Wednesday, September 10, 2008

~~

Aku percaya hanya aku yang mampu menempuhi dugaan ini. Maka ia ditimpakan ke atas aku kerana aku boleh melaluinya dengan tabah. Sokongan mu, menjadikan aku lebih kuat dari biasa. Doa mu menjadikan aku lebih bermaya. Sahabat, walau di hujung dunia letakmu terima kasih kerana sekelumit perhatian yang kau berikan kepada aku yang mungkin terlalu mengharapkan mu.

Semalam,
Big boss telah tertahu sesuatu yang cuba aku rahsiakan untuk beberapa ketika ini. Aku terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan. Jauh dari apa yang aku jangkakan. Sekali lagi sahabat, terima kasih kerana memudahkan aku menyampaikan apa yang seharusnya aku sampaikan pada insan yang berhak mengetahuinya. Big boss, terima kasih kerana melorongkan aku kepada penyelesaian yang tidak pernah terlintas di benakku.

Pagi ini,
Aku melihat kebahagiaan seorang lagi sahabat yang sedang melalui saat-saat indah melalui sepasang mata. Tahniah atas ikatan suci yang telah kalian metrai pada 21 August 2008. Semoga istana indah yang bakal kalian bina November ini akan utuh selamanya sebagai lambang sifat kasih dan sayang yang Allah telah salurkan pada hambanya. Mungkin hanya doa dan harapanku akan terus bersama kalian kerna aku tak tahu di mana aku selepas hari ini
.

Sebentar lagi,
Aku akan melalui 'procedure' yang sepatutnya (menurut sahabat dan saudara yang jua anak didikku). Semoga procedure itu mampu terus mempertahankan semangat dan keyakinan serta kemampuanku untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang mendatang.

1 comment:

  1. Procedure apa ni? What are u currently facing on?

    Cter arr sket..

    Do visit My blog... http://ridzuanmsr.blogspot.com/

    ReplyDelete

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia