Friday, November 21, 2008

~~

Maaf la. Aku jiwang sikit la hari ni. Tapi aku perlu meluahkan apa yang aku rasa kerana aku tak mahu dihantui perasaan aku sendiri.

Dia tak pernah tahu betapa aku sayang pada dia. Teramat sayang. Kenapa entah? Dia tak pernah memberi yang terbaik untuk aku tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dari dia. Hari ini aku terlihat dirinya. Setelah bertahun-tahun aku tak melihat dia hari ini aku nampak dia. Aku terkejut kerana dia membalas teguranku walau bukan secara lisan. Bertahun sudah aku tak mendengar suara dia tapi aku masih boleh mengecam suaranya. Kenapa ya? Walau dia punya teman, hatiku tetap sama. Walau dia punya dunianya sendiri, namun perasaanku tak pernah berubah. Walau dunianya dan duniaku bagai langit dan bumi, tapi kami pernah berkongsi rasa, berkongsi duka malah meraikan hari dia memulakan langkah pertamanya untuk menjadi siapa dia hari ini. Lupakah dia pada semua itu?

Aku umpama memburu di padang pasir. Terlihat air namun sekadar fatamorgana. Aku lihat kebahagiaan tapi yang kuhadapi kesengsaraan. 5833, kenapa aku tak boleh lupa pada dia? Kenapa keindahan seketika yang kulalui bersama dia tetap menjadi igauan aku sampai hari ini? KENAPA???

Bukan aku tak pernah cuba tapi aku tak mampu. Maafkan aku 5833.

Argh!!! Maaf?? Kenapa itu yang kupohon sedangkan dia yang melukakan aku!!!

Ya Allah, aku mohon yang terbaik untuk diriku, keluargaku, orang2 disekelilingku, negara ku dan agamaku...

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia