Friday, February 27, 2009

~~STRESSFUL

1. Staff Baru

Wanita ini mempunyai bau badan.
Wanita ini juga susah mendengar pendapat orang walaupun dia yang minta pendapat orang.
Wanita ini refuse untuk menukar tempat walaupun aku dah cakap aku reserve tempat tu untuk staff baru lain (x student aku kat twintech) yang akan join pada 23 March 2008.
Wanita ini juga tak mahu bertanya dan refuse untuk menerima bantuan walaupun dia dalam keadaan memerlukan bantuan

2. Lecturer yang IT illiterate
Lelaki itu sentiasa meminta bantuan orang lain.
Lelaki itu terlalu suka bertanya sehingga bertanya tentang perkara yang sama beberapa kali dalam jangkawaktu yang singkat.
Lelaki itu sering menyebabkan internet connection kawan aku selalu terputus.
Lelaki itu degil apabila kita membantunya.
Lelaki itu tak mahu belajar tentang IT walaupun dia tahu dia tidak tahu.

3. IT Man
Lelaki itu apabila datang ke sini akan menggunakan suara yang sangat kuat sehingga mengganggu kosentrasi aku melakukan kerja aku.



Setelah beberapa bulan berada di sini, baru sekarang aku merasa seperti ini. Tak baikkan??? Aku sepatutnya tak membenci rakan2 sekerja aku.

Maafkan aku. Aku akan cuba membuang perasaan ini.

Saturday, February 21, 2009

!!IKLAN M*LO

Dah banyak kali dah aku dengar iklan ni kat radio. Meh aku recall balik cemana iklan tuh

Anak : Ibu, apa itu protomolt? (betul ke eja macam ni. belasah je la)
Ibu : Protomolt
? Ada dalam buku Sains ye?
Anak : Ada dekat tin hijau tu.
Ibu : Tin hijau? Protomolt? (bermonolog)

Pastu adalah suara menerangkan apa itu protomolt.

Pada aku protomolt tu lagi susah nak dibaca berbanding dengan M*LO. Malah M*LO adalah satu jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pelik sungguh rasanya bila anak dia sebut tin hijau sedangkan protomolt boleh plak dia sebut dan baca. huhuuhu. Derang ni tak terpikir ke mende2 macam ni. Atau aku yang salah mentafsir???

Friday, February 13, 2009

~~PELAYARANKU

aku pernah pergi ke tepi laut
memandang ombak
dan ingin berlayara

ku pernah pergi
untuk melihat lihat
kapal yang ada di dermaga
menyentuh kayuhnya
dan ingin untuk memilikinya

aku pernah memiliki kapal
menaikinya di tepi pantai,
tapi tak pernah melepas sauhnya

aku pernah membawa kapalku berlayar
melepas jangkarnya,
namun akhirnya kembali pulang
sebelum sampai tujuan

Thursday, February 12, 2009

~~SIAPA SOFFIA

Siapa dirimu...?
Menelusuri tepian hidupku,
Siapa dirimu...?
Melarik segaris cerita,
Siapa dirimu...?
Melohong hatiku tertikam,
Siapa dirimu...?
Menggali kisah telah tertimbus,
Siapa dirimu...?
Perlukah aku pamit,
Diseru seorang Soffia
Yang semalam kukenali
Di alam maya...

Wednesday, February 11, 2009

~~Kenangan Bersama

Pada mekar sekuntum mawar
dan batangkali yang mengalir
si tepian itu kutatap
wajah mulus mu
dan tertulis....
kesah kaseh aku dan dirimu.
Segaris memori lalu
tidak mudah luput ingatan
dan maseh kukunci rapat
di dalam sebuah potret
wajah kita bersama.

Tuesday, February 10, 2009

~~persoalan

gerimis tak merindui danau
hanya membuat camar termangu
tak mungkin terbang
tak mahu menangis
hanya sekadar membasahi baju
berapakali aku ucapkan….???
berapa kali aku harus bermenung…???
berapa lama aku harus terdiam
beribu bahasa pada mu…???

Friday, February 6, 2009

~~itu rupanya bidadarimu


Wahai kamu
yang sering dalam pikiranku
Aku senang melihatmu di sana
Memerhati kudratmu menari
Membuat sesuatu
Mengatur senimu
Di atas layar itu

Ah…
silapkah tatapan mataku
diam-diam kau mengukir bidadari
Cantik sekali, sayang

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia