Thursday, September 4, 2008

WHAT SHOULD BE EATEN?

Pemakanan pencegah
Selepas pengesahan dilakukan, adalah penting untuk menghalang penyebaran kanser primer. Setiap hari makan banyak bahan-bahan antioxidant. Ini termasuk vtamin C, E karotenoid termasuk ‘lycopen’ dan faktor biologik yang terdapat dalam kacang, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buah. Kurangkan lemak kepada 20-25% jumlah kalori, makan lebih karbohidrat, kurangkan gula dan makan protin sebanyak 3-4oz setiap hidangan sehari. Latihkan diri memakan berbagai jenis makanan.

Pemakanan semasa rawatan
Pemakanan merupakan sebahagian daripada rawatan yang lengkap. Memakan makanan yang berkhiasat boleh membantu menjayakan rawatan. Untuk mengekalkan berat badan, makan hidangan yang kecil dan kerap. Ambil protin berlebihan daripada sumber telur, ikan dan ayam dan sekira perlu serbuk protin tambahan digalakkan. Kurangkan hidangan tenusu jika ada masaalah penghazaman Sebagai contoh, cirit-birit boleh terjadi akibat alahan laktos, tairu kultur atau keju keras sepatutnya tidak menjadi masalah. Hindari daripada makanan berempah atau makanan yang menghasilkan gas seperti kacang separuh masak dan sayur-sayuran yang berlebihan daripada keluarga kobis untuk menghindari masaalah tidak selesa perut.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia