Aku lihat engkau selalu melaungkan
perpaduan kaum dan bangsa!
Aku dengar engkau selalu sahaja mengingatkan orang
jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat sikap engkau
seolah-olah engkau tidak tahu erti perpaduan
dan tidak mengerti siratnya perpecahan
Engkau seru orang berpadu gelagat
engkau membawa perpecahan
Engkau ssering berslogan ,
cakap-cakap engkau merenggangkan orang
Engkau tidak fahamkah apa yang engkau cakapkan?!
Seruan engkau aku lihat berlapis status!
Siapa sebenarnya engkau ini?!
Pejuang perpaduankah,pejuang perpecahan?
Engkau berlakonkah di pentas kehidupan,
persis seorang pelakon drama
Apakah engkau berlakon atau itu realiti kehidupan engkau?
Rakyat melihat,
orang ramai menilai
Nanti mereka pasti kenal siapa sebenarnya engkau
Engkau pelakon?
Engkau pejuang?
Atau engkau petualang?
Berhentilah berslogan,
sebelum orang kenal
Jika orang kenal,
engkau akan dipinggirkan orang
atau disingkirkan orang
Aku juga punya hak seperti yang lain. Hak untuk bersuara dan memilih yang terbaik. Aku jarang berpuisi patriotik. Aku jarang bermain kata menyentuh dunia politik. Tapi hari ini, sedang aku melunaskan tangungjawab, akal ku ligat berputar malah hatiku aktif berkata tentang tokoh bangsa, agama dan negara ku. Bukanlah aku memprotes namun aku tertanya tentang keikhlasan diri-dirinya untuk membela aku, sebahagian daripada tanggungjawabnya.
No comments:
Post a Comment