Kalau ada yang perasan mesti tau yang perasaan aku bercampur baur dua tiga menjak ni. Kadang-kadang aku pun realise yang aku ada masaah dengan hati aku sendiri. Kenapa ek???
Aku bukan terhegeh2 nakkan orang yang meninggalkan aku. Kalau boleh aku pun tak nak macam tu. Aku pun tak nak orang anggap aku yang bukan-bukan. Kepada kawan-kawan yang tersalah paham, aku tak pernah pun ada hati untuk bercinta lagi. Aku tak pernah mahu merampas sesiapa dari sesiapa. Aku sedar siapa aku. Aku juga tahu siapa kawan-kawan aku. Kasih aku tetap juga kasih seorang kawan sampai bila-bila. Tak kisah lah kat mana aku jumpa korang. Sama ada di UTM, UKM, di Bdr Sri Damansara, di Nilai, di Desaru, di Port Dickson, di Penang, di Singapore, mahupun di talian free ADAM suatu masa dahulu, aku tak punya hati pda kalian. Kalian punya tempat istimewa dalam hati ini namun aku tak mahu ia lebih dari sahabat, teman, adik, abang dan saudara.
Aku pun tak tau apa yang aku merepek. Tapi aku nampak, lihat dan dengar bahawa keadaan semakin meruncing. Ke mana lagi patut aku katakan? Ini lah satu-satunya tempat. Biarlah siapa jua yang membaca, aku tak kisah. Aku penat menanggungya seorang diri. Aku punya teman yang mungkin akan bersama denganku seumur hidupku, namun aku masih belum mencintainya lagi. Maka, ingin aku ingatkan sekali lagi teman-teman ku, aku tak punya hati dan tak berhajat dengan sesiapa selain dia yang mencintaiku dan dia yang aku cintai. Cinta aku masih pada seseorang yang telah meninggalkan aku 7 tahun lepas. Namun setiap detik aku cuba mencintai orang yang sayang dan menghargai aku. Apakan daya aku? Aku tak mampu. Bukan aku tak berusaha tapi aku tak mampu.
Masa terus berlalu. Umur ku menginjak dari tahun ke tahun. Aku juga berubah menjadi lebih matang tapi kenapa hati ini tak berubah. Kenapa cintaku tak mahu berpaling sedangkan dia yang meninggalkan aku telah mengecap nikmat kebahagiaan. Aku juga mahu bahagia seperti dia. Aku juga mahu mengecapi nikmat hidup bahagia dan gembira. Tapi bayang-bayang masa lalu tak berhenti memburu aku. Setiap jejak ku, mengembalikan detik-detik satu masa dahulu. Aku disayangi dan dicintainya selama 2 tahun tapi aku diseksa dia hampir tujuh tahun. Kenapa?
Adakah aku ingin kembali pada dia yang meninggalkan aku? Adakah aku akan teruskan ke jinjang pelamin bersama dia yang menyayangi dan mencintai ku? Harus kah aku melangkah mencari cinta baru untuk mewarnai hari-hari esok ku?
i'm sorry, i've read this even i'm not Wan hehehe..
ReplyDeletehmm...
berbekalkan bahasa melayu yg tak seberapa, i think, i can understand this post very well..
cuba cari erti hidup.. erti cinta dalam aspek ini.. tanpa lupa; sebagai hamba Allah.. insyaAllah, we can learn more and more in issue.. why there is 'the love' in this life (hoho.seram seh nk ckp omputeh kt ckgu bahasa omputeh ni).. because just remember, Allah never one to make hamba-Nya susah..
hoho.. sori klu komen mcm melukut di tepi gantang.. muuaaahhh..
really appriciate it my dear ain
ReplyDelete