Stage I dan barah kecil, ianya boleh dibuang secara pembedahan (lumpectomy). Masalahnya ialah 40% akan tumbuh semula beberapa tahun kemudiannya. Jikalau saiznya besar pembedahan pembuangan payudara mungkin dilakukan (mastectomy). Masalah yang timbul adalah masalah psikologi kerana payudara adalah amat penting bagi diri wanita. Terdapat cara yang hanya membuang tisu dalam payudara tetapi payudara masih dikekalkan. Tisu selebihnya akan dipancarkan radiasi (radiotherapy) untuk membunuh sel barah yang mungkin ada. Cara ini amat baik dari segi psikologi pesakit dan hasilnya sama baik seperti pembedahan pembuangan payudara.
Stage II dan III - pilihannya adalah gabungan pembedahan dan radiasi atau radiasi secara radical dan melibatkan kawasan yang luas termasuk ketiak dan leher atau pembedahan secara radikal dan membuang payudara termasuk tisu-tisu yang berhampirannya.
Stage IV - barah sudah merebak ke banyak tempat. Tujuan rawatan adalah untuk mengelakkan barah cepat merebak. Rawatannya termasuklah radiotherapy, pembedahan pembuangan, penggunakan ubat hormon (contohnya tamoxifen), dan chemotherapy (ubat pembunuh sel kanser - yang boleh juga membunuh sel-sel lain).
Then....???
Bagi stage IV ramalannya adalah tidak baik. Bagi stage I dan II, 70% akan mendapat barah semula. Tetapi jangkawaktu untuk mendapatkannya semula adalah lama - boleh mencapai sehingga 20-30 tahun, jadi ini boleh dianggap seperti 'sembuh'. (anggapkan pesakit berumur 45 tahun, setelah rawatan pesakit pulih beberapa lama dan barah yang kedua adalah ketika umurnya 65-75 tahun!! sedangkan purata hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 70 tahun)
Ihsan dari
DR. NURHAFIDZAH BT. ABDULLAH
Pegawai Perubatan JABATAN RADIOTERAPI & ONKOLOGI
No comments:
Post a Comment