Tuesday, March 31, 2009

~~APRIL

Kenapa APRIL sangat menarik????

  1. Aku mahu pulang. Pulang ke mana? Pulang ke tempat aku mengutip pengalaman hidup. Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia. 11-12 April 2009
  2. Aku akan mencari asalku. Di mana? Di Perlis Indera Kayangan. Aku mahu melihat tempat di mana aku dilahirkan. Katanya di Padang Besar. 28 April 2009-2 May 2009.
  3. Semester ini akan berakhir. Seronoknya. Tak sabar rasanya nak menghabiskan semester ni. Beban yang terpundak di bahu rasa sudah terlalu memberat. Semester akan berakhir pada 17 April 2009.
  4. Pesta Buku di PWTC. Yahoo... boleh buku banyak2 dengan harga yang berpatutan. Boleh jugak cari buku-buku second hand yang jauh lebih murah berbanding buku2 baru di pasaran. Sangat suka! Aku akan ke pesta buku pada 21st April 2009.

Sangat seronok menanti bulan April yang akan datang dalam masa kurang dari 8 jam dari sekarang. Selamat datang April.

Thursday, March 26, 2009

~~Kalau Hati Sudah Suke...

Tak siapa boleh menolak jodoh. Apabila ia datang, seharusnya diterima dengan hati terbuka. Jodoh adakala datang apabila ianya dicari dan ada tikanya jodoh datang tanpa diundang. Mana mungkin seorang insan boleh merancang jodohnya sendiri tanpa izin yang maha esa.

Bertemu jodoh dengan kepunyaan seorang insan lain. Mungkin ada yang berkata, itu bukan jodoh. Telah puas sahabat saya menjauhkan dirinya dari insan yang telah pun menjadi hak orang, namun ianya bagaikan tergolek di depan kaki sehingga tak mampu lagi ditolak. Aku sendiri pada mulanya menasihatkan dia untuk melupakan sahaja cintanya kerana aku merasakan bahawa sebenarnya dia meragut kebahagiaan orang lain. Dia bersetuju dan berusaha untuk melupakan kenangan yang pernah mereka lalui bersama. Malangnya apa yang aku dapat lihat, dia merana dan tertekan tanpa insan yang dia sayangi.

Mungkin kerana jodoh yang telah tertentu untuk mereka, hubungan yang dipaksa dari terus berlarutan akhirnya bertaut semula. Mereka telah mencuba untuk melupakan diri masing-masing namun mereka tidak mampu lantaran rasa kasih dan cinta yang membara dalam diri mereka.

Saat ini aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka. Semoga kalian bahagia dan semoga kalian tabah mempertahankan cinta kalian.

Buat Puteri Kundang MeWangi,
Tabahlah menelusuri kehidupan yang kau sendiri pilih. Kumbang yang kau pilih bukan hanya milikmu seorang, Berhati-hatilah agar deduri Mawar tak melukakan dirimu.

Buat Putera Kumbang Perkasa,
Dia adalah seorang wanita yang kau pilih menghiasi tamanmu. Peliharalah dia sebaik mungkin walau kau telah punya Mawar yang Kembang mekar.

Tuesday, March 17, 2009

~~PPSMI

Aku agak teruja dengan isu ini. Mungkin kerana ianya sesuatu yang amat dekat dengan aku. Aku bergelar pendidik walaupun tidak berkait terus dengan pelajar-pelajar yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk belajar Matematik dan Sains.

Aku adalah seorang guru Bahasa Inggeris, namun tidak bermakna aku mengenepikan bahasa ibunda ku (walaupun mak aku orang siam) sendiri. Malah aku suka berkarya menggunakan bahasa ibunda ku. Bagi aku bahasa ibunda ku, iaitu Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diletakkan di aras yang sepatutnya. Pada masa yang sama, bahasa penjajah, iaitu Bahasa Inggeris perlulah digunapakai dalam situasi yang memerlukan kita berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Itu adalah pendapat peribadi aku.

Berbalik pada kisah PPSMI ini. Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ia dimulakan pada waktu aku baru sahaja mendapat segulung ijazah. Pada tika dan saat itu, segulung ijazah itulah yang aku gunakan untuk mencari arah perjalanan karier aku. Bagaikan satu kelebihan mempunyai ijazah dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris apabila aku mendapat kepercayaan oleh jiran-jiran ku untuk membimbing anak-anak mereka bersedia menghadapi Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Masalah yang aku hadapi ialah aku sendiri perlu belajar supaya aku juga mahir dengan perkataan-perkataan yang digunakan dalam buku-buku teks. Ini kerana perkataan-perkataan tersebut adalah 'jargon' (TESLians mesti tau kan?)Aku dapati agak sukar untuk menterjemah apa jua yang selama ini aku belajar dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Ini kerana aku mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Selain itu aku dapati perkataan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam kedua-dua subjek ini hanya boleh digunakan untuk tujuan mempelajari subjek-subjek itu sahaja dan tidak boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Jadi, sekiranya dasar PPSMI ini ditubuhkan untuk memperkasakan bahasa tersebut dalam kehidupan pelajar, ia bukanlah satu langkah yang paling tepat. Mungkin ianya membantu namun bukanlah tindakan yang paling tepat.

Selain itu aku turut memikirkan kedudukan bahasa ibundaku, Bahasa Melayu sekiranya PPSMI diteruskan. Bagi aku, sekiranya ia diteruskan, tiada apa yang akan berlaku dengan SYARAT terdapat program-program yang berterusan untuk meletakkan Bahasa Melayu di lokasi yang sewajarnya. Apa yang dimaksudkan sebagai sewajarnya? Yang aku maksudkan sebagai sewajarnya ialah Masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khususnya tetap menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk berkomunikasi di samping usaha yang berterusan agar bahasa ini tidak lumat dimamah arus kemodenan dan arus barat yang kian menular melalui muzik dan filem-filem. Memartabatkan Bahasa Melayu tidak hanya terletak pada pundak pendidikan sahaja malah penggiat seni (seni halus, seni tampak, seni persembahan dan lain-laia) harus memartabatkannya. Mungkin tidak wajar mencampur adukkan bahasa lain dalam muzik dan filem tempatan.

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan untuk negara kita namun setiap rakyat di negara ini harus akur bahawa ianya tetap Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Malaysia. Ia haruslah dihargai dan digunakan oleh setiap insan yang bergelar rakyat Malaysia tanpa mengira di mana mereka berada. Bahasa Melayu milik setiap bangsa Malaysia walaupun namanya sendiri Bahasa Melayu.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang menarik dalam isu ini namun aku tak mahu menjadi mangsa ISA. hahahha. Sekiranya ada pihak-pihak berkuasa terbaca blog ini aku berharap agar mereka mengerti bahawa aku sekadar menyampaikan apa yang terbuku di benaka ku tanpa niat untuk mencabar mana-mana pihak.

Aku percaya ada pihak-pihak dan badan-badan yang berupaya untuk mengkaji perkara ini sebelum ianya menjadi agenda petualang untuk membinasakan bangsa kita.

Thursday, March 5, 2009

~~aku pelik dengan student aku yang sorang nih, Inche' Oliraz

He crossed the border.
Aku tetap lecturer dia dalam apa jua keadaan. Aku rasa dia tak patut berkata begitu pada aku. Aku tak kisah dia cuba untuk berkawan dengan aku. Apatah lagi untuk membantu dia apabila dia dalam keadaan yang memerlukan bantuan aku. Aku tak pernah kisah untuk membantu students aku apatah lagi aku tau adakalanya mereka memerlukan bantuan aku. Aku tak pernah pun harap dia balas balik bantuan yang pernah aku hulurkan.
Dalam keadaan ekonomi yang merudum sekarang ni aku tau ramai yang dibuang kerja. Ramai orang di sekeliling aku menjadi mangsa termasuk ahli keluarga aku asendiri. Tidak terkecuali student aku yang seorang ni. Tapi dia kena paham la. Apa dia ingat aku JobStreet.com ke? Mana boleh dia nak harap aku carikan kerja. Aku nak kena buat kerja aku sendiri. Aku ada tanggungjawab lain yang perlu aku lunaskan.
Ada ke patut dia salahkan aku dia tak ada kerja sekarang ni? Apa lah daya aku? Aku bukan Menteri Sumber Manusia. Aku sekadar satu di antara beribu-ribu manusia yang bertanggungjawab membentuk dan menjana modal insan. Tak cukup lagi ke apa yang pernah aku tolong dia? Apa lagi yang boleh aku buat? Takkan aku nak sorong resume dia sana sini. Tolonglah!!!

Inche' Oliraz,
Aku masih lagi lecturer kau. Walaupun ko bukan lagi pelajar aku... Jangan lintas sempadan tanpa kebenaran.
Harap Maklum.

Wednesday, March 4, 2009

~~Perjalanan ke Sebuah Pasaraya di Bandar Teknologi, Kajang

"Jumpa kat Bill***n pukul 8.30 malam." Itu SMS yang aku terima dari seorang teman.

Lepas membersihkan diri, tepat jam 8.20 aku amik kunci kereta, start enjin dan terus menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Sunyi je rasa perjalanan aku. Kenapa? Uhhh.. radio tak terpasang. Aku pasang radio, tukar siaran H*tFM. Dengar celoteh Ikhwan dan Anne. Aku pun tak tau apa yang dia bebelkan. Aku sekadar mahu mengisi kesunyian perjalanan aku je.

Alunan muzik pun bermula... bait2 kata berkumandang..
" Satu
kasih nan abadi
tiada tandingi
dia yang satu"
(Betul. Inilah kasih abadi yang aku selalu tak nampak. Aku selalu mencari kasih makhluk2 ciptaanNya dan terlupa bahawa Dia lah yang menganugerahkan rasa kasih dan cinta itu kerana dia pun Maha Penyayang)
"Dua
sayang berpanjangan
membawa ke syurga
kasihnya ibu"
(Saat ini, airmata aku telah hampir menitis teringatkan seorang insan yang bergelar ibu. Mama, Dek * minta ampun. Tak banyak masa yang kita dapat luangkan bersama sepanjang hayat mama. Malah Dek * tak pernah membahagiakan mama. Semoga mama bahagia di sana dan semoga kita berjumpa di alam yang abadi. Al-fatihah.)
"Tiga
lapar dan dahaga
rela berpayah
setianya ayah"
(Air mata aku mengalir laju. Teringat dulu abah kerja siang dan malam. Pagi2 abah dah keluar mencari rezeki. Lewat malam baru balik. Sepulangnya abah sering ada buah tangan untukku. Begitu sekali ingatan abah buat anaknya yang seorang ini. Malah hingga hari ini perhatian abah pada aku tak perdah pudar.)

"Empat
mudah kau ke temu
berhati selalu
beza antara
kasih dan kekasih"
(Beberapa orang terbayang di tabir mata aku namun tak begitu memberi kesan pada aku. Betullah bahawa kasih yang ke empat ini mudah ditemui malah aku sendiri terbayang beberapa orang.)

"Ibu
ku ingat dahulu
menyisir rambutku
kemas selalu"
(Masa aku kecik, rambut aku panjang. Mama selalu ikat, tocang, sanggul rambut aku. Aku memang tak boleh lupa part ni. Aku tak pernah potong rambut sehingga aku berusia 12 tahun kerana pada ketika itu mama tak lagi mampu untuk menguruskan rambut aku. Kenangan ini menjadikan aku merembeskan lebih banyak airmata.)

"Ayah
menghantar ke sekolah
bergunalah ilmu
bila dewasa"
(Abah bukan hanya hantar aku ke sekolah malah menghantar aku ke universiti. Terima kasih abah. Tak pernah sekali pun sepanjang alam persekolahan ku aku berjalan kaki ke sekolah. Bertuahnya aku. Dan benarlah, ilmu yang aku perolehi di sekolah sangat berguna. Air mata aku seperti tak boleh berhenti mengalir)

"Sayang!!!
dengar lagu ini
untuk kau sandarkan
buat pedoman

Jangan
manis terus ditelan
pahit terus dibuang
itu bidalan
harus kau renungkan

Andai
kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya

Andai
kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya
hidup ini sementara."

Habis je lagu ni aku telah hampir sampai ke tempat yang aku tuju. Terfikir di benak aku, kenapa lagu ni tak pernah menjadi juara lagu. Lagu ni sarat dengan mesej yang aku rasa setiap insan dalam dunia ni harus menjadikannya sebagai panduan hidup.

Buat diri aku sendiri, aku tahu sesuatu harus dilakukan. Aku harus memastikan bahawa aku turut menyayangi "SATU, DUA, TIGA" kerana sungguh besar ertinya "SATU,DUA,TIGA" dalam hidup aku.

"Hoi!!!"
Terperanjat aku.
"Apehal termenung nih? Jom la, kata nak beli hadiah Haizal."

Ianya berakhir di situ namun aku masih lagi berfikir tentang lagu ini sehingga ke saat ini.
Tapi cukupkah hanya sekadar fikir.....?????

Monday, March 2, 2009

~~di mana?

Memang tidak mudah
Apatah lagi menggenggam erat
Sebuah cita menjadi engkau dan aku..

Siapa pun aku jua dirimu,
Setiap kita sungguh serupa
Di suatu detik sedekad lalu

Mula mengenal dunia,
kita pernah tersungkur
Mula menyelam dasar,
kita pernah lemas
Mula meredah onak,
kita pernah terluka jemari
Kita terus bangkit,
bersama pintalan
ikatan persahabatan

Detik berlalu
masa berputar
Hari ini setelah sedekad

Inilah aku, Itulah engkau

Tapi,
di mana pintalan persabatan
yang pernah mengikat kita



buat rakan-rakan SPL (TESL-UTM 1999-2003)

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia