Monday, June 8, 2009
~~setelah dia diijabkabul
tapi kalau insan yang kita sayangi mendirikan rumahtangga bukan dengan kita? macam mana agaknya.
ini kali pertama perasaan sebegini menghantui aku..
kalau sebelum ini aku pernah kata aku tak punya perasaan dengan sesiapa pun selain dia, tapi kini mungkin keadaan ini berubah. kalau boleh aku tak mahu bersedih apatah lagi meratapi. aku selalu katakan pada orang lain, kalau hidung tak mancung usah lah pipi tersorong-sorong, usah la menampar pada angin lalu kerana ia takkan berbunyi. maka, hari ini tiba masanya untuk aku mengingatkan diri sendiri. usah lagi menyorong pipi dan tak perlu menampar angin. dia kini milik orang dan aku harus terima bahawa jodoh aku dan dia telah pun berlalu.
IR***M*ZW** dan soffea
tahniah dan semoga kekal ke akhir hayat. sebagai insan yang amat menyintaimu, pastinya aku mahu kau sentiasa bahagia.
Wednesday, June 3, 2009
~~aku kembali setelah bukan lagi seorang pensyarah
aku kini tahu erti pendidikan sebenar. aku tidak lagi melihat pendidikan sebagai satu industri seperti sebelumnya. kini aku betul mengadun 'raw materials', mencorak dan menggubah mereka menjadi seseorang yang lebih berguna kepada masyarakat, agama dan negara atau setidak2nya tidak merosakkan diri mereka sendiri.
Friday, April 3, 2009
~~Muncil punya Tayar
Khamis, 2 April 2009
Nasib baik jugak, waktu ianya berlaku, aku masih dalam kawasan tempat aku bekerja. Kalau tengah-tengah hutan menuju ke Semenyih agaknya macam manalah. Tak terbayang aku.

kemana perginya angin yang kukurung di dalam tayar itU?
Mujurlah ader sahabat yang sudi membantu. Inche' Shahriel, banyak-banyak terima kasih ye. Aku tahu, jasamu sukar untukku balas. Maka, ini lah tangan-tangan yang kehitaman kerana menukar tayar muncil kesayangan ku.

Tangan yang hitam kerana tercela dek kekotoran tayar keretaku.
Tangan aku pun kotor jugak tau. Mujur ada sabun 'LUX' yang aku letak dalam kereta kerana kununnya boleh menghilangkan bau cencaluk yang meletop dalam kereta aku 3 tahun dulu.
dan....

ini lah punca kekempisan tayar ku. ia telah menyucuk tayar muncil itu sehingga melepas kurungan angin.
KALUNGAN PENGHARGAAN BUAT INSAN2 TERSEBUT:
- Inche' Shah
- Che' Norul
- Inche' Yus
- Mr. Jay
Terima kasih dia atas bantuan anda.
Tuesday, March 31, 2009
~~APRIL
Kenapa APRIL sangat menarik????
- Aku mahu pulang. Pulang ke mana? Pulang ke tempat aku mengutip pengalaman hidup. Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia. 11-12 April 2009
- Aku akan mencari asalku. Di mana? Di Perlis Indera Kayangan. Aku mahu melihat tempat di mana aku dilahirkan. Katanya di Padang Besar. 28 April 2009-2 May 2009.
- Semester ini akan berakhir. Seronoknya. Tak sabar rasanya nak menghabiskan semester ni. Beban yang terpundak di bahu rasa sudah terlalu memberat. Semester akan berakhir pada 17 April 2009.
- Pesta Buku di PWTC. Yahoo... boleh buku banyak2 dengan harga yang berpatutan. Boleh jugak cari buku-buku second hand yang jauh lebih murah berbanding buku2 baru di pasaran. Sangat suka! Aku akan ke pesta buku pada 21st April 2009.
Sangat seronok menanti bulan April yang akan datang dalam masa kurang dari 8 jam dari sekarang. Selamat datang April.
Thursday, March 26, 2009
~~Kalau Hati Sudah Suke...
Bertemu jodoh dengan kepunyaan seorang insan lain. Mungkin ada yang berkata, itu bukan jodoh. Telah puas sahabat saya menjauhkan dirinya dari insan yang telah pun menjadi hak orang, namun ianya bagaikan tergolek di depan kaki sehingga tak mampu lagi ditolak. Aku sendiri pada mulanya menasihatkan dia untuk melupakan sahaja cintanya kerana aku merasakan bahawa sebenarnya dia meragut kebahagiaan orang lain. Dia bersetuju dan berusaha untuk melupakan kenangan yang pernah mereka lalui bersama. Malangnya apa yang aku dapat lihat, dia merana dan tertekan tanpa insan yang dia sayangi.
Mungkin kerana jodoh yang telah tertentu untuk mereka, hubungan yang dipaksa dari terus berlarutan akhirnya bertaut semula. Mereka telah mencuba untuk melupakan diri masing-masing namun mereka tidak mampu lantaran rasa kasih dan cinta yang membara dalam diri mereka.
Saat ini aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka. Semoga kalian bahagia dan semoga kalian tabah mempertahankan cinta kalian.
Buat Puteri Kundang MeWangi,
Tabahlah menelusuri kehidupan yang kau sendiri pilih. Kumbang yang kau pilih bukan hanya milikmu seorang, Berhati-hatilah agar deduri Mawar tak melukakan dirimu.
Buat Putera Kumbang Perkasa,
Dia adalah seorang wanita yang kau pilih menghiasi tamanmu. Peliharalah dia sebaik mungkin walau kau telah punya Mawar yang Kembang mekar.
Wednesday, March 18, 2009
Tuesday, March 17, 2009
~~PPSMI
Aku adalah seorang guru Bahasa Inggeris, namun tidak bermakna aku mengenepikan bahasa ibunda ku (walaupun mak aku orang siam) sendiri. Malah aku suka berkarya menggunakan bahasa ibunda ku. Bagi aku bahasa ibunda ku, iaitu Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diletakkan di aras yang sepatutnya. Pada masa yang sama, bahasa penjajah, iaitu Bahasa Inggeris perlulah digunapakai dalam situasi yang memerlukan kita berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Itu adalah pendapat peribadi aku.
Berbalik pada kisah PPSMI ini. Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ia dimulakan pada waktu aku baru sahaja mendapat segulung ijazah. Pada tika dan saat itu, segulung ijazah itulah yang aku gunakan untuk mencari arah perjalanan karier aku. Bagaikan satu kelebihan mempunyai ijazah dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris apabila aku mendapat kepercayaan oleh jiran-jiran ku untuk membimbing anak-anak mereka bersedia menghadapi Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Masalah yang aku hadapi ialah aku sendiri perlu belajar supaya aku juga mahir dengan perkataan-perkataan yang digunakan dalam buku-buku teks. Ini kerana perkataan-perkataan tersebut adalah 'jargon' (TESLians mesti tau kan?)Aku dapati agak sukar untuk menterjemah apa jua yang selama ini aku belajar dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Ini kerana aku mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Selain itu aku dapati perkataan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam kedua-dua subjek ini hanya boleh digunakan untuk tujuan mempelajari subjek-subjek itu sahaja dan tidak boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Jadi, sekiranya dasar PPSMI ini ditubuhkan untuk memperkasakan bahasa tersebut dalam kehidupan pelajar, ia bukanlah satu langkah yang paling tepat. Mungkin ianya membantu namun bukanlah tindakan yang paling tepat.
Selain itu aku turut memikirkan kedudukan bahasa ibundaku, Bahasa Melayu sekiranya PPSMI diteruskan. Bagi aku, sekiranya ia diteruskan, tiada apa yang akan berlaku dengan SYARAT terdapat program-program yang berterusan untuk meletakkan Bahasa Melayu di lokasi yang sewajarnya. Apa yang dimaksudkan sebagai sewajarnya? Yang aku maksudkan sebagai sewajarnya ialah Masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khususnya tetap menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk berkomunikasi di samping usaha yang berterusan agar bahasa ini tidak lumat dimamah arus kemodenan dan arus barat yang kian menular melalui muzik dan filem-filem. Memartabatkan Bahasa Melayu tidak hanya terletak pada pundak pendidikan sahaja malah penggiat seni (seni halus, seni tampak, seni persembahan dan lain-laia) harus memartabatkannya. Mungkin tidak wajar mencampur adukkan bahasa lain dalam muzik dan filem tempatan.
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan untuk negara kita namun setiap rakyat di negara ini harus akur bahawa ianya tetap Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Malaysia. Ia haruslah dihargai dan digunakan oleh setiap insan yang bergelar rakyat Malaysia tanpa mengira di mana mereka berada. Bahasa Melayu milik setiap bangsa Malaysia walaupun namanya sendiri Bahasa Melayu.
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang menarik dalam isu ini namun aku tak mahu menjadi mangsa ISA. hahahha. Sekiranya ada pihak-pihak berkuasa terbaca blog ini aku berharap agar mereka mengerti bahawa aku sekadar menyampaikan apa yang terbuku di benaka ku tanpa niat untuk mencabar mana-mana pihak.
Aku percaya ada pihak-pihak dan badan-badan yang berupaya untuk mengkaji perkara ini sebelum ianya menjadi agenda petualang untuk membinasakan bangsa kita.
