Monday, May 31, 2010

~~Saya ingin menulis

Aku tak pernah berhenti menulis. Adakalanya aku menulis tentang orang lain dan ada masanya aku menulis dengan daya inmaginasiku sendiri. Adakalanya aku mahu orang lain juga rasa dan tahu apa yang aku lalui. Maka, tika itu aku menulis tentang diri dan dunia aku.

Aku tidak bijak menyusun kata mengatur bicara. Jauh sekali menarik perhatian orang lain untuk membaca hasil tulisanku dan perahan ideaku yang seringkali terputus di saat aku benar-benar berada dalam keadaan hendak menulis.

Aku sekadar mengisi masa lapang dan adakalanya meluah yang terbuku di hati. Jauh sekali untuk meraih simpati.

Harap maklum...

1 comment:

  1. ain pun suka tulis.. tak tulis utk orang baca.. tulis2 kat tepi2 kertas yang ntah hape2 pun jadi lah.. hahaha..

    keep writing =)

    klu nk makan char kuew tiaw sedap, meh datang taman rumah ain.. rumah ain ada fmily ain la smpi 6 jun.

    klu nk makan jauh2 skit.. mggu depan la.. hehehe..

    ReplyDelete

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia