Ia telah berada dalam genggaman ku. Tapi aku terpaksa melepaskannya atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan. Diri ini yang selama ini aku sangkakan sihat, rupanya tidak! Berat sungguh dugaan ini, lebih berat lagi kerana aku mengetahuinya di saat aku ditawarkan peluang yang mungkin selepas ini tidak kembali. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini kerana pastinya DIA tahu apa yang terbaik untuk aku.
Sahabatku...Adi, aku ingin berkongsi kisah ini dengan dirimu tapi aku tak berkesempatan. Atau mungkin kau yang tak berkesempatan mendengar kisah aku yang sedang diduga yang MAHA Berkuasa. Biarlah, aku masih mempunyai diriku untuk aku terus berpaut. Aku juga ingin menjadi insan yang tabah seperti katamu bahawa aku lebih jauh lebih tabah dari dirimu.
No comments:
Post a Comment