Monday, March 29, 2010

~~pengakuan anakku...

pada hari rabu yang lepas, saya pergi ke rumah kawan saya *******,selepas menjaga jualan tunas bestari.Saya pergi ke sana bersama-sama kawan saya ******.Semasa di sana,saya hanya ikut ke mana sahaja ******* pergi.Masa ******* sedang mandi,saya ambil kesempatan nak curi duit mak dia.Saya tidak tahu kenapa hati saya tergerak untuk melakukan perkara tersebut.Masa pergi sekolah,saya bayar duit vest guna RM50 kepada *** ***** dan bakinya akan dia bagi esoknya(khamis).Masa rehat,saya belanja kawan-kawan saya termasuk ******* guna RM50 dan ada lebihannya.Masa saya pulang ke rumah,jam 10 mlm,******* dan ayahnya datang ke rumah saya.Mula-mula,dia dan ayah dia jumpa mak saya yang kebetulan ada di luar.Dia sudah ceritakan semuanya pada mak sayatanpa jumpa saya.Selepas itu mak saya masuk ke dalam rumah dan bertanya ke mana saya pergi selepas jaga tunas,ada saya belanja kawan-kawan,dan ada saya bayar duit vest?Saya masa tu sudah tidak tahu nak jawab apa.Saya terpaksa menipu mak saya untuk selamatkan diri saya dan perbuatan mencuri saya.Mak saya tidak puas hati dengan jawapan yang saya berikan.Oleh itu,mak saya memanggil ******* dan ayahnya masuk ke rumah.Masa tu,saya rasa terkejut dan tidak tahu nak buat apa.Sekali lagi saya terpaksa menipu bahawa saya tidak mengambil duit mak *******.Saya berbelitkan cerita dan melibatkan ****** dan tunas bestari.Saya cakap pada ayah *******,duit yang saya belanja kawan-kawan dan vest adalah duit saya dpt drpd tunas bestari.Cikgu ********* bagi saya RM50 dan ******RM50.Saya cakap yang saya pinjam duit ******.Saya sebenarnya tipu.Ayah ******* tidak puas hati dengan cerita saya.Ayah ******* ingin berjumpa dengan Cikgu *********.Saya pula sudah tidak tahu nak buat apa lagi.Esoknya,saya jumpa Cikgu ********* dan menceritakan pada cikgu tentang mlm tadi.Saya minta tolong cikgu ********* supaya ckp pada mak saya yang cikgu bagi duit tu.Tetapi cikgu ckp tak boleh.Saya tipu cikgu,saya ckp duit tu sebenarnya dari saya main undi.Duit untuk bayar undi tu,saya dpt hasil dr saya jual brg-brg yang saya dah tak guna.Semua tu saya tipu.Jika mak saya tahu saya main undi dan jual brg-brg saya,mak saya mesti akan marah.Oleh itu,saya cuba menipu semua orang untuk membuktikan bahawa saya tidak curi duit tu.Pada hari tu,saya masih lagi tak mengaku sampai ayah ******* jumpa cikgu *********.Cikgu pula menceritakan semuanya termasuk saya minta tolong cikgu menipu.Semasa pulang dr sekolah,saya lari ke rumah kawan saya,******.Saya buat semua tu sebab takut balik rumah dan nanti kena marah dengan mak ayah saya.Selepas itu,mak ****** menasihati saya.Dalam jam 10:30 mlm,baru saya pulang ke rumah.mak ayah saya terus bertanya pada saya,siapa lagi yang main undi.Saya masih lagi menipu dan menyenaraikan nama kwn-kwn saya.Masa tu,mak ayah saya sudah tahu semuanya.Mereka memaksa saya mengaku.Akhirnya,saya mengaku yang saya curi duit tu.Saya tidak tahu kenapa saya buat semua tu.Malam tu juga,keluarga saya jumpa dengan keluarga ******* dan menggantikan duit yang saya curi itu.Akhirnya,mak saya dan mak ******* menasihati saya supaya tidak mencuri lagi.Saya sudah meminta maaf dengan keluarga ******* dan mereka berharap supaya saya tidak mencuri lagi....


sekian pengakuan yang ditaipnya sendiri....

~~kenapa anakku???

Ini balasan kamu atas kasih sayang dan cinta yang kami curahkan?

Tahu tak anak ku?
Setiap yang aku lakukan hanya untuk mu...
Untukmu yang bukan darah daging aku,
Untukmu yang tiada pertalian dengan ku...

