Di sini akalku berfikir
antara hati dan perasaan
yang berlegar
mencari keputusan.
Telah kutanya hati,
ia lebih suka memberi laluan
agar tidak tamak
dan perikemanusiaan.
Kutanya pula perasaan,
ia lebih emosi dan tak karuan
hak adalah hak
dan perlu dipertahankan.
Lalu aku membuat kesimpulan
antara hati dan perasaan
kubiarkan berlalu
kerana hidupku mencatat pengalaman.
No comments:
Post a Comment