Wednesday, August 5, 2009

KEM KEPIPIMNAN PENGAWAS SMK K*** ****I 2009.


RABU, 22 Julai 2009.

Angin dah bertiup, berita dah terdengar, Sabtu ni aku kena bekerja lagi. Bukan setakat setengah hari malah bermula hari Jumaat malam sampai hari Ahad tengahari. Wow!!! Lama tu. Dah la aku dah ada plan. Aku nak menghadiri satu kursus di UTM tapi dah ada kerja pulak nak kena buat. Bagi aku, ini memang tak adil kerana ini minggu ke-tiga aku kena bekerja dan yang paling best kali ni aku kena kerja sampai hari Ahad. Senang cerita 7 hari seminggu. Jauh di lubuk hati, aku memberontak dengan pengurusan pengawas sekolah. Notis yang sangat pendek diberikan sehingga membuatkan aku melenting memikirkan program peribadi yang telah aku rancangkan lebih dari sebulan yang lalu.

KHAMIS, 23 Julai 2009

Hati masih lagi bungkam. Mahu tidaknya, program peribadi yang aku rancang seperti harus dibatalkan hanya kerana membantu orang lain melaksanakan tanggungjawab mereka. Aku bukan guru pengawas. Malah aku bukannya kenal sangat pengawas sekolah. Untuk apa perlu aku turut serta dengan program yang aku rasa tak berkenaan dengan aku ini. Kemuncaknya apabila ketua guru pengawas mengeluarkan sebaris ayat, “Kalau cikgu2 rasa kerja nak relax, cikgu2 sambung Master lepas tu jadi lecturer.” Saat itu hati aku terguris pedih, sakit. Aku bukan sengaja tak mahu turut serta program ini tapi aku juga perlukan masa untuk diri aku sendiri dan aku telahpun merancang aktiviti aku sendiri. Cikgu tersebut pada aku,bercakap menggunakan pengetahuan yang singkat berkenaan kerjaya pendidikan di institusi pendidikan tingggi. Bukan mudah hari ini untuk menempatkan diri di institusi pendidikan tinggi awam apabila kita hanya mempunyai Ijazah di peringkat Sarjana. Ia memerlukan lebih dari itu. Di samping itu, perlukah pemegang ijazah Sarjana bekerja sebagai pensyarah? Tak bolehkah guru juga mempunyai ijazah sarjana?

Mesyuaratnya pula diadakan pada jam 1.10 tengahari selepas sesi pagi persekolahan sedangkan sebagai guru yang mengajar pada sesi petang, kebanyakan kami sudah pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini pastinya menyebabkan ramai yang gagal menghadiri mesyuarat tersebut. Dan yang paling menarik, itu lah satu2nya mensyuarat yang melibatkan seluruh warga kerja Kem Kepimpinan Pengawas SMK K*** ****i. Seperti biasa, selama aku berada di SMK K*** ****i, mesyuarat bukan mesyuarat tetapi lebih menyerupai taklimat di mana hanya pengerusi bercakap tanpa ada tindak balas daripada ahli-ahli mensyuarat yang lain. Mungkin terdapat kekangan yang terlepas dari pandangan aku untuk melaksanakan mesyuarat berbanding taklimat. Wallahualam. Pada mesyuarat itu sendiri maklumat tidak sepenuhnya disampaikan kerana banyak perkara masih belum dapat dipastikan. Akhirnya sewaktu keluar dari bilik mesyuarat, aku masih lagi terpinga-pinga tentang apa yang seharusnya aku lakukan sewaktu kem nanti. Ini membuatkan aku semakin berat hati untuk ke program tersebut kerana aku tidak tahu apa peranan aku dan terasa seperti aku bukan sebahagian daripada program tersebut.

JUMAAT, 24 Julai 2009

Memang hati aku berat, tapi aku sempat berfikir. Aku cikgu baru, tambahan pula aku akan menghadiri temuduga ke pelantikan ke jawatan tetap pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah pada 6 Ogos ini dan pada temuduga itu aku akan diarahkan membawa bersama Laporan Sulit Urusan Temu Duga dan Borang Penyata Tatatertib yang sampulnya akan dimateri. Aku tak mahu mencacatkan laporan sulit itu.

.....akan bersambung nanti... tak tau bila

Tapi.....

Apa yang aku alami semasa kursus itu amat berharga dan aku tak menyesal mengorbankan rancangan aku yang telah dirancang lebih awal

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia