Showing posts with label Che'gu Pilihanku. Show all posts
Showing posts with label Che'gu Pilihanku. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

~~Melonjak Pendidikan Negara.. Aku Lah Ejen Nya...

Keramat Sungguh Panggilan Itu!!!
Bergetar Jantungku Saat Panggilan Itu Ditujukan Padaku..

Terasa Berat Menekan Pundakku
Terasa Penuh Segenap Ruang Jiwaku

Hari Ini Hari Aku,
Selaku Seorang Guru..

LillahiTa'ala
Aku Pilih Kerjaya Ini Di Saat Aku Di Puncak Kegemilangan
Tiada Lain Niatku..Hanya Mahu Berkongsi Secebis Ilmu yang Aku Kutip Di Sepanjang Perjalanan Hidup Ini Pada Yang Berhak
Tiada Guna Aku Menitip Kemewahan Dengan Memperdagangkan Ilmu Ini Pada Yang Bukan Anak Bangsaku, Tiada Nilai Memperdagangkan Secebis Ilmu Ini Di Pucuk Sebatang Pokok Andai Akarnya Rapuh
Itulah Yang Ada Di Benakku Saat Aku Membulatkan Hati Memikul Gelaran Keramat Ini 4 Tahun Lalu

Terjun Ke Dunia Ini Menjadikan Aku Lebih Faham Akan Dunia Seorang Pelajar Sekolah Dan Dunia Seorang Guru..
Terjun Ke Dunia Ini Membuatkan Aku Terus Jatuh Cinta Pada Anak Bangsaku
Terjun Ke Dunia Ini Memberi Sejuta Nikmat.. Melihat Perubahan Anak-anakku.. Dari Kosong Hingga Teragung!!

Aku Cuma Secebis Dari Keseluruhan Hidup Mereka..
Namun AKu Pasti, Setitis Pengetahuanku Turut Menjadi Panduan Mereka

Walau Perit, Pedih, Sakit Menerima Tohmahan, Seolah Aku Bodoh Menjalankan Tugas, Seolah Aku Tolol Mengenal Erti Tanggungjawab... Sumpah Aku Bahagia!!! Bahagia Kerana Berpeluang Mendidik Anak Bangsaku...

Syukur Atas Nikmat Ini...

SELAMAT HARI GURU Cikgu!!!

Thursday, April 19, 2012

~~ BAHASA INGGERIS itu BAHASA PENJAJAH!!!

Aku.. Melayu?
Aku.. Siam?
Aku.. Banjar?
Aku.. Anak Malaysia?

Bahasaku.. Melayu?
Bahasaku.. Siam?
Bahasaku.. Inggeris????
Bahasaku.. Banjar??


Apa Salahnya?
Aku mahu menguasai keempat-empat bahasa tersebut.. Maka bersalahkan aku?

Apa yang tidak kena bila aku mendidik anak bangsa aku menguasai bahasa penjajah? Anak bangsaku perlukan ilmu untuk memacu generasi esok.. Anak bangsaku akan menjulang dunia menerobos kehebatan Bangsa Penjajah itu..
Usah dibandingkan kita dengan Si Mata Sepet Di Timur Sana.. Mereka punya acuan mereka.. Benar!! Mereka hebat dan gah tanpa perlu berbahas si kulit putih, namun harus diingat, mereka bukan tidak berilmu untuk berbahasa penjajah, cuma mereka menolak penggunaan bahasa tersebut. Andai ditanya, pucuk pimpinan si mata sepet tetap boleh berbahsa penjajah.

Berbahasa penjajah bukan bermakna kita dijajah..
Berbahasa penjajah bukan bermakna kita hilang identiti bangsa..
Berbahasa penjajah bukan bermakna kita lupa akan sejarah..

Lihatlah.. Aku masih berpakaian tradisinal Melayu saat berkongsi ilmu tentang bahasa penjajah...
Lihatlah.. Aku masih hebat berbahasa Melayu menulis dan berbicara

Aku tetap jua aku walau BAHASA INGGERIS itu BAHASA PENJAJAH..

Sunday, June 27, 2010

~~Aku, Engkau..KITA!

Jika lilin kau diumpakan
Di mana dirimu setelah padam...?

Jika kutub khanah aku disamakan
Tidak tujuh petala langit telah difahami

Jika laut dalam kita dicanangkan
Di mana tepian pantai pelabuhan terakhir..?

Bukan sanjungan aku dambakan..
Bukan perumpamaan harus kau disamakan..
Bukan jua cacian yang kita mahukan...

Di sepanjang jalan hidupnya
Kita hanya secebis memori
Namun dirinya
Dinobatkan PENDITA

Disitu lah letaknya,
Harga diri seorang KITA
Pendidik Menjulang Martabat Bangsa

Thursday, June 24, 2010

Buat Guruku Tersayang, Bacalah..

guru dulu mmg la suke g rumah murid,
coz murid sayang die mcm intan,
guru sekarang xsuke g umah murid,
sbb murid2 mcm setan...

kat rumah anak buat perangai pnyalah baik,
kat sekolah perangai macam taik,
dulu parent bagi cikgu explain masalah terang2,
parent sekarang belom hape dah nak serang2... ..

dulu cikgu guna rotan murid2 jadi manusia,
sekarang rotan xbuleh ms depan pon sia2,
bila ramai kaum lain masok universiti,
anak bangsa aku jgak g pusat serenti...

dulu cikgu rotan aku,
aku cakap tankiu cikgu,
dulu aku kene rotan,
sebab nak bg aku ada masa depan,
mmg dulu aku marah cikgu,
sbb aku xtau,tp bile dah tau...
terharuuuuuuuu... ...
cikgu p rumah cita aku kene rotan,
pastuh balik aku plak sambung ngan belantan,

bukanlah aku xsdar diri,
tp inilah cara aku berdiri,
berdikari,
berdiri diatas kaki sendiri..
.
apepon,tenkiu cikgu... .
semoga bahagia didunia,
aman di "sana",
ilmumu tak sia2
,aku menjadi manusia,sampai ketemu lg di sana semula...
tenkiu cikgu, i lep yuuuuu... ..
kerana cikgu, aku seorang cikgu


*ps:
1.bdk2 skrg manja sgt
2. parent pon manjakan anak sgt
3.byk parent pntgkan keje,kbyakan ye dan bukan semua ya...
4. peraturan disekolah pon makin ngada2,nak sentuh budak
langsung xbuleh
5. kalo bdak buat salah sekarang,jgn pukul dia,suh dia buat
lagi,lama2 lagi bagus,makin ramai budak jahat kat mesia nieh
beso2 jd samseng,mak bapak bangga,suke,anak bleh tlg beli
tiket neraka... ..
6. wujudkan mahkamah disekolah,apa2 kes terus bicara...
(anak xcedera manapun,tp parent nmpak peluang buat duit) saman
nak cepat kaya la katakan...

Friday, March 26, 2010

~~mula semula

Homework?
Bukan students sahaja ada homework, che'gu lagi banyak homework....
  1. Lesson Plan
  2. Headcount
  3. Update fail aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris
  4. Mengumpul dan menapis karya pelajar untuk majalah sekolah
  5. Cari orang/syarikat yang berminat untuk iklankan perniagaan dalam majalah sekolah
  6. Redo Jadual Kehadiran Pelajar
  7. Menanda buku pelajar
  8. Bersedia untuk menjadi perakam peristiwa Mesyuarat PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang
  9. Kertas Kerja Kem Pemantapan PSS

Inilah kerjaya yang aku pilih. Inilah keputusan yang aku buat hampir setahun lalu setelah melalui keselesaan sebagai 'pensyarah'. Semoga aku terus tabah demi mendidik anak bangsa aku. Biarlah seribu rintangan dan sebeban tanggungan harus aku tempuhi, tapi aku tetap dengan pilihanku. Aku ingin puas melihat anak bangsa aku menjadi seorang 'manusia'.

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia