Friday, November 28, 2008

MENCARI DARI MANA KAMI DATANG... 30th oct-3rd nov 2008



bonda rahimah, ayahanda jalani








masjid azizi












mohd ridzwan.. dekat masjid ape ntah..








masjid lagi!




medan's traditional wedding costumes


hahahha.. mama dengan abah naik pelamin lagi


maseh ganteng nih!



makam kesultanan melayu lama






awek2 medan......






abah potong rambut Rp7000. RM2+. murah giler gaban!







rumah O.K
Kalau korang cuba mencari aku...
"You are looking at the history of our family through my eyes!"





































Friday, November 21, 2008

~~

Maaf la. Aku jiwang sikit la hari ni. Tapi aku perlu meluahkan apa yang aku rasa kerana aku tak mahu dihantui perasaan aku sendiri.

Dia tak pernah tahu betapa aku sayang pada dia. Teramat sayang. Kenapa entah? Dia tak pernah memberi yang terbaik untuk aku tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dari dia. Hari ini aku terlihat dirinya. Setelah bertahun-tahun aku tak melihat dia hari ini aku nampak dia. Aku terkejut kerana dia membalas teguranku walau bukan secara lisan. Bertahun sudah aku tak mendengar suara dia tapi aku masih boleh mengecam suaranya. Kenapa ya? Walau dia punya teman, hatiku tetap sama. Walau dia punya dunianya sendiri, namun perasaanku tak pernah berubah. Walau dunianya dan duniaku bagai langit dan bumi, tapi kami pernah berkongsi rasa, berkongsi duka malah meraikan hari dia memulakan langkah pertamanya untuk menjadi siapa dia hari ini. Lupakah dia pada semua itu?

Aku umpama memburu di padang pasir. Terlihat air namun sekadar fatamorgana. Aku lihat kebahagiaan tapi yang kuhadapi kesengsaraan. 5833, kenapa aku tak boleh lupa pada dia? Kenapa keindahan seketika yang kulalui bersama dia tetap menjadi igauan aku sampai hari ini? KENAPA???

Bukan aku tak pernah cuba tapi aku tak mampu. Maafkan aku 5833.

Argh!!! Maaf?? Kenapa itu yang kupohon sedangkan dia yang melukakan aku!!!

Ya Allah, aku mohon yang terbaik untuk diriku, keluargaku, orang2 disekelilingku, negara ku dan agamaku...

Tuesday, November 18, 2008

~~ENGKAU

Aku lihat engkau selalu melaungkan
perpaduan kaum dan bangsa!
Aku dengar engkau selalu sahaja mengingatkan orang
jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat sikap engkau
seolah-olah engkau tidak tahu erti perpaduan
dan tidak mengerti siratnya perpecahan
Engkau seru orang berpadu gelagat
engkau membawa perpecahan
Engkau ssering berslogan ,
cakap-cakap engkau merenggangkan orang
Engkau tidak fahamkah apa yang engkau cakapkan?!
Seruan engkau aku lihat berlapis status!
Siapa sebenarnya engkau ini?!
Pejuang perpaduankah,pejuang perpecahan?
Engkau berlakonkah di pentas kehidupan,
persis seorang pelakon drama
Apakah engkau berlakon atau itu realiti kehidupan engkau?
Rakyat melihat,
orang ramai menilai
Nanti mereka pasti kenal siapa sebenarnya engkau
Engkau pelakon?
Engkau pejuang?
Atau engkau petualang?
Berhentilah berslogan,
sebelum orang kenal
Jika orang kenal,
engkau akan dipinggirkan orang
atau disingkirkan orang
Aku juga punya hak seperti yang lain. Hak untuk bersuara dan memilih yang terbaik. Aku jarang berpuisi patriotik. Aku jarang bermain kata menyentuh dunia politik. Tapi hari ini, sedang aku melunaskan tangungjawab, akal ku ligat berputar malah hatiku aktif berkata tentang tokoh bangsa, agama dan negara ku. Bukanlah aku memprotes namun aku tertanya tentang keikhlasan diri-dirinya untuk membela aku, sebahagian daripada tanggungjawabnya.

~~essays











Aku ada 150 orang students. Setiap students ada 2 essay yang aku perlu baca dan bagi markah. Maka jumlah keseluruhan essay ialah 300. Mampukah aku...???


















Lihatla.. timbunan kerjaku...








di suatu sudut dengan file terkangkang, ada la dekat 50 essay kat situ.








depan pc pun ader timbunan essay.banyaknya.aku tido malam pun dah mula mimpi essay ni!


pandangan di sudut lain pulak. tapi tetap jugak masalah yang sama.. essay berada di sekeliling aku.

argh... aku tak boleh handle dah ni... muak giler nak baca essay.... TOLONG!!!!!

Monday, November 17, 2008

8 November 2008

Alhamdulillah. Bertambah lagi setahun umurku. 27 tahun aku di muka bumi Allah. Seorang anak buat abah dan mama, seorang adik buat Mohd Ridzwan, Mohd Ismail, Ezkandar Sanny dan Ezdihar, seorang acu Batrisya Illyana, Badrina Allysha, Akmal dan Harith, seorang pelajar, seorang pendidik, seorang teman, sahabat dan yang paling penting sebagai HAMBA ALLAH.





Ucapan yang bertimpa-timpa sebelum, semasa malah selepas 8 November menjadikan aku rasa dihargai oleh semua yang berada di sekeliling aku. Terima kasih. Penghargaan juga buat insan2 yang bertungkus-lumus untuk surprise party. Memang surprise.





Ingin aku kongsikan hadiah yang istimewa dari insan yang teristimewa buat aku. Walaupun tak seberapa tapi memberi erti yang amat dalam buat aku. Bukan hadiah tahun ni tapi hadiah 7 tahun lepas. Masih berada dalam simpanan aku sehingga ke hari ni.






Buat 820325025833, terima kasih. Ingatan aku padamu tak pernah padam.

Friday, November 14, 2008

~~UNTUK MU INSAN BERGELAR GURU

GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

-Nukilan SN Dato Usman Awang-

Puan Siti khalijah. Satu antara beratus guruku sejak dari tadika sampai la ke universiti. Puan Siti Khalijah ajar aku subjek Bahasa Melayu masa tingkatan 4. Dalam banyak-banyak benda yang aku ingat tentang apa yang dia ajar adalah macam mana nak mula menulis sebuah karangan. Aku ingat lagi antara patah perkataan yang diucapkan semasa mengajar bagaimana memulakan sebuah karangan. Katanya,"Mulakan dengan berlegar-legar ke seluruh dunia, kemudian kembali ke benua kita, kemudian ke negara kita dan akhirnya ke tempat kita berada." Maknanya bila menulis karangan kita mulakan dengan idea yang besar kemudian sedikit demi sedikit kita kecilkan skop sehingga kita dapat topik sebenar kita. Mungkin apa yang aku cakap ni tak dapat difahami oleh insan-insan yang membaca tapi dengan contoh yang diberi aku dapat ingat menda ni sampai hari ni.

Puan Siti Khalijah, andai cikgu terbaca blog ni, saya amat sayangkan cikgu. Amat menghargai setiap ilmu yang cikgu curahkan pada saya. Saya juga amat bangga kerana menjadi anak didik cikgu. dan lebih terharu apabila cikgu cakap, "Setiap kali lalu semenyih mesti teringat dekat awak. Kalau pergi pasar malam selalu tercari-cari kalau-kalau ternampak awak," TERIMA KASIH CIKGU KERANA PERNAH MEMBENTUK SAYA MENJADI SIAPA SAYA HARI INI. SEMOGA ALLAH BALAS JASA CIKGU DENGAN BALASAN YANG TERBAIK.

dan mende yang terbest. aku ingat hari ni ialah birthday puan siti khalijah. rupa2nya bulan depan da....

anyway... penghargaan untuk seorang guru tak terbatas oleh sesuatu acara atau sesuatu hari yang special.


Thursday, November 13, 2008

Membina Empayar Baru

Dah lebih 3 bulan aku di tempat baru. Tiada lagi IUCTT dalam perbualan seharianku. Hariku tidak lagi bermula seawal 5 pagi. Perbelanjaan seharianku tidak lagi mencecah RM50 setiap hari. Aku gembira. Tapi, aku rindu sahabat2 aku. Nik Erma, Farah Idayu, Ina. Ramai lagi. Dulu, bila aku sampai kampus aku mengenali hampir setiap orang. Tapi kini tidak lagi.
Kini aku perlu menjalinkan persahabatan dengan kawan2 baru. Ini sebahagian dari kawan baru aku. Roslynda dan Suhaila. Yang kiri tu Roslynda, yang juga schoolmate Pudin masa sekolah menengah tingkatan1-3 sebelum Pudin masuk MRSM KT dulu. Sebelah Roslynda ialah Kak Su. Sama nama dengan Kak Su kat Twintech. Rupa fizikal pun hampir sama dengan Kak Su Twintech. Bezanya Kak Su Twintech asal dari Johor. Kak Su yang ni asal dari Penang. Yang hujung sekali tu ialah..... hahahha.. budak kecik GEMMMOOKKKSSS...wakakaka!!!
Aku sedang membina empayar persahabatan baru di sini, di daerah yang asing bagi aku!

Wednesday, November 12, 2008

Students


ini lah sebahagian dari students aku hari ini

Hampir 5 tahun aku bergelar pendidik. Macam-macam kerenah pelajar aku pernah jumpa. Namusn sebenarnya aku banyak belajar dari mereka. Aku belajar tentang erti ketabahan seorang pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tapi berkehendak dan berkesungguhan untuk memajukan diri sendiri. Mereka bersungguh dari tahap sijil, kemudian ke diploma sebelum melanjutkan pelajaran ke ijazah pertama. Sungguh jauh perjalanan mereka berbanding aku yang selepas SPM terus menyudahkan ijazah pertama aku.


Aku juga dijodohkan mendidik seorang pelajar yang dikurnikan akal yang baik namun kerana dugaan yang ditempuhinya, dia tercicir dari pelajarannya semasa di universiti. Pilihan yang dia ada masuk kolej swasta dan mula semua dari '0'. Alhamdulillah apa yang dia usahakan mendapat balasan yang setimpal.


Selain itu aku juga ditakdirkan bertemu dengan pelajar2 yang degil, besar kepala, rasa yang diri dia hebat. Aku pernah hampir menangis dalam kelas hanya kerana pelajar aku dengan selambanya cakap, "Ala Miss, kalau Miss hebat sangat mesti Miss tak ader kat IU*** ni. Miss tak payah la nak ajar saya itu ini. Miss pun bukan bagus sangat." Aku tak pernah rasa aku bagus, tapi aku sedar tanggungjawab aku untuk mendidik pelajar aku. Sebab tu aku berkata, bersuara dan menegur pelajar2 aku. Malangnya ada juga pelajar yang tak reti menghargai usaha aku. Tapi semua tu aku anggap sebagai sebahagian dari warna kehidupan aku.


Sekarang lain pula ceritanya. Sebelum ini aku banyak berjumpa dengan pelajar yang sebangsa dengan aku. Sekarang aku mengajar pelajar yang majoritinya bukan sebangsa dengan aku. semester ini aku ada 150 org pelajar dan daripada jumlah itu hanya 4 yang sebangsa dengan aku dan hanya 6 seagama dengan aku. Saat ini aku belajar untuk mengikhlaskan diri mengajar, mendidik manusia walaupun mereka tidak sebangsa dengan aku. Mudah-mudahan pelajar2 aku ini akan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Wallahualam.


MARRY BROWN






aku dok johor untuk beberapa tahun..





kat terminal bas larkin ader Marry Brown tapi aku tak pernah makan kat situ..





kenapa ntah.. tapi nampak sungguh tak menyelerakan...





namun.. satu hari, tanpa sebarang sebab, aku dan my companion.. makan kat Marry Brown










Chicken Sandwich,





Nasi Marry Brown,





Seafood Porridge,





Fries,





Ice Lemon Tea,





Hot Chocolate (Milo).















Yummie.... sungguh enak...





baru la aku tahu betapa sedapnya Marry Brown. Rasa macam nak pegi lagi...










Lihat lah.. betapa banyaknya kami makan...


jap.. ader lagi beb..






sebenarnya ada lagi tapi mana ntah aku letak.. mesti mama ter'delete'..
so ni je la yang boleh di publish



Friday, November 7, 2008

Katamu Guru

Pesan guru
semasa hari-hari terakhir pertapaanku
kemana hala tuju
bila sudah sampai
ke puncak paling tinggi
tiada lagi tempat untuk melabuhkan kaki
tiada lagi agan untuk bergayut
lalu kemana harus bertaut
dimana harus bertapak... ... ...

Sehingga kini
aku buntu tercari
ruang-ruang
yang termaktub
sebahagian
sirah yang tersaji
sedangkan hari semakin senja
dan
siang akan berganti malam

tanpa kepastian
mendalam apakah?
akan ada sinar rembulan
sebagai teman menyuluh gelita


Lalu
letaknya di mana sebatang tubuh aku sebenarnya
dalam meneruskan hidup yang masih bersisa?

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia