THE REFLECTION
Saturday, August 18, 2012
Esok Hari Raya
Persiapan??
Makanan: Aku lah yang pergi ke pasar hari ni. Beli daging, ayam, santan dan segala macam benda yang ada dalam list. Dua tahun lalu, tugas ni, A.B.A.H yang buat. Tahun lepas A.B.A.H dah tak larat nak buat semua tu jadi mama pergi awal membeli belah persiapan terkhir.
Pakaian: Untuk diriku sendiri aku beli sepasang kain yang hampir serupa coraknya dengan MAMA. Aku belikan juga jubah hitam untuk aku dan MAMA. Yang lain? Umpama tiada keinginan untuk aku beli dan gayakan di hari raya. Tahun-tahun sebelumnya aku sibuk mencari kopiah, kain pelikat dan capal untuk A.B.A.H
Emosi: Ini persiapan yang paling penting. Aku cuba sekuat mungkin menahan diri dari mengalirkan air mata. Aku pesongkan jiwa dan hatiku setiap kali aku teringatkan kehilangan yang aku alami tahun ini. Biarlah ia berlalu pergi bersama Ramadhan yang bakal pergi beberapa minit sahaja lagi
Sayonara Ramadhan!! Jumpa lagi tahun depan!!
Ya Allah, panjangkan usiaku untuk aku berjumpa lagi dengan Bulan Seribu Sujud ini di tahun hadapan....
Tuesday, August 14, 2012
~~4 Hari Menjelang Aidilfitri
Friday, August 10, 2012
~~Aidilfitri: 8 hari lagi
Sayu hati. Sayu sekali...
8 hari menjelang Syawal.
Selalunya aku sibuk mencari sesuatu sebagai buah tangan buat A.B.A.H. Tapi Syawal terakhir tahun lalu A.B.A.H tak mahu dibelikan apa-apa. Lalu aku hulurkan sejumlah wang untuk dia berbelanja. Tahun ini aku tak perlu lagi memperuntukkan apa-apa amaun untuk A.B.A.H. Cukup sekadar doa dan bacaan surah-surah suci sebagai hadiah. Hanya aku anaknya yang tinggal. Hanya dari aku doa seorang anak yang boleh melapangkan ruang persinggahan terakhirnya. Hanya ini cara aku boleh berhubung dan terus berbakti kepadanya.
Entah macam mana pagi Aidilfitri tahun ini. Tiada lagi tangan tua yang akan aku kucupi. Tiada lagi kata maaf yang akan aku ucapkan. Tiada lagi peluk cium dari tubuh tua A.B.A.H. Segalanya hanya tinggal kenangan yang tak mungkin dapat aku nikmati walau hanya sekali lagi.
8 hari menjelang Syawal.
Sedaya upaya aku tak mahu menampakkan rasa sedih dan kehilanganku. Aku cuba berlagak seperti biasa namun semakin anak bulan syawal hampir menjelma semakin hiba hati ini. Saat aku membayar zakat fitrah, aku hampir sahaja menitiskan air mataku kerana hati aku walang mengenangkan A.B.A.H yang selama ini bertanggungjawab melangsaikan tuntutan syariat itu. Saat aku berjalan seorang diri di pusat membeli belah, tika terlihat seorang tua berbaju belang , berkaca mata dan berkopiah hanya A.B.A.H yang terbayang di mataku. Seakan mahu meraung menyebakkan emosi. tapi aku teruskan juga langkah kerana aku tahu A.B.A.H tetap melihat anak gadisnya ini melangkah di muka bumi meneruskan legasinya.
8 hari menjelang Syawal.
Aku mahu terus gagah melangkah. Bukan mahu menipu diri tapi aku tidak selamanya boleh berada dalam ruang lingkup emosi dan jiwaku sendirian. Aku perlu terus tersenyum, tertawa bertemu dan bercerita dengan seluruh komuniti di sekeliling aku!
Semoga Syawal tahun ini masih punya sinar buat aku yang terlalu merindui insan yang teramat aku sayang. Allahu Akbar!
Friday, August 3, 2012
~~ Tanpa Laman Muka Buku
Saya mula menggunakan 'Laman Muka Buku' pada 11 November 2008. Satu tempoh yang agak lama. Hampir 4 tahun lalu. Terlalu banyak suka dan duka yang saya kongsikan bersama dunia maya itu. Di sana juga saya berjumpa semula dengan masa lalu saya. Sungguh indah bila boleh bersama mengenang kisah-kisah sewaktu kita mula meniti hari-hari remaja seterusnya menginjak alam dewasa.
Sahabat-sahabat SMKEH: Mereka ini sangat dekat di hati aku. Sungguh banyak memori yang kami lalui bersama. Teman-teman rapatku seperti Dila, Lili, Siti Fatimah dan Khuzaida; kita menempuhi SPM dengan usaha yang amat giat. Kita semua umpama tersedar dari lena yang panjang saat itu. Maka aku amat berterima kasih dengan kalian kerana kalian turut menyumbang siapa aku hari ini. Mungkin aku hari ini tidak kaya tapi syukur aku mampu menyumbang pada pembangunan negara, agama dan bangsa melalui kerjaya yang aku sendiri tak pernah terlintas.
Teman-teman TESLians: Ini lagi satu kumpulan manusia yang mendewasakan aku. Aku yang bodoh berbahasa penjajah ini akhirnya belajar melalui kesilapan-kesilapan yang aku lakukan sepanjang 4 tahun kita bersama. Farah, Mimi, Lina, Dot dan Cecah.. antara nama yang melonjakkan kemampuan yang aku tak sedar ada di dalam diri aku. Walaupun aku banyak menghabiskan masa bersendirian tapi kalian tetap antara nama yang memberi impak kepada kehidupan aku hari ini.
Anak-anak didik IUCTT: Di sini aku mula mengenal alam pekerjaan. Cikgu Ali; orang yang bertanggungjawab memberi peluang kepada aku mengenali alam yang sangat mencabar ini. Menjadi pendidik muda di sebuat institusi pengajian tinggi dengan tubuh ku yang kecil amat sukar pada mulanya. Tapi di penghujungnya aku merasa sungguh terkilan kerana terpaksa aku meninggalkan tempat ini. Antara nama yang sentiasa ada di benakku bila bercerita tentang IUCTT adalah Yusrizal, Nik erma, Mariam, Mariati Dan Zairul.
Sanak-saudara, ahli keluarga: Yang paling penting ABANG EZ saya! Hmmm.. sayu hati aku mengenangkan dia. Dia lah abang yang amat saya sayangi yang telah pergi meninggalkan ku. Namun tak lupa juga anak2 buah aku yang jauh di utara tanah air, fathin, dila, hana.. muka buku ini lah yang mendekatkan kita. Perginya insan yang amat aku sayang juga aku maklumkan kepada dunia melalui laman muka buku.
Hari ini, setelah terlalu banyak dikongsi di laman muka buku, saya membuat keputusan untuk tidak lagi berada di sana. saya tak mahu dan serik dengan apa yang berlaku. Terlalu banyak yang tidak betul daripada yang betul. Biarlah saya menjadi kuno, zaman batu tahun gajah daripada terus menerus di sana. Banyak lagi medium komunikasi yang boleh saya gunakan. Selamat Tinggal!!!! Tata!!! sayonara!!!

Wednesday, August 1, 2012
We Had Joy, We Had Fun!!
Wednesday, July 25, 2012
~~67 Tahun! {kerusi roda, masak lemak ikan tenggiri dan padang}
Jiwa masih longlai. Hati masih kosong. Sekosong padang bola depan rumah aku ni di bulan Ramadhan. Saat bangun pagi tadi seraut wajah terbayang di ruang mata. Almarhum Jalani Abdul Majid. Lelaki yang membawa aku ke muka bumi ini. Lelaki yang mengajar aku tentang erti hidup. Lelaki yang tak pernah putus sepanjang hayatnya menyalurkan kasih sayang.
Hari ini mengikut kad pengenalan almarhum, lelaki ini sepatutnya berusia 67 tahun dan 30 tahun daripada umurnya dihabiskan untuk anak gadisnya yang seorang ini. Maka hari ini aku yakin di pundak bahuku ini letaknya tanggungjawab meneruskan legasi dan tradisi almarhum. Malah, aku akui kebanyakan tindak tanduk ku menyamai kelakuan almarhum. Bonda Rahimah sendiri mengakuinya. Aku kasar seperti almarhum, aku mudah mesra dengan anak2 kecil seperti almarhum, cara aku bercakap seperti almarhum. Mana tidaknya, aku lah darah daging yang membesar di depan matanya.
Pesan almarhum, jangan tinggal solat, jaga mama, kahwin cepat, berjimat cermat, beli rumah, jangan berlagak macam orang kaya walaupun berduit.. terlalu banyak pesan almarhum.
Kali terakhir melihat wajahnya ketika almarhum masih bernafas, aku tukar lampin pakai buang dua kali, menyuap makanan ke bibirnya sekali, membasahkan bibirnya berkali-kali. Hanya itu yang aku berkesempatan aku lakukan, tak banyak bakti aku padanya. Pastinya dia berjuta-juta kali menyuap makanan ke mulut ku dan menukar lampinku.
Masakan terakhir aku untuk almarhum adalah masak lemak ikan tenggiri. Katanya jangan lupa letak asam keping lebih sikit baru sedap. Aku masak mengikut seleranya saat itu yang tak mahu sedikitpun cili dicampur. Segalanya aku turutkan.
Malam terakhir aku bermalam bersamanya, aku turutkan setiap permintaannya yang mahu beralih tempat dari kerusi ke kerusi ke tilam dan juga kerusi roda. Sukar sekali almarhum melelapkan mata tapi almarhum menyuruh aku tidur kerana menurutnya dia memang tak boleh tidur. Aku melelapkan mata di kaki almarhum. Seketika kemudian dia menggerakkan kaki tanda dia tak mampu tidur. lantas aku membuka mata dan tersenyum pada almarhum. Seketika kemudian almarhum tersenyum kembali padaku. Itulah kali terakhir aku melihat senyumannya.
Ya Allah terlalu banyak memori bersama almarhum.
Al-fatihah.
Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.
A.B.A.H.. I love you more than I ever said to you!
Tuesday, July 24, 2012
Lelaki-lelaki Pelindung Ku!!!
Bukan meraih simpati apa lagi mengharap belas kasihan. Sekadar meluah rasa, berkongsi cerita. Keluarga saya amat komplikated. Namun saya masih merasa nikmat kasih sebuah keluarga walau tidak sesempurna orang lain.
Hari ini saya sebatang kara. Baru sahaja kehilangan seorang lagi abang 2 hari yang lalu. 52 hari selepas Almarhun Ezkandar Sanny meninggalkan saya dan alam fana ini. Masih merah lagi kubur Ezkandar Sanny di saat sekali lagi saya mengiringi perjalanan terakhir insan yang sayangi. Kali ini giliran Ezdihar bin Jalani diambil Sang Pencipta. Al-fatihah.
Bagaimana sedih sekalipun, namun aku hanya seorang adik yang tak pernah berkongsi suka dan duka. Tak pernah walau sekalipun aku berkongsi malam di satu bumbung yang sama. Tapi siapa yang mampu menafikan darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah darah yang sama. Darah yang mengalir dalam tubuh kami datang dari benih yang sama. Hanya sekali pernah aku mengucup pipi Almarhum Ezdihar iaitu pada hari kami mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Ezkandar Sanny, 3 Jun 2012. Sebelum dan seseduah itu aku hanya mengetahui bahawa dia adalah abang sebapa ku yang yang amat jauh tautan kasihnya.
Hari ini, di atas muka bumi ini, tiada lagi lelaki-lelaki yang bertanggungjawab ke atas diri ku seorang selaku seorang wanita. Tiada lagi Almarhum Jalani bin A.Majid, tiada lagi Almarhum Ezkandar Sanny bin Jalani dan tiada lagi Almarhum Ezdihar bin Jalani. Ramadhan tahun ini benar-benar mengujiku. Syawal tahun ini seolah kosong. Namun hidup ini tetap aku teruskan. Hidup ini tetap aku telusuri menjunjung amanah Allah sebagai khalifah, menunaikan hajat dan impian ayahanda Jalani dan meneruskan legasi abang-abang saya yang amat saya kasihi.
Al-fatihah

Subscribe to:
Posts (Atom)