Friday, December 12, 2008

~~setelah 7 tahun berlalu

tempoh 7 tahun bukan satu tempoh yang pendek. kalau baby yang lahir 7 tahun dulu pun mesti dah besar sekarang ni. dah darjah satu. lama kan 5833? tapi itulah tempoh masa kau membina kareer kau. selama tempoh itu juga aku memandang kau dari jauh. sangat jauh. aku nampak di mana diri kau tapi kau tak pernah tahu yang aku sedang melihat kau. tiap detik dan waktu aku memohon pada DIA, andai kau adalah jodohku, aku mahu DIA kembalikan kau pada aku. pada waktu yang sama aku telusuri hidupku mencari cahaya setelah kau tinggalkan aku dalam kegelapan. Alhamdulillah. aku bertemu dengan apa yang aku cari. aku terjumpa dia yang sudi mengubat hati ku. sudi menerima aku seadanya aku. sudi menerima aku dan kisah2 lama aku. besar sungguh pengorbanan dia di saat aku teringat akan dirimu. besar sungguh pengorbanan dia yang sentiasa disisiku di saat2 aku terlihat dirimu, tak pernah walau sekali dia memperlihatkan perasaan di saat aku melihat dirimu melalui hasil senimu. segunung emas, setimbun ringgit pun tak mungkin bisa membalas jasanya dan kesabarannya terhadap aku.
7 tahun juga aku aku membina hidupku sendiri. memanfaatkan ilmu yang aku tuntut, membalas jasa abah dan mama menjadikan aku diriku. bertapak membina kerjaya pilihan. duniaku dipenuhi wajah2 yang membutuh ilmu pengetahuan. demi mereka aku lupakan sakitnya ditinggalkan dirimu. aku bangkit semula. Syukur. aku menjadi aku walau tanpa dirimu di sisiku.
7 tahun bukan sekejap. namamu jua bukan lagi calang2. berturut2 tercalon dalam pelbagai penghargaan saban tahun. ada tikanya aku bangga kerana siapa kau hari ini, aku turut sebahagian dari sejarahnya. namun aku sedar siapa aku. hanya tahniah mampu kuucapkan di sudut hati aku.
7 tahun sudah kau mati dalam hidup aku. aku matikan watakmu dalam hidupku. aku berjaya meyakinkan insan2 di sekeliling ku bahawa 5833 tidak lagi wujud. namun dalam hati aku yang sekeping ini...kenangan suka, perit dan jerih, pahit, seronok mana mungkin mati. aku tahu kau juga tak boleh lupakan segala2nya. pasti kau sorok kan dari insan2 yang berada di sekelilingmu tentang pernah wujudnya seorang wanita yang bernama AKU dalam hidupmu. mungkin kau malu dengan kewujudan AKU. tak apalah. hak dirimu untuk berkata apa2pun jua. dan hak diriku jua untuk meluahkan apa yang terbuku.
untuk 7 hari akan datang, 7 bulan akan datang, 7 tahun akan datang, 70 tahun akan datang malah 700 atau 7000 tahun akan datang... baik aku atau engkau tak mampu mengubah perasaan yang DIA berikan pada aku dan engkau dulu, hari ini dan esok. seperti yang pernah aku nyatakan dulu.. aku tetap ada di sini untuk dirimu selagi DIA belum menjodohkan aku dengan insan yang sepadan denganku.
untuk dia yang mengubat lukaku,
andai kau masih mahu bersama diriku, aku jua takkan menolak ketentuan DIA andai sememangnya aku untukmu. akan kuhambakan seluruh kehidupanku padamu andai telah tersurat aku adalah isterimu dunia dan akhirat.
ya allah, aku telah telusuri 7 tahun tanpa dia...kuatkan hati, minda, fizikal dan mental untuk menelusuri esok yang aku sendiri tak pasti. aku mengharapkan yang terbaik dari mu ya allah.

Wednesday, December 10, 2008

~~RASA RINDU YANG MASIH BEKU

tidak pernah walau sesaat
aku ingin menjadi milikmu..
apatah lagi..
mahu ku
kau jadi milikku...
tiap detik yang berlalu,
tiap saat yang melewati,
tiap tika yang diharungi,
terbibit..
bait-bait kemesraan
antara dirimu jua diriku,
hingga pada satu waktu,
Aku mula mengerti,
Rasa sayang,
Yang memutih
indah,
Membalut jiwa dan minda,
kau jua begitu...
pada waktu lewat itu,
hatimu telah berubah,
walau hatiku telah kau ambil,
aku,
satu perempuan,
bersamamu di saat kau terjepit,
telah kau tinggalkan,
demi cita dan impian,
menjadi dirimu seperti
hari ini.
aku melihatmu,
ingin kugapai dirimu,
ingin kupulang ke saat dulu,
ingin kugenggam bahagia dulu,
ingin kubelai indah dulu,
ingin kudakap kasih dulu,
namun..
segalnya impian belaka,
kerana aku tak ingin,
melukakan sekeping hati,
yang dulu merawat luka yang kau tinggalkan,
walau hati masih sayang.

Tuesday, December 9, 2008

~~AYU and AYU@air tawar 1



Sangat best!! Jumpa Ayu kat umah dia. Rasanya dah 3 bulan lebih tak jumpa dia sejak aku last kat IUCTT hari tu. Dia nampak lebih berisi tapi masih cute macam dulu jugak.


Hajat hati nak sembang lama2 tapi masa tak mengizinkan. Lebih kurang 45 minit aku bertolak balik KL. Atok dengan relaxnya bangun salam dengan mak dia menyebabkan aku terpaksa bangun jugak dan bertolak balik.


Ayu, kalau ko datang KL jangan lupa singgah umah aku plak ek. Anyway, suka keropok belinjau kat umah ko, suka ayam kampung yang cakar muka ko dimasak kicap, dan suka jugak sambal goreng. Nanti ko datang umah aku masak untuk ko plak ek.. datang tau!!!



p/s aku sangat benci muka aku dalam gambar ni

~~kalau hati tidak suka

SAHABAT,
cinta tak boleh dipaksa. aku tahu mende tuh. so, kalau ko dah tak suka kat dia dan ko telah pun bagitau dia yang ko tak suka kat dia. that's the end. untuk apa yang akan terjadi pada masa2 akan datang, dia tak perlu lagi membayangi kau walau kau tetap di hati dia sampai bila2.
cinta beb... bila kita dah cintakan seseorang kita tetap berharap suatu hari dia akan kembali. dia juga begitu. mengharap agar ko kembali. tapi ko tak perlu bimbang semua itu sebab itu hanyalah harapan yang dia sendiri tau takkan tergapai kerana ko telah menjelaskan dengan sejelas2nya bahawa ko tak akan kembali pada dia.
tapi... aku sangat tidak suka apabila tindakan2 dan keputusan2 ko dipengaruhi oleh dia. siapa dia dalam hidup ko sampai ko mahu mengkaburkan diri sendiri. apa lagi yang perlu ko fikirkan. tindakan ko akan memburukkan keadaan. aku bukan berkata kerana sebab2 lain tapi kerana aku kawan korang. aku dah macam kehilangan kawan bila benda2 macam ni terjadi. ketiadaan ko akan mengiya kan tanggapan2 orang lain yang kununnya ko juga punya hati terhadap dia. entah la.. ko decide la sendiri.. ko tak perlu menghilangkan diri apatah lagi melarikan diri sebab jika ko melarikan diri.. ia jelas menunjukkan ketidak-bijakan ko mEng'handle' diri ko di depan orang yang ko tak cintai.
kehadiran ko atau ketidak-hadiran ko takkan mengubah hati dan perasaaan dia. namun ia boleh mengiyakan atau menidakkan tanggapan orang lain terhadap engkau dan dia. tapi, baik engkau atau pun dia, kedua2nya punya tempat yang istimewa dalam hati aku, hati setiap ahli keluarga besar kita yang lain. aku tau yang ko paham betapa aku sayangkan keluarga besar kita.
minggu depan pertemuan semula kita dan keluarga kita yang lain.. ko fikirlah sendiri jika ko ingin melepaskan peluang berjumpa ahli keluarga kita yang sangat besar HANYA KERANA DIA YANG TAK KAU CINTAI.

Tuesday, December 2, 2008

~~weekend yang teramat penuh

SABTU (29 NOV 2008)

6.30-7.30 bangun tido, hemat diri, menunaikan tanggungjawab pada pencipta.
7.30-8.30 g pekan beli nasi kerabu untuk abah, nasi lemak paru untuk mama, laksam untuk abg aridz, kuey teow goreng untuk diri sendiri. susah kalau serumah tapi taste macam2.
8.30-9.00 basuh baju kerja sebab baju yang lain2 mama dah tolong basuh hari2. tapi baju keje aku basuh sendiri sebab baju2 kurung kan biasa ader manik la, sulam la, sutera la.. so extra care.
9.30- hanta mama g kenduri kawen. aku g workshop dulu sebab nak buat macam2 dengan kereta aku yang dah semakin tua dan semakin banyak masalah.
9.45- bertolak g workshop kat kajang.
10.10-1.00 bertapa kat workshop. boring giler gaban!tahap tak ingat punya boring.
1330-berada di kenduri kawen semula. jumpa normadinah. makin comel minah ni, mengandung... hehhehe... kiut. anak sulung dia pun kiut. lupa nak tanya nama.
14.30-kembali ke workshop. tunggu lagi.
15.30-boring tunggu kete siap. tinggal jap la. pusing2...terjumpa selipar best.comel. beli je la lagi pun my companion dah bising awat selipar yang nak putus tu di bawak usung ke hulu-ke hilir.
18.00-kereta siap!! yahooo..... bayar. blah singgah metro plaza kajang beli barang2 keperluan peribadi kat giant. ya ampun aku hangen dengan cashier yang tak der adab!!! malas aku nak gaduh tapi dia memang mencabar kesabaran aku. dia boleh cakp aku menyusahkan dia! hampeh betul mamat tu!!!
19.00-balik rumah. kemas bilik sikit sebab malamnya kak syila akan tumpang tido umah aku.
19.15-hemat diri dan mandi
20.15-bertolak ke kajang untuk mesyuarat AGM @Lambaian
20.30-sampai komuter fetch kak syila.
21.00-sampai metro point kajang untuk meeting
21.00-1.30-meeting bersama kak syila, sport dan adam yang datang dari Johor. besar sungguh pengorbanan mereka ini untuk merealisasikan @Lambaian.

AHAD, 30 NOV 2008
0000-1.30- MEETING
1.45- balik umah semenyih
2.30-sampai umah, siap nak tido tapi cuba siapkan minutes dulu.
3.45-tak leh tahan.. bumm!!! tido
6.50-bangun,
7.20-tolong mama basuh baju
8.00- lepak, sembang ngan mama dan abah, mandi
9.00- hanta kak syila g keje kat puchong, singgah bekpes. tiba2 ternampak masjid puchong perdana. teringat sahabat yang jauh di perantauan sebab penah tunggu dia kat situ last year.
10.30- TOSHEN
14.30- lunch dengan my companion
15.00-bertolak ke sunway pyramid. sunglass patah. nak kena g outlet untuk repair balik sunglass tu.
16.00- sambil menyelam minum air. beli jeans, t shirt dan alat solek.. hahhaha!!! perlu ke alat solek ??? blasah je
18.30-balik ke semenyih
19.30-sampai rumah dan sangat letih!!!!
21.30-ader kereta masuk dalam kawasan umah. sekali tengok ader kereta waja. tiba2 nampak orang usung perempuan masuk umah belakang. umah kak tati. rupa2nya kak tati dan abg ajis jatuh moto. giler kesian!!! dah la jatuh moto kena gigit anjing lagik. yang tambah aku sakit hati boleh ader org g urut kaki kak tati. aku bukan ape.. aku takut kaki tu patah tapi diurut. kan susah kalau jadi apa2... patutnya bersihkan la badan dia. ini tidak diurut kaki orang yang dah sedia sakit. bongek betul la.
22.30-semua pelawat kak tati blah.. aku tolong dia lap kan badan, tukar baju.. pas tu aku baru blah.
23.oo- sangat2 letih. aku tak mampu buat apa2... aku tidur je... huh!! letihnya...

terasa bagai terlalu pendek weekend aku kali ni...

next weekend pun dah ader program. mardiana nak balik, so sabtu tu kuar makan dgn dia kot tapi pagi kena g keje. hari ahad nak bertolak balik kg. pastu nak singgah jumpa ayu kat air tawar. next day..isnin hari raya haji. selasa dah mula keje semula....

~~susah ke nak maintain eye contact






























































































apa la yang di tengoknya kat slide tuh!!! hangen aku!! kalau wat presentation tengok la audience. ni tidak.. dok hadap slide tu. derang no present pada audience ke present pada dinding. apa yang nak takut sangat. bukannya ader ramai org kat depan... cuma ader aku je.. dan kerusi2.
stage fright? mengarut!! dah selalu aku suh practice dalam kelas. takkan la takut sampai tak leh tengok audience.











Friday, November 28, 2008

MENCARI DARI MANA KAMI DATANG... 30th oct-3rd nov 2008



bonda rahimah, ayahanda jalani








masjid azizi












mohd ridzwan.. dekat masjid ape ntah..








masjid lagi!




medan's traditional wedding costumes


hahahha.. mama dengan abah naik pelamin lagi


maseh ganteng nih!



makam kesultanan melayu lama






awek2 medan......






abah potong rambut Rp7000. RM2+. murah giler gaban!







rumah O.K
Kalau korang cuba mencari aku...
"You are looking at the history of our family through my eyes!"





































Friday, November 21, 2008

~~

Maaf la. Aku jiwang sikit la hari ni. Tapi aku perlu meluahkan apa yang aku rasa kerana aku tak mahu dihantui perasaan aku sendiri.

Dia tak pernah tahu betapa aku sayang pada dia. Teramat sayang. Kenapa entah? Dia tak pernah memberi yang terbaik untuk aku tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dari dia. Hari ini aku terlihat dirinya. Setelah bertahun-tahun aku tak melihat dia hari ini aku nampak dia. Aku terkejut kerana dia membalas teguranku walau bukan secara lisan. Bertahun sudah aku tak mendengar suara dia tapi aku masih boleh mengecam suaranya. Kenapa ya? Walau dia punya teman, hatiku tetap sama. Walau dia punya dunianya sendiri, namun perasaanku tak pernah berubah. Walau dunianya dan duniaku bagai langit dan bumi, tapi kami pernah berkongsi rasa, berkongsi duka malah meraikan hari dia memulakan langkah pertamanya untuk menjadi siapa dia hari ini. Lupakah dia pada semua itu?

Aku umpama memburu di padang pasir. Terlihat air namun sekadar fatamorgana. Aku lihat kebahagiaan tapi yang kuhadapi kesengsaraan. 5833, kenapa aku tak boleh lupa pada dia? Kenapa keindahan seketika yang kulalui bersama dia tetap menjadi igauan aku sampai hari ini? KENAPA???

Bukan aku tak pernah cuba tapi aku tak mampu. Maafkan aku 5833.

Argh!!! Maaf?? Kenapa itu yang kupohon sedangkan dia yang melukakan aku!!!

Ya Allah, aku mohon yang terbaik untuk diriku, keluargaku, orang2 disekelilingku, negara ku dan agamaku...

Tuesday, November 18, 2008

~~ENGKAU

Aku lihat engkau selalu melaungkan
perpaduan kaum dan bangsa!
Aku dengar engkau selalu sahaja mengingatkan orang
jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat sikap engkau
seolah-olah engkau tidak tahu erti perpaduan
dan tidak mengerti siratnya perpecahan
Engkau seru orang berpadu gelagat
engkau membawa perpecahan
Engkau ssering berslogan ,
cakap-cakap engkau merenggangkan orang
Engkau tidak fahamkah apa yang engkau cakapkan?!
Seruan engkau aku lihat berlapis status!
Siapa sebenarnya engkau ini?!
Pejuang perpaduankah,pejuang perpecahan?
Engkau berlakonkah di pentas kehidupan,
persis seorang pelakon drama
Apakah engkau berlakon atau itu realiti kehidupan engkau?
Rakyat melihat,
orang ramai menilai
Nanti mereka pasti kenal siapa sebenarnya engkau
Engkau pelakon?
Engkau pejuang?
Atau engkau petualang?
Berhentilah berslogan,
sebelum orang kenal
Jika orang kenal,
engkau akan dipinggirkan orang
atau disingkirkan orang
Aku juga punya hak seperti yang lain. Hak untuk bersuara dan memilih yang terbaik. Aku jarang berpuisi patriotik. Aku jarang bermain kata menyentuh dunia politik. Tapi hari ini, sedang aku melunaskan tangungjawab, akal ku ligat berputar malah hatiku aktif berkata tentang tokoh bangsa, agama dan negara ku. Bukanlah aku memprotes namun aku tertanya tentang keikhlasan diri-dirinya untuk membela aku, sebahagian daripada tanggungjawabnya.

~~essays











Aku ada 150 orang students. Setiap students ada 2 essay yang aku perlu baca dan bagi markah. Maka jumlah keseluruhan essay ialah 300. Mampukah aku...???


















Lihatla.. timbunan kerjaku...








di suatu sudut dengan file terkangkang, ada la dekat 50 essay kat situ.








depan pc pun ader timbunan essay.banyaknya.aku tido malam pun dah mula mimpi essay ni!


pandangan di sudut lain pulak. tapi tetap jugak masalah yang sama.. essay berada di sekeliling aku.

argh... aku tak boleh handle dah ni... muak giler nak baca essay.... TOLONG!!!!!

Monday, November 17, 2008

8 November 2008

Alhamdulillah. Bertambah lagi setahun umurku. 27 tahun aku di muka bumi Allah. Seorang anak buat abah dan mama, seorang adik buat Mohd Ridzwan, Mohd Ismail, Ezkandar Sanny dan Ezdihar, seorang acu Batrisya Illyana, Badrina Allysha, Akmal dan Harith, seorang pelajar, seorang pendidik, seorang teman, sahabat dan yang paling penting sebagai HAMBA ALLAH.





Ucapan yang bertimpa-timpa sebelum, semasa malah selepas 8 November menjadikan aku rasa dihargai oleh semua yang berada di sekeliling aku. Terima kasih. Penghargaan juga buat insan2 yang bertungkus-lumus untuk surprise party. Memang surprise.





Ingin aku kongsikan hadiah yang istimewa dari insan yang teristimewa buat aku. Walaupun tak seberapa tapi memberi erti yang amat dalam buat aku. Bukan hadiah tahun ni tapi hadiah 7 tahun lepas. Masih berada dalam simpanan aku sehingga ke hari ni.






Buat 820325025833, terima kasih. Ingatan aku padamu tak pernah padam.

Friday, November 14, 2008

~~UNTUK MU INSAN BERGELAR GURU

GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

-Nukilan SN Dato Usman Awang-

Puan Siti khalijah. Satu antara beratus guruku sejak dari tadika sampai la ke universiti. Puan Siti Khalijah ajar aku subjek Bahasa Melayu masa tingkatan 4. Dalam banyak-banyak benda yang aku ingat tentang apa yang dia ajar adalah macam mana nak mula menulis sebuah karangan. Aku ingat lagi antara patah perkataan yang diucapkan semasa mengajar bagaimana memulakan sebuah karangan. Katanya,"Mulakan dengan berlegar-legar ke seluruh dunia, kemudian kembali ke benua kita, kemudian ke negara kita dan akhirnya ke tempat kita berada." Maknanya bila menulis karangan kita mulakan dengan idea yang besar kemudian sedikit demi sedikit kita kecilkan skop sehingga kita dapat topik sebenar kita. Mungkin apa yang aku cakap ni tak dapat difahami oleh insan-insan yang membaca tapi dengan contoh yang diberi aku dapat ingat menda ni sampai hari ni.

Puan Siti Khalijah, andai cikgu terbaca blog ni, saya amat sayangkan cikgu. Amat menghargai setiap ilmu yang cikgu curahkan pada saya. Saya juga amat bangga kerana menjadi anak didik cikgu. dan lebih terharu apabila cikgu cakap, "Setiap kali lalu semenyih mesti teringat dekat awak. Kalau pergi pasar malam selalu tercari-cari kalau-kalau ternampak awak," TERIMA KASIH CIKGU KERANA PERNAH MEMBENTUK SAYA MENJADI SIAPA SAYA HARI INI. SEMOGA ALLAH BALAS JASA CIKGU DENGAN BALASAN YANG TERBAIK.

dan mende yang terbest. aku ingat hari ni ialah birthday puan siti khalijah. rupa2nya bulan depan da....

anyway... penghargaan untuk seorang guru tak terbatas oleh sesuatu acara atau sesuatu hari yang special.


Thursday, November 13, 2008

Membina Empayar Baru

Dah lebih 3 bulan aku di tempat baru. Tiada lagi IUCTT dalam perbualan seharianku. Hariku tidak lagi bermula seawal 5 pagi. Perbelanjaan seharianku tidak lagi mencecah RM50 setiap hari. Aku gembira. Tapi, aku rindu sahabat2 aku. Nik Erma, Farah Idayu, Ina. Ramai lagi. Dulu, bila aku sampai kampus aku mengenali hampir setiap orang. Tapi kini tidak lagi.
Kini aku perlu menjalinkan persahabatan dengan kawan2 baru. Ini sebahagian dari kawan baru aku. Roslynda dan Suhaila. Yang kiri tu Roslynda, yang juga schoolmate Pudin masa sekolah menengah tingkatan1-3 sebelum Pudin masuk MRSM KT dulu. Sebelah Roslynda ialah Kak Su. Sama nama dengan Kak Su kat Twintech. Rupa fizikal pun hampir sama dengan Kak Su Twintech. Bezanya Kak Su Twintech asal dari Johor. Kak Su yang ni asal dari Penang. Yang hujung sekali tu ialah..... hahahha.. budak kecik GEMMMOOKKKSSS...wakakaka!!!
Aku sedang membina empayar persahabatan baru di sini, di daerah yang asing bagi aku!

Wednesday, November 12, 2008

Students


ini lah sebahagian dari students aku hari ini

Hampir 5 tahun aku bergelar pendidik. Macam-macam kerenah pelajar aku pernah jumpa. Namusn sebenarnya aku banyak belajar dari mereka. Aku belajar tentang erti ketabahan seorang pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tapi berkehendak dan berkesungguhan untuk memajukan diri sendiri. Mereka bersungguh dari tahap sijil, kemudian ke diploma sebelum melanjutkan pelajaran ke ijazah pertama. Sungguh jauh perjalanan mereka berbanding aku yang selepas SPM terus menyudahkan ijazah pertama aku.


Aku juga dijodohkan mendidik seorang pelajar yang dikurnikan akal yang baik namun kerana dugaan yang ditempuhinya, dia tercicir dari pelajarannya semasa di universiti. Pilihan yang dia ada masuk kolej swasta dan mula semua dari '0'. Alhamdulillah apa yang dia usahakan mendapat balasan yang setimpal.


Selain itu aku juga ditakdirkan bertemu dengan pelajar2 yang degil, besar kepala, rasa yang diri dia hebat. Aku pernah hampir menangis dalam kelas hanya kerana pelajar aku dengan selambanya cakap, "Ala Miss, kalau Miss hebat sangat mesti Miss tak ader kat IU*** ni. Miss tak payah la nak ajar saya itu ini. Miss pun bukan bagus sangat." Aku tak pernah rasa aku bagus, tapi aku sedar tanggungjawab aku untuk mendidik pelajar aku. Sebab tu aku berkata, bersuara dan menegur pelajar2 aku. Malangnya ada juga pelajar yang tak reti menghargai usaha aku. Tapi semua tu aku anggap sebagai sebahagian dari warna kehidupan aku.


Sekarang lain pula ceritanya. Sebelum ini aku banyak berjumpa dengan pelajar yang sebangsa dengan aku. Sekarang aku mengajar pelajar yang majoritinya bukan sebangsa dengan aku. semester ini aku ada 150 org pelajar dan daripada jumlah itu hanya 4 yang sebangsa dengan aku dan hanya 6 seagama dengan aku. Saat ini aku belajar untuk mengikhlaskan diri mengajar, mendidik manusia walaupun mereka tidak sebangsa dengan aku. Mudah-mudahan pelajar2 aku ini akan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Wallahualam.


MARRY BROWN






aku dok johor untuk beberapa tahun..





kat terminal bas larkin ader Marry Brown tapi aku tak pernah makan kat situ..





kenapa ntah.. tapi nampak sungguh tak menyelerakan...





namun.. satu hari, tanpa sebarang sebab, aku dan my companion.. makan kat Marry Brown










Chicken Sandwich,





Nasi Marry Brown,





Seafood Porridge,





Fries,





Ice Lemon Tea,





Hot Chocolate (Milo).















Yummie.... sungguh enak...





baru la aku tahu betapa sedapnya Marry Brown. Rasa macam nak pegi lagi...










Lihat lah.. betapa banyaknya kami makan...


jap.. ader lagi beb..






sebenarnya ada lagi tapi mana ntah aku letak.. mesti mama ter'delete'..
so ni je la yang boleh di publish



Friday, November 7, 2008

Katamu Guru

Pesan guru
semasa hari-hari terakhir pertapaanku
kemana hala tuju
bila sudah sampai
ke puncak paling tinggi
tiada lagi tempat untuk melabuhkan kaki
tiada lagi agan untuk bergayut
lalu kemana harus bertaut
dimana harus bertapak... ... ...

Sehingga kini
aku buntu tercari
ruang-ruang
yang termaktub
sebahagian
sirah yang tersaji
sedangkan hari semakin senja
dan
siang akan berganti malam

tanpa kepastian
mendalam apakah?
akan ada sinar rembulan
sebagai teman menyuluh gelita


Lalu
letaknya di mana sebatang tubuh aku sebenarnya
dalam meneruskan hidup yang masih bersisa?

Wednesday, October 29, 2008

am attracted to this!!!


The greatest pain in life is not to die,
but to be ignored.
To lose the person you love so much to another who doesn't care at all.
To have someone you care so about so much throw a party... and not tell you about it.
When your favorite person on earth neglects to invite you to his graduation.
To have people think that you don't care.
The greatest pain in life, is not to die, but to be forgotten.
To be left in the dust after another's great achievement.
To never get a call from a friend, just saying "hi".
When you show someone your innermost thoughts and they laugh in your face.
For friends to always be too busy to console you when you need someone to lift your spirits.
When it seems like the only person who cares about you, is you.
Life is full of pain, but does it ever get better?
Will people ever care about each other, and make time for those who are in need?
Each of us has a part to play in this great show we call life.
Each of us has a duty to mankind to tell our friends we love them.
If you do not care about your friends you will not be punished.
You will simply be ignored... forgotten... as you have done to others.
This poem was written by a young girl who committed suicide some years ago. Please show someone you care for them today. It takes so little of your time to smile, give a hug, a word of encouragement or just to say "I care" You will be rewarded for sure.

BADRINA ALLYSHA dan keletahnya


this is my dearie, badrina(nina) with her granny's relative(nenek) from indonesia.
Semalam badrina lepak dengan acu.
NINA: nenek mana?
ACU : nenek dah balik kampung.
NINA: kenapa nenek balik kampung?
ACU : nenek nak jumpa anak dia la. kan dah lama dia kat umah kita.
NINA: kalau nenek mana boleh ader anak. kalau nenek kena ader cucu. kan acu? acu tipu nina
ek?
ACU :isk. sape cakap? nenek kena ader anak dulu. bila anak dia ader anak baru la dia boleh ader
cucu.
NINA: acu tak boleh la ader cucu kan. acu tak der anak. macam mana acu nak ader anak? acu
tak kawen pun. acu bila nak kawen?
Maka acu pun pening nak menjawab lagi dah. suka hati ko lah badrina. asal bahagia sudah. boleh pitam acu cakap ngan nina macam ni. setelah beberapa minit diam.....
NINA: atok kata acu pensyarah. keje acu bercakap dan jawab soalan bila tanya. tapi nina tanya
acu tak jawab. pensyarah ape macam ni????
Amboi. sudah lebih budak kecik ni. kalau org tua cakap macam tu, for sure acu tampa muka dia. tapi acu malas layan. suka hati kau lah budak kecik!!!!
p/s: nina cakap pelat tapi aku malas nak memelatkan ejaan.. hentam la.. lebih kurang macam tu la kisahnya. suatu petang bersama nina dan acu!

Tuesday, October 28, 2008

Good words always comforting: Pesanan dari seorang sahabat

aku bercerita dengan seorang sahabat. mengadu mengapa begitu dan mengapa begini? kenapa aku dan bukan mereka? tapi dia dengan selamba memberi jawapan yang aku rangkumkan seperti berikut:

Some people always take action
without thinking..
Sometimes life is unfair..but, mistakes are part of being
human.
Appreciate your mistakes as what they are..
Precious life lessons
that can only be learned the hard way
Your heart is not good until it has
been broken at least 10 times
Love and pain make us human
So..
Sing
like no one is listening
Dance like no one is watching
Love like you’ll
never get hurt
And live like its heaven on earth
And don’t forget, Allah
always with you
dan aku bersetuju dengan kata2nya...

Friday, October 24, 2008

IBU KECIL's visit (From Jakarta to Kuala Lumpur just because of L.O.V.E)

kak puja dan ibu kecil. hari raya celebration without me....
ni paling best. ibu kecil nak beli PULSA... tau tak PULSA tu ape? aku tau, korang tak tau. hahhaha. PULSA tu ialah kredit tepon. so, aku bawak la dia gi SEMENYIH. The Store. Kira cam pasar la bagi aku.. the best thing ialah ibu kecil ingat The Store tu adalah MID VALLEY!!!! hahaha.. maka wujud la gambar nih!!!

nak bayar parking pun ibu kecil amik gambar....






Thursday, October 23, 2008

bintang, peringatan untuk diriku...


Bintang...
nun jauh diangkasa lepas...
jauh dari pandangan mata kita..
tinggi tak tergapai tangan..
dari bumi ... bintang sekerdil butir-butir pasir...
tapi... realitinya... bintang besar... .
seperi kita... .zahirnya kita kerdil..tapi jiwa kita sebenarnya besar..
impian kita sebenarnya setinggi pandangan...
Jadilah bintang... .
dikelilingi ruang yang kelam..gelap... tidak ditemani sesiapa..
tapi... bintang tetap dapat bersinar..
menyinari kelam angkasa..
menghiasi gelap angkasa...
kelam..gelap angkasa tidak menpengaruhinya...
seperti kita... .kita dikelilingi masyarakat yang asing bagi kita...
minda dibelit budaya hitam...
tapi... .kita mesti terus hidup dan tangkis segala kehitaman pancaroba... bersihkan jiwa...
teruslah bersinar..menyinari masa yang amat singkat...
Jadilah bintang...
walaupun kerdil dimata manusia... .
tapi mampu menghiasi dan menyinari angkasa yang kelam...
Jadilah bintang... .
yang selalu berkelip dan menjadi pedoman pelayar...
seperti kita... .
jadilah pengajaran kepada generasi yang sesat...
pulang kepangkal jalan... .
BINTANG..
MAKHLUK ALLAH..DAN AKAN PERGI BILA TIBA MASANYA...
BEGITU JUGA KITA... ..AKAN PERGI MENGHADAP ALLAH BILA DIPANGGIL... ..

kaki ku, ikan....


bahagia sungguh ikan2 nih memakan kaki aku.









kaki ku dimakan ikan. sedap ke kaki aku ni????







aku teringin nak rendam seluruh badan aku. boleh ke?

Wednesday, October 22, 2008

KELUARGA BESARKU NAIABMAL

aku baca blog sahabat aku hari ni.

terasa seperti serba salah. di luah mati mak, ditelan mati bapak. sumpah! demi allah! aku amat sayang kan persahabatan yan terjalin antara kami. aku, engkau, dia dan mereka.. semuanya satu keluarga besar yang teramat aku sayang. selain dari keluarga aku dan bakal pasangan hidup aku, keluarga besar ini antara perkara, situasi, benda atau item yang paling aku hargai dalam hidup. kalian lah tempat aku mengadu nasib, tempat aku berkongsi cerita, tempat aku bertukar pendapat dan tempat aku mendapatkan nasihat.


andai ada di antara kita yang tak dapat menggarap sekeping hati, atau ada di antara kita terpaksa mengguris sekeping hati... kita adalah sebuah keluarga. air dicincang tak akan putus. kasih ditetak tak akan terbelah.

segalanya hanya sebahagian dari liku-liku kehidupan. rasa kecewa dan terluka malah melukakan, semua itu props sebuah pementasan. di bumi ini kisah hidup kita dipentaskan, ia pasti akan berakhir. maka, kita sebagai pelakonnya, walau skrip telah tersedia namun masih lagi punya ruang untuk kita menjayakan watak kita dengan baik.

aku pun tak tau apa yang aku mengarut ni. tapi ini sebahagian dari apa yang ada dalam hati aku. fahami lah bahawa aku tak mau kehilangan walaupun seorang dari ahli keluarga besar ku. aku sanggup menjadi korban kisah-kisah dongeng asalkan keluarga besarku tetap bersatu.

keluarga besarku...
perjuangan kita takkan pernah selesai. kita punya tanggungjawab. tanggungjawab ini mematangkan kita. maka matang lah kerna kita adalah model kepada mereka...

short and meaningful

The world is like a mirror reflecting back to you
Whatever you have given it, whatever is your view...
So if your thoughts are happy and a smile is on your face,
You'll find the world is beautiful, a warm and happy place...
So always keep your spirits up and hope for what is best,
Look for the good in everyone, and see what's happiest...
For when there's sunshine in your heart and faith in all you do,
The world can't help returning that sunny joy to you...

Wednesday, September 24, 2008

~~For this day that I have

I may never see tomorrow,
There's no written guarantee,
And things that happened yesterday
Belong to history.


I cannot predict the future,
I cannot change the past,
I only have the present
moments,

I must treat each as my last.
I must use this moment wisely

For it soon will pass away,
And so be lost forever,
As part of yesterday.
I must exercise compassion,
Help the fallen to their feet,
Be a friend unto the friendless,
Make an empty life complete.
The unkind things I do today
May never be undone,


And friendships that
I fail to win
May never more be won.
I may not have another chance
On bended knees to pray,
And I thank God
with all my heart
For giving me this day.

~~I've learnt!

I've learned-
that true friendship continues to grow,
even over the longest distance.
I've learned-
that either you control your attitude
or it controls you.
I've learned-
that regardless of how hot and steamya relationship is at first,
the passion fades
and there had better be something else to take itsplace.
I've learned-
that sometimes the people you expect
to kick you
when you're down
will be the ones to help you get back up.
I've learned-
that sometimes when I'm angry
I have the right to be angry,
but that doesn't give met
he right to be cruel.
I've learned-
that just because someone doesn't love
you the way you want them to
doesn'tmean they don't love you
with all they have.
I've learned-
that maturity has more to do with
what types of experiences you've had
and what you've learned from them
and less to do with how many
birthdays you've celebrated.
I've learned-
that no matter how good a friend is,
they're going to hurt you every once in a while
and you must forgive them for that.
I've learned-
that it isn't always enough to be forgiven byothers.
Sometimes you are to learn to forgive
yourself.
I've learned-
that no matter how bad your heart is broken
the world doesn't stop for your grief.
I've learned-
that our background and circumstances
may have influenced who we are,
but we are responsible for who we become.
I've learned-
that just because two people argue,
it doesn't mean they don't love each other
And just because they don't argue,
it doesn't mean they do.
I've learned-
that we don't have to change friends
if we understand that friends change.
I've learned-
that you shouldn't be so eager to find out asecret.
It could change your life forever.
I've learned-
that two people can look at the exact same thing
and see something totally different..
I've learned-
that your life can be changed in a matter of
hours by people who don't even know you.
I've learned-
that even when you think you have no moreto give,
when a friend cries out to you,
you will find the strength to help.
I've learned-
that credentials on the wall
do not make you a decent human being

Thursday, September 18, 2008

~~belum bertajuk.. cadangan?

Sekian lamanya embun bertahan di pucuk daun
kini terpelanting,
pecah ke segala udara
gelisah
betapa beribu tahun penyair menanti
makna puitis para setitis embun
yang sanggup berembesan
dalam segala kekeringan
yang lama melanda
di jiwa akan tetap tabah,
berharap air memercik di hati nurani
hingga mengalirnya harapan kehidupan
Sekuntum senyum
yang selalu teroleng di awang,
telah terlempar ke padang gersang kemarau
kemarin yang masih tersisa jerit perih
kini semakin saja memekik rasa
yang ternyata terus hanyut dalam kesedihan
demi kesedihan
terseret duka lara yang sangat menyayat,
betapa penyair tetap tabah pada kata yang berubah makna

Wednesday, September 17, 2008

~~||~~

Ia telah berada dalam genggaman ku. Tapi aku terpaksa melepaskannya atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan. Diri ini yang selama ini aku sangkakan sihat, rupanya tidak! Berat sungguh dugaan ini, lebih berat lagi kerana aku mengetahuinya di saat aku ditawarkan peluang yang mungkin selepas ini tidak kembali. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini kerana pastinya DIA tahu apa yang terbaik untuk aku.
Sahabatku...Adi, aku ingin berkongsi kisah ini dengan dirimu tapi aku tak berkesempatan. Atau mungkin kau yang tak berkesempatan mendengar kisah aku yang sedang diduga yang MAHA Berkuasa. Biarlah, aku masih mempunyai diriku untuk aku terus berpaut. Aku juga ingin menjadi insan yang tabah seperti katamu bahawa aku lebih jauh lebih tabah dari dirimu.

~~LEPAS SATU, SATU

Jauh menungku
Kelam... ..kelip... ..
Kelam... ..kelip... ..
Geluk hati kosong
Tiada isi
Nun... ..
Jauh imbasku
Permata hilang lagi
Disadur lumpur
Atau... ..
Tersepit batu jati
Terkunci bicaraku
Menungku lagi
Lepas satu... ..satu
Sesal tidak bererti
Hati sama hati
Bertemu pada satu jalan
Jalan mati
Hela nafas dalam
Hujung jalan kian suram
Pangkal jalan sudah jauh
Berpatah,
terus atau singgah berteduh?
Diam... ..
Muram... ..
Suram... ..
Hujan rintik turun lagi
Namun panas membakar diri
Lepas satu... ..satu
Jauh menungku lagi.

Tuesday, September 16, 2008

~~DARKNESS

Everyone needs light to live with their life, without light,
their world is dark, but their life is not,
night is dark without the moon,
day is dark when it is raining with huge clouds,
shadow is a dark being without light people can't see anything,
sometimes they could never sleep even without it,
children are afraid of dark, adults are afraid of darkness, as if it is fear,
within darkness i could walk as if my eyes see nothing,
i am blindfolded when i'm walking,
i lived in darkness while other could not,
source of my inspiration,
though it doesn't provide me courage,strength and wisdom,
but in the end it is still forbidden to hold onto it,
darkness is not the way of life,
to live with it is to live with pain,hatred and anger,
even tough darkness is not hearts true essence,
it is my soul's inspiration, one way or another,
i am attached to it,
because,
i am,
the dark one...

Monday, September 15, 2008

~~bukan mudah

I used to like this song very much! I dedicated the song to my students, I want them to be strong to face any obstacles.
Today, I listened to the song again... I need to hold a hand so that I can be stronger. Semangat aku hampir gugur, ketabahanku kian rapuh. aku telah berjalan terlalu jauh dan aku inginkan sesuatu yang indah di penghujung sana....
Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika duluKu punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmatYang akan menunggu
Di penghujung jalanBiar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tangankuKita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama…

Wednesday, September 10, 2008

KOS RAWATAN

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),
rawatan 25 kali radioterapi adalah RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi).

Hospital Kuala Lumpur,
tidak lebih RM500.

Kebanyakan Private Hospital
RM200 sehari,
kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali cuma RM5,000 hingga RM6,000 sahaja

Nilai Cancer Institute
RM30,000 sebanyak enam pusingan (setiap pusingan dari tiga minggu ke sebulan)


So, yang mana satu idaman kalbu?
Insurans ader.. so amek yang paling mahal kot.. tapi....

‘‘Pakar-pakar onkologi kerajaan dan swasta di dalam negara sering bertemu, mematuhi garis panduan antarabangsa dalam pengurusan kanser. Tiada perbezaan dari segi teknik rawatan, ubat-ubat yang disyorkan dan sebagainya,’’ terang Dr. Mas, ahli Persatuan Onkologi Malasia (MOS)

maknanya tak ader beza walau kat mana pun rawatan dibuat... bukan keselesaan yang penting tapi hasil selepas rawatan itu yang lebih penting.

pilihlah dengan bijak...

~~

Aku percaya hanya aku yang mampu menempuhi dugaan ini. Maka ia ditimpakan ke atas aku kerana aku boleh melaluinya dengan tabah. Sokongan mu, menjadikan aku lebih kuat dari biasa. Doa mu menjadikan aku lebih bermaya. Sahabat, walau di hujung dunia letakmu terima kasih kerana sekelumit perhatian yang kau berikan kepada aku yang mungkin terlalu mengharapkan mu.

Semalam,
Big boss telah tertahu sesuatu yang cuba aku rahsiakan untuk beberapa ketika ini. Aku terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan. Jauh dari apa yang aku jangkakan. Sekali lagi sahabat, terima kasih kerana memudahkan aku menyampaikan apa yang seharusnya aku sampaikan pada insan yang berhak mengetahuinya. Big boss, terima kasih kerana melorongkan aku kepada penyelesaian yang tidak pernah terlintas di benakku.

Pagi ini,
Aku melihat kebahagiaan seorang lagi sahabat yang sedang melalui saat-saat indah melalui sepasang mata. Tahniah atas ikatan suci yang telah kalian metrai pada 21 August 2008. Semoga istana indah yang bakal kalian bina November ini akan utuh selamanya sebagai lambang sifat kasih dan sayang yang Allah telah salurkan pada hambanya. Mungkin hanya doa dan harapanku akan terus bersama kalian kerna aku tak tahu di mana aku selepas hari ini
.

Sebentar lagi,
Aku akan melalui 'procedure' yang sepatutnya (menurut sahabat dan saudara yang jua anak didikku). Semoga procedure itu mampu terus mempertahankan semangat dan keyakinan serta kemampuanku untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang mendatang.

Monday, September 8, 2008

HERBA???


Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.
Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.
Kini dengan rawatan herba kanser juga oleh dirawat.<---- BETUL KE????

SEJARAH BARAH PAYUDARA

Barah payudara merupakan kanser yang paling tua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 BC.

Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan “fire drill” (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser), konsep ini juga masih digunakan sekarang walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang terdapat pada Papyrus Edwin Smith, penyakit ini, tidak mempunyai cara untuk dirawat dan terdapat satu kes lelaki telah menghidapi penyakit ini. Selama berabad-abad, para doktor tidak mampu merawat penyakit ini.

Tetapi, tidak lama kemudian, apabila pemahaman tentang sistem peredaran darah pada kurun ke-17, doktor telah berjaya memahami tentang hubungan antara kanser payudara dan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan kemudian pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara, dan otot dasar dada.

Kejayaan mereka telah diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan mastektomi (merupakan prosedur pembedahan) di 1882. Beliau dikenali kerana Halsted mastektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehingga 1970an.

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia