Thursday, March 26, 2009

~~Kalau Hati Sudah Suke...

Tak siapa boleh menolak jodoh. Apabila ia datang, seharusnya diterima dengan hati terbuka. Jodoh adakala datang apabila ianya dicari dan ada tikanya jodoh datang tanpa diundang. Mana mungkin seorang insan boleh merancang jodohnya sendiri tanpa izin yang maha esa.

Bertemu jodoh dengan kepunyaan seorang insan lain. Mungkin ada yang berkata, itu bukan jodoh. Telah puas sahabat saya menjauhkan dirinya dari insan yang telah pun menjadi hak orang, namun ianya bagaikan tergolek di depan kaki sehingga tak mampu lagi ditolak. Aku sendiri pada mulanya menasihatkan dia untuk melupakan sahaja cintanya kerana aku merasakan bahawa sebenarnya dia meragut kebahagiaan orang lain. Dia bersetuju dan berusaha untuk melupakan kenangan yang pernah mereka lalui bersama. Malangnya apa yang aku dapat lihat, dia merana dan tertekan tanpa insan yang dia sayangi.

Mungkin kerana jodoh yang telah tertentu untuk mereka, hubungan yang dipaksa dari terus berlarutan akhirnya bertaut semula. Mereka telah mencuba untuk melupakan diri masing-masing namun mereka tidak mampu lantaran rasa kasih dan cinta yang membara dalam diri mereka.

Saat ini aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka. Semoga kalian bahagia dan semoga kalian tabah mempertahankan cinta kalian.

Buat Puteri Kundang MeWangi,
Tabahlah menelusuri kehidupan yang kau sendiri pilih. Kumbang yang kau pilih bukan hanya milikmu seorang, Berhati-hatilah agar deduri Mawar tak melukakan dirimu.

Buat Putera Kumbang Perkasa,
Dia adalah seorang wanita yang kau pilih menghiasi tamanmu. Peliharalah dia sebaik mungkin walau kau telah punya Mawar yang Kembang mekar.

2 comments:

  1. tak tau pun cah nak tulis pasal ni. Apapun thanks kerana memahami. Lyn pun tak tahu betul ke tak ada jodoh dgn dia..

    ReplyDelete
  2. huhu..

    tak de sapa yang tau betul ke tak pasal jodoh ni melainkan Dia..

    tanya Dia..

    insyaAllah...

    (cakap senang la.. kene baru tau.. hoho.. i know, kene baru tau.. sob sob sob..)

    ReplyDelete

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia