Aku tak pernah berhenti menulis. Adakalanya aku menulis tentang orang lain dan ada masanya aku menulis dengan daya inmaginasiku sendiri. Adakalanya aku mahu orang lain juga rasa dan tahu apa yang aku lalui. Maka, tika itu aku menulis tentang diri dan dunia aku.
Aku tidak bijak menyusun kata mengatur bicara. Jauh sekali menarik perhatian orang lain untuk membaca hasil tulisanku dan perahan ideaku yang seringkali terputus di saat aku benar-benar berada dalam keadaan hendak menulis.
Aku sekadar mengisi masa lapang dan adakalanya meluah yang terbuku di hati. Jauh sekali untuk meraih simpati.
Harap maklum...
Monday, May 31, 2010
~~bulan
Katamu dulu
Jika rindu renung ke atas dan lihat bulan
Bayangkan dirimu turut merenung bulan itu
Walau dimana aku berada, kau tetap menatap bulan di langit yg sama
Itu yg aku lakukan ketika aku merinduimu
Sering melihat bulan
Sering ku tenung bulan
Menikmati keindahannya di kala malam
Tapi itu dulu
Dulu aku mendengar suaramu dikejauhan
Dulu aku terasa kegembiraan disebalik gelak tawamu
Dulu aku boleh merasai kesedihan di kala murungmu
Kini
Aku masih merenung bulan di langit
Aku menghayati kecantikan bulan itu
Bulan tetap sama seperti dulu
Cuma
Perasaan dan situasiku yg berbeza
Aku masih berdiri tapi hati ini
Sebak di dada ketika mendongak ke langit
Baru kini ku sedar
Keindahan bulan terang tapi hatiku samar
Hanya aku seorang merasainya
Kerana kau telah tiada

Sunday, May 30, 2010
~~ANTARA
Di sini akalku berfikir
antara hati dan perasaan
yang berlegar
mencari keputusan.
Telah kutanya hati,
ia lebih suka memberi laluan
agar tidak tamak
dan perikemanusiaan.
Kutanya pula perasaan,
ia lebih emosi dan tak karuan
hak adalah hak
dan perlu dipertahankan.
Lalu aku membuat kesimpulan
antara hati dan perasaan
kubiarkan berlalu
kerana hidupku mencatat pengalaman.
antara hati dan perasaan
yang berlegar
mencari keputusan.
Telah kutanya hati,
ia lebih suka memberi laluan
agar tidak tamak
dan perikemanusiaan.
Kutanya pula perasaan,
ia lebih emosi dan tak karuan
hak adalah hak
dan perlu dipertahankan.
Lalu aku membuat kesimpulan
antara hati dan perasaan
kubiarkan berlalu
kerana hidupku mencatat pengalaman.
Wednesday, May 26, 2010
2002-2010
hari ni terasa untuk menulis....
awal pagi tadi bersembang dengan kawan lama...
meleraikan apa yang terbuku selama lebih 9 tahun...
walau aku tahu aku tak disayangi lagi,
tapi aku tahu bahawa kehadiranku dihargai...
awal pagi tadi bersembang dengan kawan lama...
meleraikan apa yang terbuku selama lebih 9 tahun...
walau aku tahu aku tak disayangi lagi,
tapi aku tahu bahawa kehadiranku dihargai...
Subscribe to:
Posts (Atom)