Pernah aku kisah, meluang sedikit masa menjawab pertanyaanmu?
Pernah aku kisah mendengar ceritamu?
Walau pada aku cerita mu hanya kisah budak hingusan?
Pernah aku mengatakan tidak pada setiap pintamu yang aku mampu tunaikan?

Tapi anak ku...
Kenapa kau tanpa segan dan silu,
Melakar arang pada wajah mu,
Mencalit malu pada orang tua mu,
Dan menconteng aib di muka hati ku...
Kenapa?

Kau anak ku yang ku sanjung
Inikah yang kau berikan pada ku?


Kenapa sampai mengambil hak orang lain?
Kenapa?
Aku pasti boleh mempertimbangkan kesulitanmu, atau meringankan bebanmu...

Kenapa sayang?

Friday, March 26, 2010

~~mula semula

Homework?
Bukan students sahaja ada homework, che'gu lagi banyak homework....
  1. Lesson Plan
  2. Headcount
  3. Update fail aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris
  4. Mengumpul dan menapis karya pelajar untuk majalah sekolah
  5. Cari orang/syarikat yang berminat untuk iklankan perniagaan dalam majalah sekolah
  6. Redo Jadual Kehadiran Pelajar
  7. Menanda buku pelajar
  8. Bersedia untuk menjadi perakam peristiwa Mesyuarat PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang
  9. Kertas Kerja Kem Pemantapan PSS

Inilah kerjaya yang aku pilih. Inilah keputusan yang aku buat hampir setahun lalu setelah melalui keselesaan sebagai 'pensyarah'. Semoga aku terus tabah demi mendidik anak bangsa aku. Biarlah seribu rintangan dan sebeban tanggungan harus aku tempuhi, tapi aku tetap dengan pilihanku. Aku ingin puas melihat anak bangsa aku menjadi seorang 'manusia'.

Thursday, March 25, 2010

~~ Selamat Hari Lahir

Agak lama aku membiarkan blog tanpa sebarang update.

Haei ini ulang tahun hari lahir orang yang aku hormati dan kasihi. Semoga dia panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah sepanjang masa.

Sudah 5 kali aku menyambut hari lahirnya. Dan saban tahun rasa kasih dan cinta aku padanya semakin menebal. Syukur ya Allah atas perasaan yang Kau kurniakan pada aku.

Yang aku tak pasti adalah penerimaan keluargaku. Bagaimana mereka mahu menerima bakal menantu dan ipar seperti dirinya? Bukan aku sudah buta atau tidak tahu memilih tapi aku memilih orang yang menyayangi aku. Ini bukan keputusan terburu-buru aku tapi ini adalah keputusan yang aku buat setelah lebih 5 tahun aku mengenali dirinya.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami membina masjid dan menyempurnakan agama kami. Ameen.

Monday, November 30, 2009

~~20 Disember 2009

Program Usahawan Francais
Semua dijemput hadir
20 Disember 2009


Kalau ader yang berminat hubungi aku segera:
0174350883

Wednesday, August 5, 2009

KEM KEPIPIMNAN PENGAWAS SMK K*** ****I 2009.


RABU, 22 Julai 2009.

Angin dah bertiup, berita dah terdengar, Sabtu ni aku kena bekerja lagi. Bukan setakat setengah hari malah bermula hari Jumaat malam sampai hari Ahad tengahari. Wow!!! Lama tu. Dah la aku dah ada plan. Aku nak menghadiri satu kursus di UTM tapi dah ada kerja pulak nak kena buat. Bagi aku, ini memang tak adil kerana ini minggu ke-tiga aku kena bekerja dan yang paling best kali ni aku kena kerja sampai hari Ahad. Senang cerita 7 hari seminggu. Jauh di lubuk hati, aku memberontak dengan pengurusan pengawas sekolah. Notis yang sangat pendek diberikan sehingga membuatkan aku melenting memikirkan program peribadi yang telah aku rancangkan lebih dari sebulan yang lalu.

KHAMIS, 23 Julai 2009

Hati masih lagi bungkam. Mahu tidaknya, program peribadi yang aku rancang seperti harus dibatalkan hanya kerana membantu orang lain melaksanakan tanggungjawab mereka. Aku bukan guru pengawas. Malah aku bukannya kenal sangat pengawas sekolah. Untuk apa perlu aku turut serta dengan program yang aku rasa tak berkenaan dengan aku ini. Kemuncaknya apabila ketua guru pengawas mengeluarkan sebaris ayat, “Kalau cikgu2 rasa kerja nak relax, cikgu2 sambung Master lepas tu jadi lecturer.” Saat itu hati aku terguris pedih, sakit. Aku bukan sengaja tak mahu turut serta program ini tapi aku juga perlukan masa untuk diri aku sendiri dan aku telahpun merancang aktiviti aku sendiri. Cikgu tersebut pada aku,bercakap menggunakan pengetahuan yang singkat berkenaan kerjaya pendidikan di institusi pendidikan tingggi. Bukan mudah hari ini untuk menempatkan diri di institusi pendidikan tinggi awam apabila kita hanya mempunyai Ijazah di peringkat Sarjana. Ia memerlukan lebih dari itu. Di samping itu, perlukah pemegang ijazah Sarjana bekerja sebagai pensyarah? Tak bolehkah guru juga mempunyai ijazah sarjana?

Mesyuaratnya pula diadakan pada jam 1.10 tengahari selepas sesi pagi persekolahan sedangkan sebagai guru yang mengajar pada sesi petang, kebanyakan kami sudah pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini pastinya menyebabkan ramai yang gagal menghadiri mesyuarat tersebut. Dan yang paling menarik, itu lah satu2nya mensyuarat yang melibatkan seluruh warga kerja Kem Kepimpinan Pengawas SMK K*** ****i. Seperti biasa, selama aku berada di SMK K*** ****i, mesyuarat bukan mesyuarat tetapi lebih menyerupai taklimat di mana hanya pengerusi bercakap tanpa ada tindak balas daripada ahli-ahli mensyuarat yang lain. Mungkin terdapat kekangan yang terlepas dari pandangan aku untuk melaksanakan mesyuarat berbanding taklimat. Wallahualam. Pada mesyuarat itu sendiri maklumat tidak sepenuhnya disampaikan kerana banyak perkara masih belum dapat dipastikan. Akhirnya sewaktu keluar dari bilik mesyuarat, aku masih lagi terpinga-pinga tentang apa yang seharusnya aku lakukan sewaktu kem nanti. Ini membuatkan aku semakin berat hati untuk ke program tersebut kerana aku tidak tahu apa peranan aku dan terasa seperti aku bukan sebahagian daripada program tersebut.

JUMAAT, 24 Julai 2009

Memang hati aku berat, tapi aku sempat berfikir. Aku cikgu baru, tambahan pula aku akan menghadiri temuduga ke pelantikan ke jawatan tetap pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah pada 6 Ogos ini dan pada temuduga itu aku akan diarahkan membawa bersama Laporan Sulit Urusan Temu Duga dan Borang Penyata Tatatertib yang sampulnya akan dimateri. Aku tak mahu mencacatkan laporan sulit itu.

.....akan bersambung nanti... tak tau bila

Tapi.....

Apa yang aku alami semasa kursus itu amat berharga dan aku tak menyesal mengorbankan rancangan aku yang telah dirancang lebih awal

~~BERTEMU dan kemudian MENDUGA

6 August 2009 is the date. I have no idea what the questions will be but I have asked a few friends regarding the interview. I have chosen the pathway that I would like to go through for the next 22 years. For that reasons, I really want to do my best and pass the interview successfully.

Interviews. I have attended many before. I couldn’t remember how many I have attended but at least 10 of them and they are not sufficient for me to be calm for this coming interview. I started to read newspaper every day since the last two weeks. I flip the newspaper and try to get as much information as I can to prepare myself for the interview. There are so many things that I have to be aware of especially those matters related to the education system in Malaysia. PPSMI, the changes that will be done to UPSR, importance of English language and unresolved issues such as bully, gangsterism and vandalism are some of the issues that I have to pay attention.

Teachers. Human who deliver information, the manager of classrooms, the chief of knowledge and a person who is expected to know every single thing by their students. That is my own definition of teachers. And that is also what I want to be with the name of teachers. For me a teacher should be knowledgeable and improves their selves from time to time in line with the developments of this globalisation era. The most important matter is, teachers are ordinary human beings just like others too. They are not noble although the profession is. Therefore, the community should not expect too much from teachers. We are doing our job based on our ability. As much as we can, we would like to produce 10000 of engineers, 10000 of doctors, 10000 of lecturers and millions more people who can contribute to their community, religion and nation. Owh.... hopefully it is not too much to be achieved.

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia