Wednesday, July 25, 2012

~~67 Tahun! {kerusi roda, masak lemak ikan tenggiri dan padang}




Jiwa masih longlai. Hati masih kosong. Sekosong padang bola depan rumah aku ni di bulan Ramadhan. Saat bangun pagi tadi seraut wajah terbayang di ruang mata. Almarhum Jalani Abdul Majid. Lelaki yang membawa aku ke muka bumi ini. Lelaki yang mengajar aku tentang erti hidup. Lelaki yang tak pernah putus sepanjang hayatnya menyalurkan kasih sayang.

Hari ini mengikut kad pengenalan almarhum, lelaki ini sepatutnya berusia 67 tahun dan 30 tahun daripada umurnya dihabiskan untuk anak gadisnya yang seorang ini. Maka hari ini aku yakin di pundak bahuku ini letaknya tanggungjawab meneruskan legasi dan tradisi almarhum. Malah, aku akui kebanyakan tindak tanduk ku menyamai kelakuan almarhum. Bonda Rahimah sendiri mengakuinya. Aku kasar seperti almarhum, aku mudah mesra dengan anak2 kecil seperti almarhum, cara aku bercakap seperti almarhum. Mana tidaknya, aku lah darah daging yang membesar di depan matanya.

Pesan almarhum, jangan tinggal solat, jaga mama, kahwin cepat, berjimat cermat, beli rumah, jangan berlagak macam orang kaya walaupun berduit.. terlalu banyak pesan almarhum.



Kali terakhir melihat wajahnya ketika almarhum masih bernafas, aku tukar lampin pakai buang dua kali, menyuap makanan ke bibirnya sekali, membasahkan bibirnya berkali-kali. Hanya itu yang aku berkesempatan aku lakukan, tak banyak bakti aku padanya. Pastinya dia berjuta-juta kali menyuap makanan ke mulut ku dan menukar lampinku.


Masakan terakhir aku untuk almarhum adalah masak lemak ikan tenggiri. Katanya jangan lupa letak asam keping lebih sikit baru sedap. Aku masak mengikut seleranya saat itu yang tak mahu sedikitpun cili dicampur. Segalanya aku turutkan.

Malam terakhir aku bermalam bersamanya, aku turutkan setiap permintaannya yang mahu beralih tempat dari kerusi ke kerusi ke tilam dan juga kerusi roda. Sukar sekali almarhum melelapkan mata tapi almarhum menyuruh aku tidur kerana menurutnya dia memang tak boleh tidur. Aku melelapkan mata di kaki almarhum. Seketika kemudian dia menggerakkan kaki tanda dia tak mampu tidur. lantas aku membuka mata dan tersenyum pada almarhum. Seketika kemudian almarhum tersenyum kembali padaku. Itulah kali terakhir aku melihat senyumannya.

Ya Allah terlalu banyak memori bersama almarhum.
Al-fatihah.
Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.

A.B.A.H.. I love you more than I ever said to you!

Tuesday, July 24, 2012

Lelaki-lelaki Pelindung Ku!!!

Bukan meraih simpati apa lagi mengharap belas kasihan. Sekadar meluah rasa, berkongsi cerita. Keluarga saya amat komplikated. Namun saya masih merasa nikmat kasih sebuah keluarga walau tidak sesempurna orang lain.

Hari ini saya sebatang kara. Baru sahaja kehilangan seorang lagi abang 2 hari yang lalu. 52 hari selepas Almarhun Ezkandar Sanny meninggalkan saya dan alam fana ini. Masih merah lagi kubur Ezkandar Sanny di saat sekali lagi saya mengiringi perjalanan terakhir insan yang sayangi. Kali ini giliran Ezdihar bin Jalani diambil Sang Pencipta. Al-fatihah.

Bagaimana sedih sekalipun, namun aku hanya seorang adik yang tak pernah berkongsi suka dan duka. Tak pernah walau sekalipun aku berkongsi malam di satu bumbung yang sama. Tapi siapa yang mampu menafikan darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah darah yang sama. Darah yang mengalir dalam tubuh kami datang dari benih yang sama. Hanya sekali pernah aku mengucup pipi Almarhum Ezdihar iaitu pada hari kami mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Ezkandar Sanny, 3 Jun 2012. Sebelum dan seseduah itu aku hanya mengetahui bahawa dia adalah abang sebapa ku yang yang amat jauh tautan kasihnya.

Hari ini, di atas muka bumi ini, tiada lagi lelaki-lelaki yang bertanggungjawab ke atas diri ku seorang selaku seorang wanita. Tiada lagi Almarhum Jalani bin A.Majid, tiada lagi Almarhum Ezkandar Sanny bin Jalani dan tiada lagi Almarhum Ezdihar bin Jalani. Ramadhan tahun ini benar-benar mengujiku. Syawal tahun ini seolah kosong. Namun hidup ini tetap aku teruskan. Hidup ini tetap aku telusuri menjunjung amanah Allah sebagai khalifah, menunaikan hajat dan impian ayahanda Jalani dan meneruskan legasi abang-abang saya yang amat saya kasihi.

Al-fatihah

Thursday, July 12, 2012

TARIKH KERAMAT 2 JUN 2012



Al-Fatihah buat Cinta Hatiku Allahyarham Ezkandar Sanny Bin Jalani. Telah kembali kepada Yang Maha Menyayangi seorang abang yang SANGAT AMAT AKU SAYANG!

Perginya dia tak ada galang ganti, perginya dia membuat aku benar2 terasa kosong..sekosong-kosongnya..seolah2 duniaku lapang tak berpenghuni..apatah lagi dia pergi di saat tanah kubur A.B.A.H masih merah.. di saat aku menggantung rindu tak bertepi pada dirinya...

Sebelum Dia Pergi,
Aku tak pernah mengucap kata cinta..
Sebelum Dia Pergi,
Aku tak pernah memeluk sekujur tubuhnya..
Sebelum Dia Pergi
Aku tak pernah mengucup wajahnya..

Dialah darah daging aku yang tak pernah aku nyatakan padanya betapa aku sayangkan dirinya..
Dialah darah daging aku yang tak pernah berpeluang menikmati apa yang aku nikmati..
Dialah darah daging aku yang amat aku hormati selepas A.B.A.H...

Hari ini, hidup ini sangat2 KOSONG tanpa A.B.A.H, M.A.M.A, A.D.I.K H.A.W.A, K.A.K.A.K S.I.T.I dan A.B.A.N.G E.Z

Semoga Allah Merahmati Kalian! Semoga Dilapangkan persinggahan sementara kalian

Aku Cinta Kamu!

Thursday, May 17, 2012

~~Melonjak Pendidikan Negara.. Aku Lah Ejen Nya...

Keramat Sungguh Panggilan Itu!!!
Bergetar Jantungku Saat Panggilan Itu Ditujukan Padaku..

Terasa Berat Menekan Pundakku
Terasa Penuh Segenap Ruang Jiwaku

Hari Ini Hari Aku,
Selaku Seorang Guru..

LillahiTa'ala
Aku Pilih Kerjaya Ini Di Saat Aku Di Puncak Kegemilangan
Tiada Lain Niatku..Hanya Mahu Berkongsi Secebis Ilmu yang Aku Kutip Di Sepanjang Perjalanan Hidup Ini Pada Yang Berhak
Tiada Guna Aku Menitip Kemewahan Dengan Memperdagangkan Ilmu Ini Pada Yang Bukan Anak Bangsaku, Tiada Nilai Memperdagangkan Secebis Ilmu Ini Di Pucuk Sebatang Pokok Andai Akarnya Rapuh
Itulah Yang Ada Di Benakku Saat Aku Membulatkan Hati Memikul Gelaran Keramat Ini 4 Tahun Lalu

Terjun Ke Dunia Ini Menjadikan Aku Lebih Faham Akan Dunia Seorang Pelajar Sekolah Dan Dunia Seorang Guru..
Terjun Ke Dunia Ini Membuatkan Aku Terus Jatuh Cinta Pada Anak Bangsaku
Terjun Ke Dunia Ini Memberi Sejuta Nikmat.. Melihat Perubahan Anak-anakku.. Dari Kosong Hingga Teragung!!

Aku Cuma Secebis Dari Keseluruhan Hidup Mereka..
Namun AKu Pasti, Setitis Pengetahuanku Turut Menjadi Panduan Mereka

Walau Perit, Pedih, Sakit Menerima Tohmahan, Seolah Aku Bodoh Menjalankan Tugas, Seolah Aku Tolol Mengenal Erti Tanggungjawab... Sumpah Aku Bahagia!!! Bahagia Kerana Berpeluang Mendidik Anak Bangsaku...

Syukur Atas Nikmat Ini...

SELAMAT HARI GURU Cikgu!!!

Thursday, April 19, 2012

~~ BAHASA INGGERIS itu BAHASA PENJAJAH!!!

Aku.. Melayu?
Aku.. Siam?
Aku.. Banjar?
Aku.. Anak Malaysia?

Bahasaku.. Melayu?
Bahasaku.. Siam?
Bahasaku.. Inggeris????
Bahasaku.. Banjar??


Apa Salahnya?
Aku mahu menguasai keempat-empat bahasa tersebut.. Maka bersalahkan aku?

Apa yang tidak kena bila aku mendidik anak bangsa aku menguasai bahasa penjajah? Anak bangsaku perlukan ilmu untuk memacu generasi esok.. Anak bangsaku akan menjulang dunia menerobos kehebatan Bangsa Penjajah itu..
Usah dibandingkan kita dengan Si Mata Sepet Di Timur Sana.. Mereka punya acuan mereka.. Benar!! Mereka hebat dan gah tanpa perlu berbahas si kulit putih, namun harus diingat, mereka bukan tidak berilmu untuk berbahasa penjajah, cuma mereka menolak penggunaan bahasa tersebut. Andai ditanya, pucuk pimpinan si mata sepet tetap boleh berbahsa penjajah.

Berbahasa penjajah bukan bermakna kita dijajah..
Berbahasa penjajah bukan bermakna kita hilang identiti bangsa..
Berbahasa penjajah bukan bermakna kita lupa akan sejarah..

Lihatlah.. Aku masih berpakaian tradisinal Melayu saat berkongsi ilmu tentang bahasa penjajah...
Lihatlah.. Aku masih hebat berbahasa Melayu menulis dan berbicara

Aku tetap jua aku walau BAHASA INGGERIS itu BAHASA PENJAJAH..

Friday, April 13, 2012

~~PUTUS!! Baru Aku Paham


Perbualan bersama seorang sahabat yang aku sayang macam seorang adik sendiri (tapi aku tak der adik)... Tiba2 kami decide untuk P.U.T.U.S.... kerana dengan memutuskan hubungan kita lebih memahami seseorang itu...


PUTUS!!
Telah terputus hubungan antara aku dan orang yang paling aku cintai..
Telah terputus hubungan antara aku dan insan yang tak pernah lupa mendoakan kebahagiaan aku..
Telah terputus hubungan antara aku dan insan yang membelai seumur hidup 30 tahun aku..

23 Februari 2012
Telah terputus segala kasih sayang yang dicurahkannya kepada aku selama ini
Akhirnya dia pergi
Akhirnya dia diambil Pencipta Yang Satu
Akhirnya aku tak lagi punya A.B.A.H

Sesudah itu baru aku FAHAM..kenapa begitu dan kenapa begini?
Sesudah itu baru aku FAHAM..apa erti cinta dan sayang dan rindu SEJATI SUCI
Sesudah itu baru aku FAHAM..bagaimana hati seorang A.B.A.H

Maka benarlah katamu sahabat...bila dah putus baru faham

Al-fatihah

Aku amat merindui dirinya


^^Mana aku sanggup nak putus dengan sahabat ku itu?? PUTUS seketika agar post ini dapat dihasilkan. Jom sambung balik.^^

Saturday, January 1, 2011

~~27 June 2010 hingga 1 January 2011

Lama...
Memang Lama.. hampir setengah tahun..
Macam2 terjadi pada diri ini.. mungkin banyak yang ingin dikongsi tapi apakan daya kerana banyak yang tak boleh dikongsi..

June 2010~~
Perkahwinan housemate saya.. tapi perkahwinan beliau menjadikan kami tidak seperti dahulu. Bukan kerana beliau telah berkahwin tapi kerana saya dikatakan melakukan kesilapan maka beliau telah mengadu kepada orang-orang berkenaan tapi tak mengaku yang beliau yang mengadu. Huh.. baling batu sembunyi tangan... ingat aku terlalu bodoh untuk kau gula2 kan??

July 2010~~
Hati A telah berubah. Namun kerana kasihkan tempoh yang terlalu lama dikongsi bersama, maka diteruskan jua. Tentangan keluarga semakin jelas kelihatan. Kasihan. A tak tau apa yang ada dalam hati A. Y menyedari perubahan tapi Y seperti tak mahu menerima hakikat. Mungkin 'Kebahagiaan Dalam Perpisah

August 2010~~
Bulan Puasa. Detik Hitam. Apa yang kelihatan tak seperti apa yang diceritakan. Aku tak punya kesempatan untuk menyebarkan kebenaran. Maka.. berkata lah kalian semahunya kerana aku tak mampu. Biar Allah sahaja membalas buruk atau baik perbuatan kita.

September 2010~~
Aidilfitri disambut dengan tak best. Kenapa? Kerana mulut ex-housemate ku yang tak tahu kebenaran tetapi bercerita hampir ke seluruh pelosok dunia ku. Allah.. Itu sahaja tempat aku mengadu kerana saat ini yang aku katakan hanya 'pembohongan' di telinga-telinga yang cuma tahu meninggikan suara. Aku? Dasar hormat membataskan aku berbuat di luar batasan seorang ANAK..

Oktober 2010~~
Berakhir jua hubungan A dan Y walau Y tak menerima hakikat..malah terus berhubung.. A kasih kan Y tapi kasih itu tak lebih dari seorang sahabat yang tak mahu sahabatnya hanyut dalam arus kekecewaan.

Aku? Dipertemukan dengan anak arwah Pakcik Dahan. Mungkin ini jodoh ku..walau tiada cinta pada peringkat permulaan tapi saban hari cinta berputik dan terus mekar. Alhamdulilllah.

November 2010~~
Putik. Entahkan jadi entahkan tidak...
Namun putik telah menjadi bunga walaupun masih belum kembang sepenuhnya. Anak Arwah Pak Cik Dahan mencari sesuatu.. aku pula punya sesuatu.. maka.. ini lah titik permulaan.

Disember 2010~~
Dibaja, Disiram saban hari.. Maunya tak kembang. Terima kasih yer. Walau Seketika Kami Melangkah Jauh..

2011
Ada sesuatu yang kami mahukan... semoga tercapai.. Sunnah Nabi..Insya Allah...
Kerana Kasihkan Nabi Allah dan Taat Kepada Pada Yang Maha Berkuasa, 2011 mungkin terjadi sesuatu dalam hidup A dan A.. Y, maafkan A yer..A dan Y dipertemukan untuk akhirnya berpisah...

I Love You!!

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia