tak cakap orang lain..
rakyat malaysia especially org islam...
dah berapa kali dah mula memboikot produk2 israel....
tapi sekejap je...
setelah ada kenyataan media, surat2 yang kononnya ramai org melayu yang bekerja di syarikat berkenaan, maka masyarakat pun kembali menjadi pelanggan kepada produk israel..
nak taip panjang2 takut kena tindakan,
makanya renung2kan lah...
yang mana memang produk israel kita tinggal kan aje..
bila nak makan fast food makan la
marrybrown, secret recipe atau yang belah utara bileh g radix fried chicken, radix pizza house...
bila nak beli kosmetik,
beralih la kepada syurah, safi balqis
nak beli ubat gigi, beli la ubat gigi mukmin
pilihan dah ader kenapa kita tetap setia dengan produk bangsa yahudi yang jelas dan nyata nak memusnahkan kita
kengkawan,
kita nak pergi ke ghaza, terlalu banyak kekangan.. termasuk la diri kita sendiri yang penakut nag berjuang secara nyata...
maka, ini lah jihad kita,
jangan nanti di padang masyar, tertangguh perjalanan kita ke syurga dek kerana umat islam palestin yang bertanya mengapa kita tidak membela mereka yang ditindas rejim zionis...
jangan lupa.. doakan mereka terus dikuatkan semangat, diperkukuhkan iman untuk terus berjihad di jalan allah
Friday, June 4, 2010
Thursday, June 3, 2010
~~sisa harapan
Andai diberi kesempatan
tak mungkin dibiar berlalu
Masih punyakah kesempatan untukku
Masih bersisakah harapan untukku
Andai masih ada cahaya
Aku sanggup redahi...
Jalan gelap sanggup kuredahi,
Jalan hitam sanggup kulalui,
Andai ia sinar buatku...
padaMu Ya Allah,
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus
Jalan yang Engkau redhai...
tak mungkin dibiar berlalu
Masih punyakah kesempatan untukku
Masih bersisakah harapan untukku
Andai masih ada cahaya
Aku sanggup redahi...
Jalan gelap sanggup kuredahi,
Jalan hitam sanggup kulalui,
Andai ia sinar buatku...
padaMu Ya Allah,
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus
Jalan yang Engkau redhai...
Wednesday, June 2, 2010
~~bingung dan pasti...
Manusia yang bingung
akan menempah sukar
gagal dalam pergelutan hidup
pada akhirnya
manusia bingung ini
lantas bangkit
menentang arus
pasti ia berjaya
manusia yang pasti
yakin pada rentak haluan
dimana jua kaki menapak
mereka ini terus gah
mindanya pantas;
mencelah masa
manusia ini bertuah
pada setiap detik hidupnya
akan menempah sukar
gagal dalam pergelutan hidup
pada akhirnya
manusia bingung ini
lantas bangkit
menentang arus
pasti ia berjaya
manusia yang pasti
yakin pada rentak haluan
dimana jua kaki menapak
mereka ini terus gah
mindanya pantas;
mencelah masa
manusia ini bertuah
pada setiap detik hidupnya
Monday, May 31, 2010
~~Saya ingin menulis
Aku tak pernah berhenti menulis. Adakalanya aku menulis tentang orang lain dan ada masanya aku menulis dengan daya inmaginasiku sendiri. Adakalanya aku mahu orang lain juga rasa dan tahu apa yang aku lalui. Maka, tika itu aku menulis tentang diri dan dunia aku.
Aku tidak bijak menyusun kata mengatur bicara. Jauh sekali menarik perhatian orang lain untuk membaca hasil tulisanku dan perahan ideaku yang seringkali terputus di saat aku benar-benar berada dalam keadaan hendak menulis.
Aku sekadar mengisi masa lapang dan adakalanya meluah yang terbuku di hati. Jauh sekali untuk meraih simpati.
Harap maklum...
Aku tidak bijak menyusun kata mengatur bicara. Jauh sekali menarik perhatian orang lain untuk membaca hasil tulisanku dan perahan ideaku yang seringkali terputus di saat aku benar-benar berada dalam keadaan hendak menulis.
Aku sekadar mengisi masa lapang dan adakalanya meluah yang terbuku di hati. Jauh sekali untuk meraih simpati.
Harap maklum...
~~bulan
Katamu dulu
Jika rindu renung ke atas dan lihat bulan
Bayangkan dirimu turut merenung bulan itu
Walau dimana aku berada, kau tetap menatap bulan di langit yg sama
Itu yg aku lakukan ketika aku merinduimu
Sering melihat bulan
Sering ku tenung bulan
Menikmati keindahannya di kala malam
Tapi itu dulu
Dulu aku mendengar suaramu dikejauhan
Dulu aku terasa kegembiraan disebalik gelak tawamu
Dulu aku boleh merasai kesedihan di kala murungmu
Kini
Aku masih merenung bulan di langit
Aku menghayati kecantikan bulan itu
Bulan tetap sama seperti dulu
Cuma
Perasaan dan situasiku yg berbeza
Aku masih berdiri tapi hati ini
Sebak di dada ketika mendongak ke langit
Baru kini ku sedar
Keindahan bulan terang tapi hatiku samar
Hanya aku seorang merasainya
Kerana kau telah tiada
Jika rindu renung ke atas dan lihat bulan
Bayangkan dirimu turut merenung bulan itu
Walau dimana aku berada, kau tetap menatap bulan di langit yg sama
Itu yg aku lakukan ketika aku merinduimu
Sering melihat bulan
Sering ku tenung bulan
Menikmati keindahannya di kala malam
Tapi itu dulu
Dulu aku mendengar suaramu dikejauhan
Dulu aku terasa kegembiraan disebalik gelak tawamu
Dulu aku boleh merasai kesedihan di kala murungmu
Kini
Aku masih merenung bulan di langit
Aku menghayati kecantikan bulan itu
Bulan tetap sama seperti dulu
Cuma
Perasaan dan situasiku yg berbeza
Aku masih berdiri tapi hati ini
Sebak di dada ketika mendongak ke langit
Baru kini ku sedar
Keindahan bulan terang tapi hatiku samar
Hanya aku seorang merasainya
Kerana kau telah tiada
Sunday, May 30, 2010
~~ANTARA
Di sini akalku berfikir
antara hati dan perasaan
yang berlegar
mencari keputusan.
Telah kutanya hati,
ia lebih suka memberi laluan
agar tidak tamak
dan perikemanusiaan.
Kutanya pula perasaan,
ia lebih emosi dan tak karuan
hak adalah hak
dan perlu dipertahankan.
Lalu aku membuat kesimpulan
antara hati dan perasaan
kubiarkan berlalu
kerana hidupku mencatat pengalaman.
antara hati dan perasaan
yang berlegar
mencari keputusan.
Telah kutanya hati,
ia lebih suka memberi laluan
agar tidak tamak
dan perikemanusiaan.
Kutanya pula perasaan,
ia lebih emosi dan tak karuan
hak adalah hak
dan perlu dipertahankan.
Lalu aku membuat kesimpulan
antara hati dan perasaan
kubiarkan berlalu
kerana hidupku mencatat pengalaman.
Wednesday, May 26, 2010
2002-2010
hari ni terasa untuk menulis....
awal pagi tadi bersembang dengan kawan lama...
meleraikan apa yang terbuku selama lebih 9 tahun...
walau aku tahu aku tak disayangi lagi,
tapi aku tahu bahawa kehadiranku dihargai...
awal pagi tadi bersembang dengan kawan lama...
meleraikan apa yang terbuku selama lebih 9 tahun...
walau aku tahu aku tak disayangi lagi,
tapi aku tahu bahawa kehadiranku dihargai...
Subscribe to:
Posts (Atom)
