Thursday, September 4, 2008

MALAM YANG HENING

Hujan turun dengan lebat. Sesudah terawih, tiada apa lagi dalam mindaku. Hanya menurut tuntutan mata yang semakin tidak mampu bertongkat lagi. Lena ku sungguh panjang. Seolah-olah menyelubungi hari-hari yang pernah kulalui. Berbagai indah, pahit dan maung kehidupan terlayar namun tak satu pun mampu dizahirkan semula.

1.45pg
Termenung sendirian. Menyingkap semula hari-hari yang pernah kutempuhi. Mungkin begitu banyak sekali dosa yang pernah dilakukan. Dosa terhadap ibu yang melahirkan. Dosa terhadap seorang sahabat yang mengkagumi diri ini. Dosa terhadap seorang bapa yang mendewasakan. Dan dosa terhadap Pencipta yang memberi nikmat kepada sebatang tubuh bernama diriku. Mungkin ini penyebab lena yang tidak mahu bertamu.

3.00pg
Menelaah. Melengkapkan diri dengan sedikit ilmu. Ilmu untuk menghadapi dugan yang sedang mendatang serta tak pernah putus sepanjang perjalanan hidup. Pencarian berterusan dengan harapan ia dapat memberi lorong untuk diri ini menggapai keputusan yang tepat.

3.45pg
Teringat. DIA! Dia, dia, dia dan dia. Dia yang aku sayangi, dia yang menyayangi aku dan dia yang tak mampu membuat keputusan serta dia yang tak pernah tahu. Biarlah waktu menentukan segalanya. Sehabis boleh jiwa dan raga diserahkan buat dia walaupun balasannya belum pasti membahagiakan.

4.30pg
SAHUR. Mama masih lena, abah masih beradu. Mungkin ini bakti terakhirku buat mereka. Maka, dilawan rasa ngantuk agar sehidang nasi dapat dinikmati seisi keluarga. Gelak dan tawa setiap ahli membangkitkan rasa pedih di sudut hati ini. Terlalu takut andai ini yang terakhir kerana ajal tak pernah menjelma dengan petanda.

6.00pg
SUBUH. Bermula lagi satu hari baru. Untuk dilakarkan seribu satu cerita. Yang kuharapkan hari ini memberi seribu makna buat insan yang diduga dengan seribu satu cubaan. ALLAHUAKBAR!

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Semenyih/ Pasir Gudang, Selangor/ Johor Bahru, Malaysia