariku menaip post ini. Aku agak emosional sikit sekarang nih.
Huh. Maaf lah atas kelancangan jemariku menaip post ini. Aku agak emosional sikit sekarang nih.
Wednesday, February 4, 2009
~~aku
Kalau ada yang perasan mesti tau yang perasaan aku bercampur baur dua tiga menjak ni. Kadang-kadang aku pun realise yang aku ada masaah dengan hati aku sendiri. Kenapa ek???
Aku bukan terhegeh2 nakkan orang yang meninggalkan aku. Kalau boleh aku pun tak nak macam tu. Aku pun tak nak orang anggap aku yang bukan-bukan. Kepada kawan-kawan yang tersalah paham, aku tak pernah pun ada hati untuk bercinta lagi. Aku tak pernah mahu merampas sesiapa dari sesiapa. Aku sedar siapa aku. Aku juga tahu siapa kawan-kawan aku. Kasih aku tetap juga kasih seorang kawan sampai bila-bila. Tak kisah lah kat mana aku jumpa korang. Sama ada di UTM, UKM, di Bdr Sri Damansara, di Nilai, di Desaru, di Port Dickson, di Penang, di Singapore, mahupun di talian free ADAM suatu masa dahulu, aku tak punya hati pda kalian. Kalian punya tempat istimewa dalam hati ini namun aku tak mahu ia lebih dari sahabat, teman, adik, abang dan saudara.
Aku pun tak tau apa yang aku merepek. Tapi aku nampak, lihat dan dengar bahawa keadaan semakin meruncing. Ke mana lagi patut aku katakan? Ini lah satu-satunya tempat. Biarlah siapa jua yang membaca, aku tak kisah. Aku penat menanggungya seorang diri. Aku punya teman yang mungkin akan bersama denganku seumur hidupku, namun aku masih belum mencintainya lagi. Maka, ingin aku ingatkan sekali lagi teman-teman ku, aku tak punya hati dan tak berhajat dengan sesiapa selain dia yang mencintaiku dan dia yang aku cintai. Cinta aku masih pada seseorang yang telah meninggalkan aku 7 tahun lepas. Namun setiap detik aku cuba mencintai orang yang sayang dan menghargai aku. Apakan daya aku? Aku tak mampu. Bukan aku tak berusaha tapi aku tak mampu.
Masa terus berlalu. Umur ku menginjak dari tahun ke tahun. Aku juga berubah menjadi lebih matang tapi kenapa hati ini tak berubah. Kenapa cintaku tak mahu berpaling sedangkan dia yang meninggalkan aku telah mengecap nikmat kebahagiaan. Aku juga mahu bahagia seperti dia. Aku juga mahu mengecapi nikmat hidup bahagia dan gembira. Tapi bayang-bayang masa lalu tak berhenti memburu aku. Setiap jejak ku, mengembalikan detik-detik satu masa dahulu. Aku disayangi dan dicintainya selama 2 tahun tapi aku diseksa dia hampir tujuh tahun. Kenapa?
Adakah aku ingin kembali pada dia yang meninggalkan aku? Adakah aku akan teruskan ke jinjang pelamin bersama dia yang menyayangi dan mencintai ku? Harus kah aku melangkah mencari cinta baru untuk mewarnai hari-hari esok ku?

Subscribe to:
Posts (Atom)