Wednesday, March 4, 2009

~~Perjalanan ke Sebuah Pasaraya di Bandar Teknologi, Kajang

"Jumpa kat Bill***n pukul 8.30 malam." Itu SMS yang aku terima dari seorang teman.

Lepas membersihkan diri, tepat jam 8.20 aku amik kunci kereta, start enjin dan terus menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Sunyi je rasa perjalanan aku. Kenapa? Uhhh.. radio tak terpasang. Aku pasang radio, tukar siaran H*tFM. Dengar celoteh Ikhwan dan Anne. Aku pun tak tau apa yang dia bebelkan. Aku sekadar mahu mengisi kesunyian perjalanan aku je.

Alunan muzik pun bermula... bait2 kata berkumandang..
" Satu
kasih nan abadi
tiada tandingi
dia yang satu"
(Betul. Inilah kasih abadi yang aku selalu tak nampak. Aku selalu mencari kasih makhluk2 ciptaanNya dan terlupa bahawa Dia lah yang menganugerahkan rasa kasih dan cinta itu kerana dia pun Maha Penyayang)
"Dua
sayang berpanjangan
membawa ke syurga
kasihnya ibu"
(Saat ini, airmata aku telah hampir menitis teringatkan seorang insan yang bergelar ibu. Mama, Dek * minta ampun. Tak banyak masa yang kita dapat luangkan bersama sepanjang hayat mama. Malah Dek * tak pernah membahagiakan mama. Semoga mama bahagia di sana dan semoga kita berjumpa di alam yang abadi. Al-fatihah.)
"Tiga
lapar dan dahaga
rela berpayah
setianya ayah"
(Air mata aku mengalir laju. Teringat dulu abah kerja siang dan malam. Pagi2 abah dah keluar mencari rezeki. Lewat malam baru balik. Sepulangnya abah sering ada buah tangan untukku. Begitu sekali ingatan abah buat anaknya yang seorang ini. Malah hingga hari ini perhatian abah pada aku tak perdah pudar.)

"Empat
mudah kau ke temu
berhati selalu
beza antara
kasih dan kekasih"
(Beberapa orang terbayang di tabir mata aku namun tak begitu memberi kesan pada aku. Betullah bahawa kasih yang ke empat ini mudah ditemui malah aku sendiri terbayang beberapa orang.)

"Ibu
ku ingat dahulu
menyisir rambutku
kemas selalu"
(Masa aku kecik, rambut aku panjang. Mama selalu ikat, tocang, sanggul rambut aku. Aku memang tak boleh lupa part ni. Aku tak pernah potong rambut sehingga aku berusia 12 tahun kerana pada ketika itu mama tak lagi mampu untuk menguruskan rambut aku. Kenangan ini menjadikan aku merembeskan lebih banyak airmata.)

"Ayah
menghantar ke sekolah
bergunalah ilmu
bila dewasa"
(Abah bukan hanya hantar aku ke sekolah malah menghantar aku ke universiti. Terima kasih abah. Tak pernah sekali pun sepanjang alam persekolahan ku aku berjalan kaki ke sekolah. Bertuahnya aku. Dan benarlah, ilmu yang aku perolehi di sekolah sangat berguna. Air mata aku seperti tak boleh berhenti mengalir)

"Sayang!!!
dengar lagu ini
untuk kau sandarkan
buat pedoman

Jangan
manis terus ditelan
pahit terus dibuang
itu bidalan
harus kau renungkan

Andai
kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya

Andai
kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya
hidup ini sementara."

Habis je lagu ni aku telah hampir sampai ke tempat yang aku tuju. Terfikir di benak aku, kenapa lagu ni tak pernah menjadi juara lagu. Lagu ni sarat dengan mesej yang aku rasa setiap insan dalam dunia ni harus menjadikannya sebagai panduan hidup.

Buat diri aku sendiri, aku tahu sesuatu harus dilakukan. Aku harus memastikan bahawa aku turut menyayangi "SATU, DUA, TIGA" kerana sungguh besar ertinya "SATU,DUA,TIGA" dalam hidup aku.

"Hoi!!!"
Terperanjat aku.
"Apehal termenung nih? Jom la, kata nak beli hadiah Haizal."

Ianya berakhir di situ namun aku masih lagi berfikir tentang lagu ini sehingga ke saat ini.
Tapi cukupkah hanya sekadar fikir.....?????

3 comments:

  1. Beli hadiah untuk 'Haizal' tu, Haizal TESL kah? Heheh. Curious.

    (Hari ni baru aku berkesempatan blog-hopping beria... so, semangat komen sana-sini. Haha).

    ReplyDelete
  2. Chech.. memang haizal TESL, sila rujuk group TESLians Friendster. Ada kad kawen dia kat sana..

    ReplyDelete

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia