Bukan meraih simpati apa lagi mengharap belas kasihan. Sekadar meluah rasa, berkongsi cerita. Keluarga saya amat komplikated. Namun saya masih merasa nikmat kasih sebuah keluarga walau tidak sesempurna orang lain.
Hari ini saya sebatang kara. Baru sahaja kehilangan seorang lagi abang 2 hari yang lalu. 52 hari selepas Almarhun Ezkandar Sanny meninggalkan saya dan alam fana ini. Masih merah lagi kubur Ezkandar Sanny di saat sekali lagi saya mengiringi perjalanan terakhir insan yang sayangi. Kali ini giliran Ezdihar bin Jalani diambil Sang Pencipta. Al-fatihah.
Bagaimana sedih sekalipun, namun aku hanya seorang adik yang tak pernah berkongsi suka dan duka. Tak pernah walau sekalipun aku berkongsi malam di satu bumbung yang sama. Tapi siapa yang mampu menafikan darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah darah yang sama. Darah yang mengalir dalam tubuh kami datang dari benih yang sama. Hanya sekali pernah aku mengucup pipi Almarhum Ezdihar iaitu pada hari kami mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Ezkandar Sanny, 3 Jun 2012. Sebelum dan seseduah itu aku hanya mengetahui bahawa dia adalah abang sebapa ku yang yang amat jauh tautan kasihnya.
Hari ini, di atas muka bumi ini, tiada lagi lelaki-lelaki yang bertanggungjawab ke atas diri ku seorang selaku seorang wanita. Tiada lagi Almarhum Jalani bin A.Majid, tiada lagi Almarhum Ezkandar Sanny bin Jalani dan tiada lagi Almarhum Ezdihar bin Jalani. Ramadhan tahun ini benar-benar mengujiku. Syawal tahun ini seolah kosong. Namun hidup ini tetap aku teruskan. Hidup ini tetap aku telusuri menjunjung amanah Allah sebagai khalifah, menunaikan hajat dan impian ayahanda Jalani dan meneruskan legasi abang-abang saya yang amat saya kasihi.
Al-fatihah
No comments:
Post a Comment