Friday, November 14, 2008

~~UNTUK MU INSAN BERGELAR GURU

GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

-Nukilan SN Dato Usman Awang-

Puan Siti khalijah. Satu antara beratus guruku sejak dari tadika sampai la ke universiti. Puan Siti Khalijah ajar aku subjek Bahasa Melayu masa tingkatan 4. Dalam banyak-banyak benda yang aku ingat tentang apa yang dia ajar adalah macam mana nak mula menulis sebuah karangan. Aku ingat lagi antara patah perkataan yang diucapkan semasa mengajar bagaimana memulakan sebuah karangan. Katanya,"Mulakan dengan berlegar-legar ke seluruh dunia, kemudian kembali ke benua kita, kemudian ke negara kita dan akhirnya ke tempat kita berada." Maknanya bila menulis karangan kita mulakan dengan idea yang besar kemudian sedikit demi sedikit kita kecilkan skop sehingga kita dapat topik sebenar kita. Mungkin apa yang aku cakap ni tak dapat difahami oleh insan-insan yang membaca tapi dengan contoh yang diberi aku dapat ingat menda ni sampai hari ni.

Puan Siti Khalijah, andai cikgu terbaca blog ni, saya amat sayangkan cikgu. Amat menghargai setiap ilmu yang cikgu curahkan pada saya. Saya juga amat bangga kerana menjadi anak didik cikgu. dan lebih terharu apabila cikgu cakap, "Setiap kali lalu semenyih mesti teringat dekat awak. Kalau pergi pasar malam selalu tercari-cari kalau-kalau ternampak awak," TERIMA KASIH CIKGU KERANA PERNAH MEMBENTUK SAYA MENJADI SIAPA SAYA HARI INI. SEMOGA ALLAH BALAS JASA CIKGU DENGAN BALASAN YANG TERBAIK.

dan mende yang terbest. aku ingat hari ni ialah birthday puan siti khalijah. rupa2nya bulan depan da....

anyway... penghargaan untuk seorang guru tak terbatas oleh sesuatu acara atau sesuatu hari yang special.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia