Wednesday, November 12, 2008

Students


ini lah sebahagian dari students aku hari ini

Hampir 5 tahun aku bergelar pendidik. Macam-macam kerenah pelajar aku pernah jumpa. Namusn sebenarnya aku banyak belajar dari mereka. Aku belajar tentang erti ketabahan seorang pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tapi berkehendak dan berkesungguhan untuk memajukan diri sendiri. Mereka bersungguh dari tahap sijil, kemudian ke diploma sebelum melanjutkan pelajaran ke ijazah pertama. Sungguh jauh perjalanan mereka berbanding aku yang selepas SPM terus menyudahkan ijazah pertama aku.


Aku juga dijodohkan mendidik seorang pelajar yang dikurnikan akal yang baik namun kerana dugaan yang ditempuhinya, dia tercicir dari pelajarannya semasa di universiti. Pilihan yang dia ada masuk kolej swasta dan mula semua dari '0'. Alhamdulillah apa yang dia usahakan mendapat balasan yang setimpal.


Selain itu aku juga ditakdirkan bertemu dengan pelajar2 yang degil, besar kepala, rasa yang diri dia hebat. Aku pernah hampir menangis dalam kelas hanya kerana pelajar aku dengan selambanya cakap, "Ala Miss, kalau Miss hebat sangat mesti Miss tak ader kat IU*** ni. Miss tak payah la nak ajar saya itu ini. Miss pun bukan bagus sangat." Aku tak pernah rasa aku bagus, tapi aku sedar tanggungjawab aku untuk mendidik pelajar aku. Sebab tu aku berkata, bersuara dan menegur pelajar2 aku. Malangnya ada juga pelajar yang tak reti menghargai usaha aku. Tapi semua tu aku anggap sebagai sebahagian dari warna kehidupan aku.


Sekarang lain pula ceritanya. Sebelum ini aku banyak berjumpa dengan pelajar yang sebangsa dengan aku. Sekarang aku mengajar pelajar yang majoritinya bukan sebangsa dengan aku. semester ini aku ada 150 org pelajar dan daripada jumlah itu hanya 4 yang sebangsa dengan aku dan hanya 6 seagama dengan aku. Saat ini aku belajar untuk mengikhlaskan diri mengajar, mendidik manusia walaupun mereka tidak sebangsa dengan aku. Mudah-mudahan pelajar2 aku ini akan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia